Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah S.W.T


p/s : kena selalu beringat2 kita nie berapa ditahap yang mana

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Inginkan Shawl Tribal ?

Adakah anda ingin memiliki shwl tribal yang menjadi kegilaan remaja pada hari ini termasuk saya sendiri. Kalau korang betul-betul berminat, korang boleh pergi ke page INI . Dan membuat tempahan.




Banyak lagi pilihan warna, kalau nak tengok sila ke page beliau.
Online shop nie telah ditubuhkan oleh twetpemes nie. Untuk memberikan sokongan
 korang bolehlah membeli di online shop beliau. 

Antara barang-barang lain yang dijual :-



Mustache bag

Photo: Good evening, wonderful people! I just want to inform you guys that the mustache watches pre order will be closed tomorrow. If you want to place your order, please kindly send me a message and I'll tell you the procedure. Your watches will be sent out to you at the end of the month. Please share it to your friends! Hehe have a nice day! 

p/s: Bangles & tribal shawls coming soon!
Mustache watch

 Dont forget to grab all this ladies ! :)






Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Resepi Pisang Bersalut Coklat

Seperti yang kita tahu sebelum nie kita asyik makan strawberrry bersalut coklat je. Kali nie bolehlah korang cuba buat pisang bersalut coklat pulak. Sedap dan senang je nak buatnya. Hanya perlu ada pisang dan coklat. Coklat tu korang boleh beli kat supermarket tak kisahlah yang serbuk ke bar ke. 
Just masak bagi cair. Ikut la nak tambah kismis ke dalam coklat tu. Suka hati.
p/s : ada ke patut Zaidi kata macam tahi je bentuknnya .__. *tahi2 pon ko telan jugak ken*

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Special Giveaway : Buah tangan dari LANGKAWI dari CF


*Nak join? KLIK BANNER*


Akademi Insan Cikgu Fizi diusahakan sepenuhnya oleh Cikgu Fizi. AMIN CF ini yang berada di Akademi Insan Cikgu Fizi, No 7-2, Jln Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak Kuala Lumpur. Cikgu Fizi juga ada menyediakan Bengkel bengkel untuk Anak Yatim di Seluruh Malaysia. Sila lawati CIKGU FIZI' untuk info tentang bengkel bengkel.
Cikgu Fizi juga ada menjual buku Karangan Luar Biasa untuk UPSR, SPM dan STPM. Jika berminat sila Hubungi Cikgu Fizi Tel : 011-15657522
.
Num Hp :  011-15657522

Pada 25/3/2013 Cikgu Fizi ke Langkawi untuk menjayakan satu Bengkel yang dadakan di sana. Bengkel ini untuk Anak anak yatim. Jadi sambil CF pegi Langkawi, CF ingin berkongsi rezeki dengan semua pengunjung blog www.cikgufizi.my. 

Inginkan Ole Ole dari Langkawi oleh Cikgu Fizi? Meh jon SINI. Hadiah memang gempak!!!!!




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Cara Yang Betul Jawab Salam Yang Ramai Tak Tahu

97% muslim yang aku jumpa bila disebut: "Wei, Mat kirim salam..."

Akan dijawab: "Iyee ke? WA'ALAIKUMUSSALAM....."

Okay... nampak macam tak ada masalah kan? Tertanya-tanyakan apa masalahnya? Ya. Memang ada masalah. Jeng jeng jeng........... =.="

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi saw, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya'waalaikumussalam' tapi.....

"Wa'alaika wa'alaihissalam."

Sebab apa? Mat suruh Abu kirim salam kat Ma'il. Ma'il jawab: "Wa'alaikumussalam."

Sedangkan:-

Wa'alaikumussalam = Selamat sejahtera ke atas KAMU. 

Jadi salam Mat kepada Ma'il tak terjawab kan? Sebab Ma'il doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU TU ORANG TENGAH.

Manakala:-

Wa'alaika wa'alaihissalam = Dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.


Tambahan
1. Jika yang mengirim Salam seorang lelaki dan pembawa Salam tersebut juga seorang lelaki, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaika wa’alaihissalam”

2. Jika yang mengirim Salam seorang perempuan dan pembawa Salam tersebut juga seorang perempuan, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaiki wa’alaihassalam”

3. Jika yang mengirim Salam seorang lelaki dan pembawa Salam tersebut adalah seorang perempuan, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaiki wa’alaihissalam”

4. Jika yang mengirim Salam seorang perempuan dan pembawa Salam tersebut adalah seorang lelaki, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaika wa’alaihassalam”

Ringkasnya, perhatikan kepada huruf yang dicondongkan dan dihitamkan. Hanya suku kata tersebut sahaja yang berubah mengikut siapa yang mengirim dan menyampaikan Salam tersebut.

Nota:
Ka – awak lelaki.
Ki – awak perempuan.
Hi – dia lelaki.
Ha – Dia perempuan.



p/s :Macam mana kalau orang ngorat awak dengan memberi salam ? Perlu ke jawab ? Baca SINI



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Sebenarnya Saya Isteri Dia


Menyusuli ‘Hanya Pada Mu’, slot drama TV3 Zehra mempersembahkan sebuah drama bersiri yang diadaptasikan daripada novel popular ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ nukilan Zura Asyfar bermula 29 Mac 2013, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam.

Drama bersiri 13 episod terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular tanahair seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi. 

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. 

Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. 

Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. 

Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. 

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish. 


Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang  lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya. 

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu. 

Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. 

Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul. 

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya ? 



p/s : untuk pengetahuan korang firash nie seorang blogger tau. Gila korang bayangkan dia bayar nafkah kepada isteri dia melalui pendapatan dari blogging nie la. Haa korang boleh ke ? Nak tahu lebih lanjut korang kena tengok sendiri la tak pun korang beli terus je novel nie kat Popular.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

"1st Give Away Love LIMITED EDITION by Cci


Mohon semua yang tengag baca entry nie join giveaway ini. Rugi korang tak join. Tengok banner ahh comel je. Asal semuanya comel dari banner, blog hingga ke ownernya. Ishh jelly kite. 
Mencik ! Mencik ! 

Korang nak tahu lebih lanjut sila picit banner tu k.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

AL KISAH YAKJUJ DAN MAKJUJ

Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”
Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,
Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim) 

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Netbook 1Malaysia Punca Pergaduhan


Assalamualaikum uolls. Korang dah makan ke ? Saya dah makan dah. Straight to the point korang rase syok sangat ke dapat netbook 1Malaysia tu ? Bukan apa ada yang 
sampai gaduh bagai desebabkan oleh benda alah nie. Kenapa hari nie saya buka tajuk nie, sebab benda nie berlaku disekeliling saya sendiri. Saya sendiri yang mengalaminya.
Aduhai penat sungguh melayan orang macam nie. Netbook tu untuk sekarang nie dah macam keperluan kita kan. Nak cari maklumat apa2 memang mudah kalau ada internet yedok ?

Tapi janganlah disebabkan awak tak dapat netbook tu awak marahkan orang lain. Saya tak minta pon netbook tu. Cikgu yang kasi nama saya. Lagipun pada hari pemilihan tu 
saya tak datang sekolah pon. Bukan saya terhegeh2 nakkan benda alah tu. Orang yang nak bagi. Ada seorang kawan saya nie kata "Cikgu nie pehal ? Pilih bulu gila. Bagi kat budak kelas
depan je, kat budak kelas belakang tak kasi. Mecikk !" Alahai awak, kenapa fikir macam tu ? Janganlah sesama kengkawan kita gaduh. 
Saya pon tak pasti. Tapi dari beratus yang
memohon tu hanya 72 orang je dipilih. Itu pon ditapis terlebih dahulu. Ada yang kata kat saya "Ehh ko dah ada laptop en, pehal ko dapat pulak nie

Awak, kalau awak nak sangat benda tu, saya boleh cancel nama saya. Biar jelah awak yang dapat. Masalahnya bila saya tolak cikgu kata ini untuk awak. Awak layak dapat.
Emm entahlah pening la dengan manusia nie. Benda kecik macam nie pon boleh gaduh. Cikgu kata "Bukan cikgu taknak kasi kat dorang, cikgu takut dorang tak guna untuk
tujuan kebaikan jadi rugi la. Kat sekolah nie ramai lagi murid-murid yang betul2 perlukannhya" Jadi bukan soal pilih kasih disini. Satu isi rumah satu orang je dapat. Mungkin adik kau, abang
kau dah dapat sebab tu kau tak.


Lagipun bukan saya nak mempelekehkan netbook tu. Tapi ramai yang hantar gi kedai sebab cewwpartt rowwcarrkk la. All made in chinese. Nak format susah 
sebab bahasa dia china local 
punya. Harhar 



p/s : antivirus dah tamat tempoh. Ada cadangan tak antivirus apa yang bagus nak beli ? 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Freebies Header Cute

Salam, harinie saya nak bagi freebies kat korang. Sebenarnya dah lama entry nie saya buat tapi tak sempat nak published la. Terjumpa freebies nie dalam folder lappy saya. Banyak lagi sebenarnya freebies yang saya nak kasi kat korang semunaya ada dalam saya punya draft. Tapi tunggulah ye. Korang boleh amik header nie tapi sebelum tu komen dulu. Tak perlu credit, tapi kalau baik hati sangat creditlah. Tolong bagitahu ye ? Saya sangat menghagainya ^_^

Doodle tu dari freebies Kak Safiena. Sorrylah kalau header nie tak memuaskan hati korang dan tak cute/kawaii. Hehe siapa nak tempah pon boleh. Satu je saya mohon, tolong jangan jadi copycatdog kata awak yang buat. Kalau nak refreebies tolong credit ke saya. Allah tahu apa yang kita buat :)

Macam mana nak ambil ? Copy url then open new tab then paste. Kalau awak right click mungkin saiznya akan jadi kecil. So selamat megambil ^_^




p/s : buat masa nie saya tak amik tempahan edit blog. Saya sibuk. Tengok semakin bertambah bilangan yang meninggal akibat kejadian di Lahad Datu tu. 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen : Cari Bloglist Sebulan By NabilaMedan


Syarat

1. Follow blog NabilaMedan *Checked*
2. Click Here  *Sampai habis loading. Harap jujur* (akan diperiksa) *Checked*
3. Buat entri "Segmen : Cari Bloglist Sebulan By NabilaMedan" *Checked*
4. Letak banner  & linkkan ke entri ini dan tag lah kat kawan-kawan *Checked*
5. Tinggalkan link entri korang dekat bawah ni okay? *Checked*
Tag : you and you


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Apa Itu Kecantikan Lelaki ?


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah :-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran 
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada 
5) Lelaki yang baik sangka 
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Wanita yang gagah, adalah:-

1) Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
3) Wanita yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan wanita berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Malas Semuanya Malas


Salam  jumaat, ehh pasaipa aku kata malas nie ? hmm memang malas sungguh pon. Segala-galanya malas, malas nak online, malas nak buat entry, malas nak bw pokoknya segalanya malas la. Ehh yang lelaki pi sembahyang jumaat la. Yang perempuan jangan asyik mengarah je kau pon kena sembahyang zohor gak.

Memang taun nie tahun yang paling malas sekali. Kerja banyak. Rasa macam entry semua tak guna je. Haha malas nak hidup tu tak adalah. Malas benda lain nie. Rasanya syaitan banyak bergantung kot kat tubuh nie. Huh mintak2 tak ada la. Mungkin nie semua tabiat kot. 

Perkara yang paling susah nak buang, nie malas lah ! Susah la hidup macam nie kalau asyik malas je. Nie paksa diri jadi rajin gak hapdet blog. Uuu malas nak macam nak tutup je blog. *bisikan setan laknatullah*
Traffic pon makin lama makin jatuh disebabkan sikap malas aku nie T.T Korang pernah tak rasa malas taknak buat apa pon ? Nak makan , tidur je ada ? Hmm



p/s : jumpa saya di USM esok 


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Putih Putih Melati

Semakin lama semakin addicted dengan lagu nie. Haa layan


Dah jatuh cinta wooo

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Doa Mendapat ZURIAT

Photo: ✿ Doa Mendapat ZURIAT ✿

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Contest Blog Comel


Done join. Korang nak tahu apa syarat and hadiahnyer ? Sila tengok bawah k.

SYARAT-SYARAT
1) Follow blog ni dan like pages
2)Buat satu entry ringkas dan tampal banner kat atas dan backlink kan kat entry ni*letak link entry kat komen bawah ni*
3) Like SINI
4) Like SINI
5) Tamat pada 10/3/2013
6) Pemenang dipilih berdasarkan blog comel+kemas+cepat loading

Hadiah
1) Tempat pertama: Bedak arab+ Celak arab
2) Tempat Kedua: Satu Set Krim kologen*Rm55*
3) Tempat Ketiga: Bedak Arab
4) Tempat Keempat: Bedak Arab
5)Tempat Kelima: Celak Arab
6) Tempat Keenam: Celak Arab
7) Saguhati: Review 3 blog

Gambaran Hadiah
Bedak Arab*Rm 65*

celak arab

Satu set kologen*Rm55*


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

2nd Giveaway by OhhAeen


Joined.

Tag : Cik Wieda, Nurul and Sufiana



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Pencarian Bloglist March Pantas

Salam jumaat semua. Disini saya nak buat segmen. Segmen ke ? 
Haha tak saya nak buat bloglist untuk bulan march. March hingga Mei. Yang lama dah
 lama remove. Bukan remove tapi ade malware virus terus hilang je semua senarai bloglist tu. Sedih tau T.T sayang gila.  Korang scan la dulu blog korang sihat ke tidak. Hehe
Cara-cara nak join senang je. Tak susah mana pon. 
Tak perlu nak tag, copy banner ke apa.
Just tinggalkan link blog kat ruangan comment entry nie je. Senang kan ? 
Nak buat entry gak ? Hmm silakan tak kesah.
 Pastikan url blog tu betul eh. Kalau tukar link sila bagitahu saya k.
Semua yang join akan dimaksukkan ke dalam bloglist ye. 


Tarikh tutup pada bila-bila masa je


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)