Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk pengetahuan anda blog TDB ini telah ditubuhkan pada tahun 2010. Ya sudah empat tahun bertapak di dunia blog nie. Asalnya blog ini hanyalah blog peribadi yang hanya berkisarkan tentangkehidupan saya sahaja. Mula serius berblogging pada tahun 2011. 


Nama penuh saya ialah Siti Nurhafezah Bt Yusof. Lahirnya saya pada tarikh keramat 31/05/1996. Saya kini berusia 18 tahun. Tinggal dan menetap di Sungai Petani, Kedah. Loghat utaqa tudiaaaaa! 
Kenapa Terukir Di Bintang? *dia nie dah takde nama lain kepe?* Sebenarnya blog picisan ini inspired dari lagu Yuna, Terukir Di Bintang. Kenapa kalau blogger perempuan je mesti suka warna pink? Hmm tak dapat la saya nak jawab. Mungkin sebab pink is kiut kot. Kepada yang tak habis-habis tanya saya macam mana saya lukih doodle header tu sebenarnya saya tempah je dekat Kak Mel lepastu blog pulak design sendiri la blog guna adobe photoshop cs5 tu je. Kena rajin explore k.

Tujuan saya menjadi blogger bukanlah untuk mencari publisiti dengan menyebarkan maklumat yang tak tepat dan berbaur fitnah. Hanyalah untuk memenuhi masa lapang saya dengan menyebarkan maklumat tentang sesuatu dan info mengenai isu-isu semasa je. Yang mana korang rasa baik untuk dikongsi korang ambillah dari blog nie. Selain itu kandungan didalam blog ini sesuai untuk semua peringkat. Tidak berunsurkan politik, seks dll. Jika ada berkemungkinan hanya selingan atau pun kupasan pendapat sendiri sahaja. 

Di samping itu, saya ingin menegaskan bahawasanya saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen-komen yang diberikan. Sebarang masalah yang anda hadapi semasa mencari maklumat dan sebagainya adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Selain itu, anda juga boleh didakwa jika sekiranya didapati cuba memburukkan, menghina dan mengaibkan penulis. 

Jika anda ingin mengutarakan pendapat, nasihat, teguran dan sebagainya sila hubungi saya dan hantarkan pertanyaan anda di facebook milik saya atau emelkan kepada saya di email hafezahyusoff96@gmail.com. Sebarang request berkaitan tuto atau freebies jugak boleh pm saya di facebook saya. Maaf sekiranya maklum balas dari saya lewat. Sebarang kandungan yang terkandung di dalam blog ini adalah cetusan idea saya sendiri dan mana-mana dari sumber yang berkaitan akan dikreditkan untuk melindungi kandungan asalnya.






Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)