Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakan Status Permohonan Mykad Secara Online

Tengah sibuk nak siapkan assigment Pengajian Am tetiba terlintas difikiran pulak nak buat semakan status kad pengenalan saya. Ambil masa hampir sebulan baru nak siap. Alhadulillah lega bila check tadi sudah siap. Selama nie saya asyik dok usung kad pengenalan yang darjah 6 tu jer. Sampai naik malu dah hahahahaha. Cerita pasal ic ni dulu masa habis SPM saya kerja dekat sebuah pusat membeli-belah di Sungai Petani. Saya kerja di Centre Square.

Depan Centre Square nie memang port polis dok buat roadblock hmm habis kerja nak balik takda jalan lain dah memang masuk jugak la roadblock tu. Saya bangga jugak masuk roadblock pasal memang tak buat salah pun nak nak pulak abang polis tu suruh berenti nak check road tax dengan lesen & ic. Saya pun keluarkan jela semua pasal dah pukul 11 malam dah. Abang polis tu boleh gelakkan saya pulak dia kata "nie ic sapa hang rembat nie tak mcm muka hang pun" Masa tu tak pakai spec gambar dalam ic. Rasa mcm nak belasah dia je kat situ tp saya buat bodoh jela. Hahaha k melalut dah.

Berbalik kepada cerita asal ic saya ambil masa sebulan nak siap disebabkan jari saya ada masalah. I mean masa dorang amik ibu jari kanan ok je. Mai tang ibu jari kiri tak boleh masuk kat scanner tu. Nah! Dok ingat tak boleh buat dah haih. Dorang bagi losyen suruh gosok kuat-kuat kat ibu jari kiri ni pun still tak boleh buat. Uncle tu boleh buat lawak dekat saya "Dik doluu kecik-kecik you ada masalah itu masalah jari basah ka?" Saya jawab takda yalah memang saya normal je. Nie mesti kes awal tu saya sapu losyen baby johnson je pun kat tangan nie. Dok rasa sebab tu la tak boleh scan tu hmmm hampeh -__-

Korang nak check ic dah siap ke belom boleh pergi ke web nie untuk check.



Masukkan je no kad pengenalan korang tu. For security tu masukan sombol yang berwarna hitam je.
Kalau dah siap macam saya dia akan keluar macam gambar kt bawah nie. Tu tanda dah siap boleh pergo collect. Tapi harini tutup esok tak sure tutup ke buka sebab cuti umum negeri Kedah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah.









Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Bahaya Perla Coffee Mesti Baca!!!

Agak-agak ada yang terkejut badak tak baca title tu. Hehehe mintak maaf ye jangan saman saya sudah. Kita nak tulis yang positif-positif je nie. Ada sesiapa pernah consume Perla Coffee tak? Tahu ke tak produk nie memang bagus wooo saya tak tipu oke. Saya pun dok consume benda nie jugak. Dah 2 kotak nak masuk tiga dah. 
Untuk pengetahuan korang yang tak tahu Perla Coffee ini adalah sejenis kopi bercollagen ye. Korang jangan risau kopi nie memang takda kafein ke hapa. Jadi memang selamat untuk diminum. Perla Coffee dirumus khas untuk menjaga kesihatan dalaman wanita sekaligus mencerahkan seluruh tubuh badan. Sape taknak putih kan? Hehehehe
Satu kotak berharga Rm59.90 ada 20 sachet. Saya minum sehari satu sachet je. Untuk kesan yang cepat saya sarankan banyakkan minum air putih, sekurang-kurang 3-4 liter sehari. Tengoklah founder Perla Coffee nie Kak Yus memang cantik je kulit dia meletopppz k.
Banyak dah testimoni kat google sana kalau korang rajin nak cari tahu. Saya cuma nak kongsi je saya yang dulu dan yang sekarang. Alhamdulillah walaupun tak putih sangat saya bersyukur sgt. Dulu time sekolah kulit memang hitam sebab balik sekolah jalan kaki 2 km oke. Mak dengan ayah sibuk mana sempat nak ambil saya. Bas pun dah takda, tapi kadang-kadang ada jugak kawan-kawan yang baik hati tumpangkan saya. Lepas dah dapat lesen motor, mak bagi guna motor dia rasa lega sikit.

Masa raya tahun lepas 2013 saya yang berbaju kurung dark green tu kanan sekali. Time nie memang bela badan benor. Makan suka hati pagi petang siang malam subuh semua la. Sekarang nie alhamdulillah dah lost weight banyak sgt. Nanti saya kongsikan macam mana boleh lost weight begitu. Kena rajin je. Kat bawah nie gambar yang latest 2014. Ada la perubahan sikit hehehe gambar 2015 belum sempat snap :P


Apa-apa pertanyaan boleh je komen kat bawah nie ok ? 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join.


♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)


Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Semester Dua Mencabar Gila

Fuhh fuhh *hembus kuat-kuat* berdebu weh dah lama rasanya tak update blog ni dekat 3 tahun dah perghh lama kan. Alasannya sebab saya sibuk sangat semenjak masuk 2015 ha yelah sejak masuk semester dua ni lah. *padahal masa sem satu pun ko tak update ape pun* HAHAHAHA!!! Ya ampun erm the main reason is susah nak akses internet. Yelah bil wifi tak bayar. KAHKAHKAH padan muka *sila ketawakan saya* haih walaupun saya nie student tapi tak mampu nak bayar bil yang harganya Rm68 sebulan tu. Wifi Maxis menyesal pulak pakai. Saya sarankan korang semua jangan pakai Maxis!! Lembab kot bila quota dah habis. Konon 4GB sebulan eh tak sampai sebulan pun kejap je dah habis. Nak tukar unifi ah cemni hahahaha.

Alhamdulillah saya bersyukur sangat dikurniakan nikmat kesihatan yang baik untuk tempuh semester dua nie. Memang mencabar bergelar pelajar form 6 nie. Cuti sem ni pun sibuk buat assigment Muet dan Pengajian Am. Dok fikir nak kerja masa cuti sem ritu tapi tak terdaya la pulak rasa malas yang menggunung saya dok rumah je goyang kaki ahakss. Susah weh nak cari kerja time tu semua full. Bukan senang yelah kita cari kerja pun memilih la jugak opkos aaa ambil kira gaji yang ditawar sekali. Kalau main bedal je eh tak kuasa la nanti kena tipu dengan supervisor *banyak kali dah kena* kerja teruk kemain gaji ciput je huwaaaaa tak nak la.

Sekolah pun lagi beberapa hari je lagi nak buka dah. Saya punya persiapan takda la sangat. Setakat beli kasut baru je. Yang lain still pakai yang lama. Lagipun pelajar form 6 sudah dibenarkan memakai pakaian biasa means no need to wear school uniform dah. Kerajaan dah mula dah buka mata buat transformasi terhadap pengajian di tingkatan 6. Serius weh selama ni kitaorang memang diabaikan pun tak macam pelajar matriks dapat elaun bulan-bulan pastu dorang punya sistem teratur je. Ini kitaorang ni haa dah la menumpang di sekolah aliran perdana kadang rasa macam stranger pun ada tau. Banyak la kisah sedih malas nak cerita kat sini :(

Azam tahun ni memang dah tekad nak study betul-betul sebab masa sem 1 dulu main-main je banyak. Yelah masa tu tengah frust tak dapat uitm memang la. Dapat poli pulak course tak minat so tak pergi la. 4 flats insha Allah. Kalau ada usaha tu adala hasilnya. Tapi takut jugak dengan result sem 1 yang nak keluar bulan februari nanti nie. Harap-harap pointer 3 keatas la.

Ha skg tengah sibuk lipat baju nak pi hantar kat pusat pengumpulan barang untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Kita pilih baju yang elok-elok je *tak pakai lg* ni harap nt sampai baju tu dorang tak buat kain buruk sudah. Kita ikhlas ni hehehehe nak kasi kat orang ayah pesan kena kasi yang elok-elok tak boleh bagi yang buruk tak baik n.n


Baibai :D



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)