Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ipoh A Day Keep My Stress Away

Saya berkesempatan pada hujung mingu lalu ke Bandaraya Ipoh yang terkenal dengan tempat-tempat menariknya. Siapa yang berada di Perak rugi rasanya jika tak singgah ke Ipoh. Saya bersama sahabat saya memang plan dah lama nak ke Concubine Lane, Ipoh. Tujuan utama nak tangkap gambar sebab suka sangat tengok art street Ipoh dekat socmed dan nak mencuba sendiri ais kepal. Maka saya bersama sahabat saya Najihah kami bertolak ke Ipoh untuk memenuhi masa lapang kami.

Destinasi pertama kami tujui adalah Taman Rekreasi Gunung Lang. Sesampai kami dekat sana kami membeli tiket untuk naik boat ke seberang bahagian Gunung Lang untuk melihat panorama yang indah yang terdapat disana. Bayaran tiket saya tak ingat la pulak tapi anggaran bawah Rm10. Anda juga boleh memberi makan kepada penyu, ikan-ikan yang berada dalam tasek berkenaan. Saya ada tanya kepada pemandu boat terbabit sama ada tasek ini semula jadi atau buatan. Pemandu boat tersebut menjawab tasek ini terhasil daripada kawasan perlombongan dahulu dan diubah suai menjadi taman rekreasi.






Jujur saya katakan tempat ini sesuai untuk family yang ingin membawa anak-anak kecil hehehehe. Kemudian kami bergerak pula menuju ke Concubine Lane yang terletak berdekatan Plan B, Ipoh.



Ais kepal yang paling popular. Sangat sedap saya dengan sahabat pilih flavour Sarsi dan Mango kerana kami tak suka perisa original iaitu gula melaka. Selain itu aiskrim potong pun ada di Bits Bobs. Harganya pula jangan complain kalau nak try sesuatu yang baru hahahahahaha. Btw, bukan pergi hari-hari.









Hari yang indah dilalui bersama sahabat baik. Saya syorkan tempat ini kalau korang suka berjalan untuk selfie sebab persekitarannya yang bersih dan selesa bahkan ramai pelancong dari luar datang untuk bergambar. Selain itu, korang boleh singgah makan di Plan B. Memandangkan saya dan sahabat sudah menjamu selera di Kuale maka kami tak singgah makan di Plan B. 




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)