Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tip Bercinta : 7 Kesilapan Saat Bercinta

 
Hai hari nie aku nak kongsi dengan semua pasal cinta . Bukan teknik nak bercinta , bukan tips nak mengorat tapi tentang kesilapan saat bercinta . Ada tujuh kesilapan saat bercinta berdasarkan apa yang aku cari kat abang google . Jum cekidaut .
 
1. Bercinta Kerana Harta
Nie selalu terjadi kat orang perempuan kan . Kalau ada lelaki yang kaya semua nak ngorat walaupun rupa dia tak boleh blah tapi asalkan poket kembung semua jalan kan ? Buat apa hidup dilimpahi harta tapi tak ada cinta . Boleh bahagia ke macam nie . Tentu la tak boleh , bagi aku la aku tak boleh hidup dengan orang yang aku tak cinta . Buat apa habiskan masa betol dak ? Cinta tak boleh dibeli dengan wang ringgit sebab terlalu tinggi nilainya .

2.Bercinta Kerana Perasaan Asmara
Rasa tertarik dan simpati merupakan asmara yang sering disalah ertikan sebagai cinta . Asmara itu bukan cinta . Asmara itu cepat berubah oleh rupa , harta , tempat dan keadaan . Yang pasti la asmara itu buta . Tak tahan lama dan tak tahan diuji . Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata yang terbuka .

3.Bercinta Kerana Desakan Usia
Bila usia kita sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan tentu kita gelisah kan (terutama wanita) . Yelah time tu mak pun bising dok tanya dah ada ke belum mata air yedok ? Asal ada saja yang datang meminang terus terima je . Tak ada sesi perkenalan langsung nak bercinta selepas kahwin katakan . Tak boleh macam nie . Nak terima pinangan pun jangan sembarangan . Siasat dulu siapa dirinya takut-takut dapat suami orang . Apa-apa pun yang paling penting kena mintak kat Dia dulu . Buat solat istikharah banyak-banyak agar kita dapat buat pilihan yang betul dan terbaik . Kita ada hak untuk memilih yang terbaik dan tak salah pun .

4.Bercinta Untuk Membalas Jasa
Orang berbuat baik kita membalas jasanya , tetapi jangan balas dengan cinta . Contoh mak sedara awak dululah yang dok tanggung kos pengajian awak kat universiti dulu kan . Almaklumlah awak tu anak yatim . Then , dia suruh awak tu kahwin dengan anak dia . Awak pun terpaksa la kahwin . Mana nak cari duit nak bayar balik kat dia , awak kan baru balik dari oversea kerja pun tak dapat lagi kan . Banyak lagi cara untuk membalas budi jangan memaksa dJiri untuk menerima seseorang yang bukan pilihan kita .

5.Jangan Menikah Untuk Kepuasan Seks Saja
Memang seks itu suci dan penting dalam hubungan suami isteri namun tak boleh jadi tujuan utama dalam pernikahan . Seks hanyalah satu bahagian dalam pernikahan . Mana boleh hari hari mau . Orang berkahwin untuk saling memahami , saling hormat menghormati dan saling sayang menyanyangi dan paling penting untuk bina keluarga yang bahagia . Orang yang mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri .

6.Jangan Menikah Kerana Paksaan Keluarga
Biasanya orang lelaki selalu terperangkap dalam hal macam nie . Mak awak berkenan kat anak jiran sebelah awak tu pulak dah ada gegurl . Maka awak pun berperang la dengan diri sendiri sama ada nak ikut cakap mak atau ikut kata hati awak . Kalau pilih kekasih hati awak tu takut nanti mak marah , tak pasal jadi anak derhaka(bajet kahwin lari) . Dalam hal macam nie kedua-dua pihak kena duduk berbincang . Berdoalah dan berikanlah penjelasan yang sewajarnya dan jangan dengan kekerasan .

7.Jangan Menikah Kerana Kasihan
Rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita , tetapi tidak boleh menjadi dasar pernikahan . Awak jangan jadi pak sangup pulak . Bekas kekasih awak kini mengandung dan tetiba pulak awak terjumpa dia kat mall . Dah lama tak jumpa kan mesti nak tanya khabar . Kemudian dia pun mula la cerita pasal perut dia tu dan bagaimana dia ditinggalkan oleh teman lelakinya . Awak pun kasihan dan sanggup kahwin dengan dia sebab nak tutup aib dia . Nak kasihan boleh tetapi biarlah berpada-pada . Kasihan dapat habis dan kasih tidak akan berkesudahan . Dasar pernikahan adalah kasih dan bukan kasihan .

Nota kaki : Semua yang ditulis telah diolah sedikit oleh aku sendiri . Bahasa agak tunggang langgang .


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

No comments:

Post a Comment