97% muslim yang aku jumpa bila disebut: "Wei, Mat kirim salam..."
Akan dijawab: "Iyee ke? WA'ALAIKUMUSSALAM....."
Okay... nampak macam tak ada masalah kan? Tertanya-tanyakan apa masalahnya? Ya. Memang ada masalah. Jeng jeng jeng........... =.="
Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi saw, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya'waalaikumussalam' tapi.....
"Wa'alaika wa'alaihissalam."
Sebab apa? Mat suruh Abu kirim salam kat Ma'il. Ma'il jawab: "Wa'alaikumussalam."
Sedangkan:-
Wa'alaikumussalam = Selamat sejahtera ke atas KAMU.
Jadi salam Mat kepada Ma'il tak terjawab kan? Sebab Ma'il doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU TU ORANG TENGAH.
Manakala:-
Wa'alaika wa'alaihissalam = Dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.
Tambahan
1. Jika yang mengirim Salam seorang lelaki dan pembawa Salam tersebut juga seorang lelaki, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaika wa’alaihissalam”
2. Jika yang mengirim Salam seorang perempuan dan pembawa Salam tersebut juga seorang perempuan, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaiki wa’alaihassalam”
3. Jika yang mengirim Salam seorang lelaki dan pembawa Salam tersebut adalah seorang perempuan, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaiki wa’alaihissalam”
4. Jika yang mengirim Salam seorang perempuan dan pembawa Salam tersebut adalah seorang lelaki, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaika wa’alaihassalam”
Ringkasnya, perhatikan kepada huruf yang dicondongkan dan dihitamkan. Hanya suku kata tersebut sahaja yang berubah mengikut siapa yang mengirim dan menyampaikan Salam tersebut.
Nota:
Ka – awak lelaki.
Ki – awak perempuan.
Hi – dia lelaki.
Ha – Dia perempuan.
p/s :Macam mana kalau orang ngorat awak dengan memberi salam ? Perlu ke jawab ? Baca SINI
Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)