Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ipoh A Day Keep My Stress Away

Saya berkesempatan pada hujung mingu lalu ke Bandaraya Ipoh yang terkenal dengan tempat-tempat menariknya. Siapa yang berada di Perak rugi rasanya jika tak singgah ke Ipoh. Saya bersama sahabat saya memang plan dah lama nak ke Concubine Lane, Ipoh. Tujuan utama nak tangkap gambar sebab suka sangat tengok art street Ipoh dekat socmed dan nak mencuba sendiri ais kepal. Maka saya bersama sahabat saya Najihah kami bertolak ke Ipoh untuk memenuhi masa lapang kami.

Destinasi pertama kami tujui adalah Taman Rekreasi Gunung Lang. Sesampai kami dekat sana kami membeli tiket untuk naik boat ke seberang bahagian Gunung Lang untuk melihat panorama yang indah yang terdapat disana. Bayaran tiket saya tak ingat la pulak tapi anggaran bawah Rm10. Anda juga boleh memberi makan kepada penyu, ikan-ikan yang berada dalam tasek berkenaan. Saya ada tanya kepada pemandu boat terbabit sama ada tasek ini semula jadi atau buatan. Pemandu boat tersebut menjawab tasek ini terhasil daripada kawasan perlombongan dahulu dan diubah suai menjadi taman rekreasi.






Jujur saya katakan tempat ini sesuai untuk family yang ingin membawa anak-anak kecil hehehehe. Kemudian kami bergerak pula menuju ke Concubine Lane yang terletak berdekatan Plan B, Ipoh.



Ais kepal yang paling popular. Sangat sedap saya dengan sahabat pilih flavour Sarsi dan Mango kerana kami tak suka perisa original iaitu gula melaka. Selain itu aiskrim potong pun ada di Bits Bobs. Harganya pula jangan complain kalau nak try sesuatu yang baru hahahahahaha. Btw, bukan pergi hari-hari.









Hari yang indah dilalui bersama sahabat baik. Saya syorkan tempat ini kalau korang suka berjalan untuk selfie sebab persekitarannya yang bersih dan selesa bahkan ramai pelancong dari luar datang untuk bergambar. Selain itu, korang boleh singgah makan di Plan B. Memandangkan saya dan sahabat sudah menjamu selera di Kuale maka kami tak singgah makan di Plan B. 




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

My New Life : First Time Bergelar Siswi

Sudah lama tak update blog dan entry lama pun banyak dalam draft memang tak sempat nak publish. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk terus berblogging sesungguhnya aku lemah dengan masa. Kelemahanku adalah masa! Okay lah malas nak bebel panjang sebenarnya saya sekarang ini sedang menuntut di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak dalam bidang Bachelor of Counselling (BOC). Sejak habis STPM haritu memang saya ni sibuk bekerja sampai terlupa la pasal blog lagipun ramai rakan-rakan blogger yang surrender dah masa zaman kegemilangan blogging dulu seronok sangat sekarang pulak dengan kewujudan pelbagai social media baru dunia blogging dah semakin hambar *just my two cents*. 


Btw sejak bergelar siswi ni memang sukar la nak gambarkan. Banyak kerja nak siapkan tu biasa dalam kehidupan semua pelajar tetapi apa yang saya nak cakap adalah saya masih tak percaya masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Rasa baru semalam je saya baru habis sekolah hahahahahahaha *sebenarnya rasa diri muda lagi* Tak nak bebel panjang sebab nanti tak ada yang membaca pulak tapi alhamdulillah traffic masih okay lagi nanti saya akan usaha untuk rajinkan diri buat entry baru yang lebih kreatif acewaahhhhh sebab sekarang nie memang selalu je online kalau dulu laptop memang jarang nak buka. Okay bercakap pasal laptop, laptop Samsung kesayangan saya tu dah rosak dah lama laptop tu berbakti kepada saya banyak kenangan berblogging ada dalam tu Ya Allah tak sempat nak selamatkan motherboard rosak terbakar dalam. 

Hantar repair kat kedai tetapi ambik masa 2-3 minggu baru siap. Dan sekarang saya dah beli laptop baru ditengah kesempitan duit ini banyak benda jadi nasib laptop Asus ni murah je saya dapat dalam harga RM1099 boleh la nak buat kerja yang tertunggak daripada takde. Terpaksa stop setakat ini sebab kena keluar jap lol.




p/s : Perkara yang tertunggak saya akan selesaikan.... wait!






Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)