Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hinanya Diriku

Hinanya aku.
Rendahnya maruah aku kau pijak-pijak.
Apa dosaku padamu ?
Hanya kerana kau rupawan, kaya ?
Bukan salah ibu melahirkanku.
Salahku kerana terlalu membiarkan.
Hodoh dihina.
Cacat dihina.
Pendek dihina.
Gemuk dihina.
Hitam dihina.
Miskin dihina.
Bodoh apatah lagi.
Adakah ahli syurga itu
putih ?
cantik ?
kaya ?
Hubungan sesama manusia sudah tak dijaga.
Kau terlalu judgemental.
Sakit hatiku.
Air mata temanku.
Ku sudah tawar hati.
Ku butuh masa.
Bukan senang hendak ku telan.
Perit.


p/s : Adalah tidak sopan jika kita menghina seseorang itu kerana tanpa kita sedar kita telah melukakan hatinya. Setiap makhluk ciptaan Allah itu semuanya elok-elok belaka cuma kita yang terlalu mempersoalkan. Mohon minta kemaafan andai kita pernah buat macam tu.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Sambutan Hari Kemerdekaan Di Smk Sungai Layar

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Begitulah bergemanya laungan merdeka di dataran perdana sekolah aku pada pukul 12.01 min pada tanggal 31 Ogos yang lalu. Sungguh meriah. Ramai penduduk setempat yang datang memeriahkan lagi suasana. Hari yang gilang-gemilang sekali lautan orang membanjiri sekolah aku. Terima kasih kepada pihak RTM yang membuat siaran langsung. Tak lupa kepada seluruh warga sekolah yang menjayakan hari kokurikulum berserentak dengan ambang merdeka.
Pelajar tidak melepaskan peluang mencuba flying fox
Senamerobik
Guru-guru kami
Tetamu VIP memberikan ucapan.
Gerai jualan pada waktu malam tidak ubah seperti pasar malam.
Sekitar malam ketika mendengar qasidah yang disampaikan oleh rakan kami.
Koir Jari Jemari dipersembahkan oleh pelajar-pelajar pendidikan khas masalah pendengaran
Diharapkan bendera anyaman kami dicatatkan dalam Malaysians Book of Record. Harap sangat usaha kami selama ini tidak sia-sia. Terima kasih Sunlay ! 

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)