Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segmen : Saya Blogger Negeri


Woooo panas nie. Haaa straight to the point aku blogger dari negeri KEDAH ! Haa masa nie la nak promote negeri sikit. Biaq aku cakap loghat Kedah. Tak paham bahasa yg digunakan pi gugel sendiri. Aku bangga mennjadi anak jati Kedah nie. Wooo bangga gila nie. Nak tau sebab apa aku bangga sangat tu ? 
Haa mai usha mai

First kat Kedah nie macam yang hampa sedia maklum la tempat yang paling femes amos sekali ialah Langkawi. Hoi sapa taktau Langkawi tu memang bukan rakyat Malaysia la. Pernah pi ka tak pernah pi tu belakang kira. Makanan kat sini pon semua sedap-sedap kot.

 Laksa contohnya perghh memang sedap la. Nak try laksa try laksa beras tengok sedap gila. Tempat yang best sekali nak makan laksa beras kat  Kedah nie kat Teluk Kechai. Gerenti puas hati. Nie berdasarkan pengalaman la. Kat sini jugak ada Pavilion Kedah wei. Hampa nak tau dak kat mana Pavi Kedah tu ?
Haa cuba teka ? Haa Jitra Mall *dulu la* haha teringat peristiwa lalu kat yawata tuu. Hahaha
Nak jumpa budak budak hotsentap pi City Plaza tobat ada.

Tapi kalau nak mai ke Kedah mai la kat Sungai Petani sebab aku tinggal kat situ. Sungai Petani nie kira maju lagi dari Alor Setar. Orang la kata... Orang-orang Alor Setar mohon jangan marah aku k.
Aku paling bangga kat Sungai Petani sebab ada Amanjaya Mall. Baru buka tuu. La nie semua pakat pi cmart  jala. Cs cuba pi haha mana ada orang dah. Bangla penuh la.

Rakyat Kedah nie semua baik-baik. Cara percakapan tu memang la kasaq sikit.
 Biasalah orang utara.Cuba nak habaq mai "BABI" tu adalah carutan yang paling
 sopan dan normal kat sini. Nie fakta oke.Tak caya mai sini. 
Hang buat loklaq sikit satgi depa panggil hang babi camtu ja. 
Jangan terasa.

Aku cuma nak habaq agak racist sikit kat Kedah nie. Sejak dari dulu-dulu lagi depa panggil orang India, Hindu ! ERR no komen ! Mohon jangan bash saya.

La nie kalau pi KL rasa macam ada kat Kedah ja. Haa sebab pa ? Sebab Sultan kami ada kat sana.
Hahaha *tak lawak* . Pokoknya banyak la yang best kat Kedah nie. Pelakon pon ada wei misalnya Scha Al-Yahya, Siti Fazurina, and hat dok kat Laguna
 aku lupa la nama dia. Depa nie orang Sungai Petani. Haa apalagi nak cerita. 
Opss lupa pulak yang MatLutfi & Yuyu Zulaikha orang Kedah oii.

Kalau mai sini jum kita set tempat jumpa. Boleh bawak pi Pantai Merdeka ada ekspo.
 Pastu kita pi makansotong bakar dekat Tanjung Dawai. Perghh teringat pulak time aku 
pi makan tuu. Ramai pastu sedap. Nak mandi pon boleh. 
Jum pi mandi kat  The Carnival dakpun jum mandi air hangat kat Lenggong. 
Haa Tupah jangan pi ada kencing tikus wei. Ingat !

Tag : Wahieda

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Sedang Mencari Siapa Follower Yang Ke 700 tu ?


Wifi baru ada so baru boleh update blog. Broadband dah lama tak bayar disebabkan masalah surat tak sampai. Huh pening kepala la. Nak kena gi maxis center buat report dulu nie.
Ini pon mengharap ihsan jiran punya wifi. 

Nampaknya esok baru boleh terjah peserta segmen nie. Maaf yer tak sempat nak terjah lagi nie. InsyaAllah akan ku terjah semuanya. Disamping itu, aku sedang mencari siapakah follower blogku
yang ke 700 . Aku nak review sikit orang tu. So agaknya siapa lah kan ? 

p/s: Esok nak ke Perlis

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Salam Maulidur Rasul


Selamat malam, aku nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam diatas bumi ini. Semoga kita sentiasa mensyukuri nikmatnya dan selalu berselawat ke atas junjungan mulia kita
Nabi Muhammad s.a.w

Allahhumma solli ala muhammad 3x

Ya Rasulullah semoga kasihku ini akan sentiasa bercambah untukmu.

Tahun ini tiada majlis sambutan maulidur rasul di tempat aku. Aku pon tak tau kenapa takada. Dulu memang meriah majlisnya. Kitaorang akan berarak ke mengelilingi taman sekitar masjid dan ada pertandingan nasyid budak-budak tadika dan macam2 lagilah. Memang meriah sungguh. Tapi malangnya tahun nie tak ada. Semuanya rasa hambar je.





Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Budak Nie Di Bash Kerana Cuba Nak Beri Nasihat

Salam, aku nak kongsi video dari seorang budak yang dikenali sebagai Tsara Nabilla nie.
Aku tak tau lah apa kena dengan dia nie buat video nak nasihat orang tapi dalam masa yang sama
mengata orang. Tengok sini apa yang aku cuba nak huraikan


Dik kau sedih sebab orang hina kau then kau marah bila orang kutuk-kutuk mak bapak kau.
Kau nak seronok2 je buat video nie sebab in real life kau takde kawan .
 Aku faham nie kau tu baik buat video nasihat bla bla tapi kau dah melampau dik.

Ayat-ayat sebegitu rupa tak patut keluar dari mulut kau. 
Nak bercakap tentang sesuatu biarlah berilmu.







Comment kau semua nie melampau. Kau tak patut hina orang. Kau sendiri pon buat video nak
advise orang so macam mana oarng tak marahkan kau. Kena bash tu memang la
tak seronok tapi kau tengok sendiri mana silap kau.

Kau nak buat video tu first kau kena cari point dulu, kau kena
betulkan gaya persembahan kau. Bukan boleh tangkap muat je.
Ingat untuk seronok2 last kau gak yang kene bash.

Bila kau dah betul-betul matang kau akan tahu kenapa dorang bash kau.
Time tu kau baru sedar now kau masih budak-budak lagi so susah kau nak faham.
Kalau kau berterusan degil kau jugak yang menyesal suatu hari nanti.


 “Ilmu adalah syarat sahnya suatu ucapan dan perbuatan. Ucapan dan perbuatan tidak akan bermakna melainkan dengan ilmu. Ilmu lebih didahulukan dari keduanya (ucapan dan amal). Kerana ilmu akan meluruskan niat dan membenarkan amal.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 1/160)



p/s : Tak semua orang sempurna. 


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'


Walaupun terlambat dapat jugak join. Tengok syarat penyertaan

Syarat :
Follow Blog Aisyah Humaira'
Like Fanpage Aisyah Humaira'
Buat Entry : Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'
Letak link penyertaan di kotak komen ENTRY ini. [lain-lain tempat tak diterima]
Terjah Semua Peserta

Tarikh Berlangsungnya Segmen :
30/12/12 ---> 30/1/13 25/1/2013
Hadiah :
Topup RM30 [Top Referral]
Review Blog + Bloglist Setahun [Penerjah Paling Banyak]
Bloglist Setahun [Peserta Bertuah]
Hadiah Misteri [Peserta Awal | Tengah | Akhir]
[Hadiah Akan Bertambah Jika Lebih 200 Peserta]



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

2 Giveaway Day Challenge By Nabila Medan

Gambar hadiah (lebih kurang la)

Join this. Klik gambar untuk maklumat lanjut k.

Tarikh Tamat
24 Januari 2013 , 11.59 Malam

Pemenang Akan Diumumkan Pada
25 ATAU 26 Januari 2013

Hadiah Untuk Giveaway Day Challenge #2
Domokun Purse
Ruang Tapak Iklan

Jumlah Pemenang
4 Orang (Cabutan Bertuah)



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

New Face Jang

Motif aku hapdet nie semata-mata nak bagitahu aku dah salin kulit weh. Pulun dak weh ?
Dah lama tak tukar. dah berapa bulan dah aku aku guna design yang sama ja.
Kali nie tak ada la berlain sangat. Sama jugak. Cuma background dengan benda
kecik-kecik tu ja aku tukar.
Tak ada idea nie. Blurr plus jelly dengan rakan blogger yang lain semua dah
salin kulit ! Cantik kot. Antaranya Kak Niera, Nabila Medan k. Cuba klik link tu
tengok apa yang sama ? Pink !!! Yeah pink dah sebati kan ?
Before

After

Tak ada perubahan langsung -.- Background from Miss Af, Menu bar inspired daripada Kak Una then doodle from Kak Mel.  Nt aku rajin aku nak tukar sidebar title and post title also. Meriah dak ?
Aku rasa macam terang sangat la pulak -.-
InsyaAllah berkekalan untuk 3-4 bulan. Nanti akan jarang berupdate dah.
Semua entri akan guna autopublished je k.


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

SHORT SEGMENT BY NAA

Joined this. Klik gambar tu kalau nak tahu dengan lebih lanjut.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Parodi Forum Suara Mahasiswa by Matlutfi


Listen ! Listen ! Listen ! Listen !
Let me speak ! Let me speak ! Let me speak !
 Layan. Kikiki

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

1 Giveaway Day Challenge By Nabila Medan


Joinlah sebab syaratnya pon senang belaka. 

Syarat-syarat
  • Pastikan korang follow blog ini
  • Tinggalkan link blog korang dikotak komen!
  • Siapa yang nak buat entri boleh , korang akan mendapat 2 cabutan bertuah nanti

Tarikh Tamat
20 Januari 2013 , 11.59 Malam

Pemenang Akan Diumumkan Pada
21 ATAU 22 Januari 2013

Hadiah Untuk Giveaway Day Challenge #1
Rilakumma Wooden Clip

Jumlah Pemenang
Seorang (Cabutan Bertuah)



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan


Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik
sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan
jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini .. 

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari
jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau
adik dah keluar , ibu janji nanti kita main
sama2 ye ..

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm tau jenis jantina
adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia
apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu ,
kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh ,
adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri
dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor
cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak
kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..?
Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-
sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan
benda tajam ..? Benda tajam tu mula
memotong rambut adik , bu tlong adik , adik
takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada
kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk
ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong
tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak
akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun
adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman
ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu
skrg sdh mula memotong memutuskan leher
adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik
kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin
nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah
berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan
telah mengembalikan semua organ tubuh adik
yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah
menyuruh bidadari menjaga , memeluk ,
memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi
tahu apa itu D&E ..

Kenapa ibu tetap
melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain
dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu
bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan
ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu ♥

p/s : terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ? Allahurabbi sedihnya bila membaca situasi
ini buat renungan kita bersama :'(

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Kisah Bilal bin Rabah selepas kewafatan Rasulullah SAW


Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam (sekarang SYRIA). Ini gara-gara kerana beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

(ada satu sumber ni menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka teruss menangis kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. :'(. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut :'( 

p/s : Adakah kita pernah menangis kerana rindukan Rasulullah SAW ? 

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Freebies Header

Selamt pagi. Sekarang jam dah menunjukkan pukul 12.51 a.m. Aku belum tidur lagi nie, aku baru lepas
buat kerja sikit. Nak tidur susah la. Memandangkan berukband aku belum bayar, 
so aku pon dah jarang onl. Ini onl pon mengharapkan wifi jiran je. Malam lepas balik
kerja baru dia buka. 

Ini ada freebies header. Biasa aje.
Siapa nak amiklah. Doodle tu aku tak ingat dari mana. Sorry k.
Tak payah kredit just komen awak amik sudahlah :)






Ada lagi dalam folder tapi malas nak upload lagi sebab tak ada masa.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Main Unfollow

Macam tak percaya je. Aku ingat kat twitter je orang suka main follow unfollow nie
rupanya blog pon ada. Wakawakawaka *gelak guling-guling* kejadah main 
semua nie ? Ingat game apa ? Hmm aku tak peduli pon sebenarnya. Cehh berlakon je.
Haha macam aku batak sangat follower. Kahkahkah

Memang trend sekarang main unfollow orang nie. Cehh bajet aku tak pernah unfollow 
orang. Yup aku mengaku aku pernah itu pon disebabkan tweet dia semua
nak mention binatang hidung kembang ekor kontot tu.

Moral of the story "Lakukan sesuatu dengan ikhlas dan jangan harapkan
balasan" ini mesti yang harap followback. Awak, saya bukannya
robot yang boleh 24/7 online. Jadi saya tak alert sangat.

Maafkanlah andai tersalah atau terkasar bahasa. Manusia memang tak sempurna.
p/s : unfollow kejahatan, follow kebaikan 

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

13 Alasan Wanita Tentang Aurat


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam


Via Fb

p/s : Semoga dengan tahun baru ini lebih ramai akan berhijrah ke arah kebaikan. Amin 


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Tahun Baru Azam Mesti Baru !


Happy New Year uolls !
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu. Sedih mengenangkan 2012 baru sahaja
berlalu. Banyak kenangan pahit dan manis dalam 2012. Nampaknya aku dah melangkah
ke alam baru sebagai pelajar. Ya pelajar ! Aku adalah calon SPM 2013.
Berat tanggungjawab tu. Mudah-mudahan aku mampu mengharunginya.




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)