Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebab Malaikat Tak Masuk Ke Dalam Rumah

Kita jangan ambil mudah dalam sesuatu perkara.Kita kena apa yang betul apa yang.Pernah tak terlintas difikiran kita kenapa mailaikat rahmat tak masuk ke dalam rumah kita.Sebab apa?Jap penting ke malaikat masuk ke tak masuk ke dalam rumah kita nie?
BACA SEBAB-SEBAB NIE
-
-
-
-
-
  1. Penghuninya memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga dan kawan-kawan.
  2. Penghuni rumah itu memakan harta anak yatim secara batil.
  3. Rumah yang ada tersimpan gambar yang mencerca nabi,agama Islam dan mengagungkan syaitan.
  4. Penghuni yang meninggikan suara atau kasar kepada isteri/anak.
  5. Rumah yang ada perhiasan daripada emas seperti set pinggan mangkuk.
  6. Makanan yang ada dirumah haram seperti arak, dadah dan sebagainya.
  7. Penghuni yang menderhaka kepada ibu bapa.
  8. Penghuni yang sentiasa bergelumang dengan maksiat,berzina,judi dan sebagainya.
  9. Ada patung yang cukup sifat (jika ditiupkan roh oleh Allah maka ia akan hidup)
  10. Penghuni yang memakan wang riba.
  11. Ada loceng yang menyerupai loceng gereja,kuil dan lain-lain.
  12. Penghuninya yang percaya kepada tukang tilik/bomoh.
  13. Penghuninya pemberi dan penerima rasuah.
  14. Penghuninya yang berhadas besar tetapi tidak mandi junub sepanjang masa kerana kejahilan.
  15. Penghuninya yang mengubah ciptaan Allah seperti memancungkan hidung(plastic surgery) atau mencukur bulu kening untuk tujuan kecantikan bukan kerana faktor kesihatan.
  16. Mengamalkan budaya syaitan dari segi pemakaian seperti punk,black metal,gothic dan lain-lain.
  17. Nyanyian haram adalah makruh bagi lelaki dengan syarat seni kata tidak mengandungi pujaan kepada manusia dan diketepikan keesaan Allah dan juga lagu-lagu berunsur syaitan.Nyayian kepada wanita adalah haram apabila ada percampuran bebas diantara lelaki dan perempuan.
  18. Rumah yang penghuninya melakukan aktiviti pemujaan.
Sumber Facebook

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Makan Belalang Kunyit

Salam,korang tengok gambar tu.Rasa rasa apa?Mestila belalang kan.Tuu belalang goreng sedap ooo.Korang geli kan?Geli yedok.Ahaha janganlah geli yayang.Teringat dulu-dulu masa kecik-kecik sepupu aku pergi tangkap belalang nie pastuh dipanggangnya belalang nie suruh kitaorang makan.

Katanya sedap,dia suruh aku cuba.Aku ambil masa beberapa minit untuk fikir dulu.Yelah kecik2 dulu mesti fikir halal ke tidak nie!Hehe last sekali aku makan jugak.Tapi aku makan sikit je.Rasa dia ?Hmm boleh tahan macam udang lah ^_^ Kalau suruh aku makan sekarang nie jawapannya tidak lerr.

Belalang nie kaya dengan unsur protein.Tapi takkan kita nak makan belang nie pulak kan.Ikan belambak dekat laut tu boleh makan.Bukannya kita kekurangan bahan makanan pon.Lainlah kalau negara Afrika ke dorang memang susah nak dapatkan makanan.So moral value is jangan membazir bersyukurlah korang hidup 
kat negara yang kaya nie.


Baca lebih lanjut tentang belalang nie :

Belalang Kunyit (Valanga nigricornis) ialah sejenis belalang bewarna kuning kehijauan yang boleh dimakan kerana ia merupakan sumberprotein yang bagus.
Melalui peringkat kitaran hidup hemimetabola (tidak lengkap), iaitu bermula dari telur (dalam tanah), beberapa peringkat bukan dewasa (nimfa) dan seterusnya peringkat serangga dewasa.

Dalam bidang pertanian, belalang kunyit diangap sebagai perosak. Serangga dewasa dan nimfa (anak belalang) melakukkan kerosakkan dengan memakan daun tutup bumi di estet getah dan ladang kelapa sawit.

Belalang bersalin kulit (biasanya enam pada jantan dan tujuh pada betina) boleh dibezakan dengan perkembangan alat sulit luaran. Di bawah keadaan makmal (purata 27–9°C dan 80% r.h.), kitaran hayat lengkap dalam tempoh 6½–8½ bulan, dan belalang betina memiliki kesuburan ("fecundity") purata 158. Kesesakan memperlahankan kadar pertumbuhan belalang dewasa, meningkatkan tempoh pre-oviposition dari 60 hingga 65 hari pada 30–9°C dan mengurangkan kesuburan. Kesimpulannya adalah kadar kesuburan rendah dan kitaran hayatnya yang perlahan menghalang kemungkinan spesies ini menjadi serangga perosak yang meluas.

Belalang kunyit boleh digoreng dengan kuali tanpa minyak dan masukkan sedikit garam. Ada yang suka makan bila digoreng dengan minyak. Bahagian kaki belakang merupakan bahagian yang paling sedap dimakan iaitu rangup seperti sepit udang galah. Bahagian perut dan abdomen dibuang dan tidak dimakan. Belalang kunyit kaya dengan protein dan rasanya memang sedap.

Sumber : Wikipedia



p/s:kalau korang suka belalang gorang nie korang nak buat masak apa yer? Belalang Tiga Rasa ?

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Perubahan Setelah Lamanya

 
Salam sekarang nie aku dah jarang update blog but this time aku kena rajin bukak blog nak selesaikan
sesi follow mengfollow segmen jum tinggatkan follower sampai lebam tu.
 
Ahh lagi sikit lagi nak habis.Dah lama tak tukar rupa blog.Btw tak banyak yang ditukar cuma header dengan warna je yang ditukar.Look dah 4 bulan asyik rupa nie je
 Now yang nie pulak

Hee apa pendapat korang? Aku just buat simple-simple je.Dan doodle tu macam biasalah aku tempah dekat Kak Mel
Memang dari dulu aku aku suka tempah doodle dengan dia dan hasilnya pon tak mengecewakan.Dinner time now ^^

p/s:esok nak sambung follow diaorang bagi habis.....

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen Saya Nak Hadiah Misteri Dari Si Pipi Merah


Jom join segmen nie.Siapa yang tak nak hadiah misteri kan.Agak-agak hadiah apa yang Kakak Pipi 
Merah nie nak kasi ? Ahh taw dah nak kasi gelang Habib Jewels letew :3



p/s:counting...counting to ........

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam



Salam,rasanya belum terlambat lagi kot join segmen nie.Alah dah ramai pon yang join sedih kita baru join sebab baru ada masa yang terluang.Back to the main point jum menambahkan follower blog yang serba kekurangan nie.Ehehe nanti kita bertegur sapa yer.Jangan malu-malu nanti rugi~ :P

Jumlah follower terkini


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Blog Yang Aku Selalu Baca ! Sebak Bila Baca

-Klik untuk ke blog arwah-
Aku selalu baca blog arwah Yasmin nie.Aku suka cerita dia walaupun bukan dia yang menaip.Now dia dah tak ada so mama dia yang kendalikan blog tuu.Best sangat rasa macam arwah ada je lagi kat dunia nie bila baca cerita mama dia tulis tu.
 
Walaupun aku tak kenal dia tapi now rasa macam dah kenal sangat sebab selalu baca cerita dia tu.Korang try la skodeng.Tak nak cakap banyak just enjoy kay.Sebelum tu korang sedekahkan AL-FATIHAH kat arwah dulu taw.Moga-moga arwah tenang disana.
 
p/s:yang hidup tetap akan mati ,tetapi cukupkah bekalan kita untuk kesana ?

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Sakit Hati dan Marah

 
 
 
Aku akui aku seorang yang cepat naik darah terutama kalau orang yang dekat dengan aku buat sesuatu yang menaikkan kemarahan aku.Kadang marah tu buat aku rasa sakit hati yang amat sangat rasa nak tumbuk,sepak terajang semua ada.*selalunya bantal aku la yang menjadi mangsa

Aku cuba untuk kawal perasaan marah tu sekarang nie dan alhamdulillah berkat aku amalkan menyebut nama Allah(Ya Latif 10x)Maksudnya Yang Maha Lembut/Halus sebelum nak tidur aku berjaya kurangkan kemarahan aku dan rasa nak marah pon dah tak membuak macam dulu.Apapun SABAR tu penting.

Cara Mengatasi Kemarahan
 
"Apabila seseorang kamu marah,sedang dia berdiri maka duduklah,jika marahnya berhenti maka baiklah,jika belum maka hendaklah dia berbaring" -HR ABU DAUD

Maka kepada sesiapa yang panas baran tu korang tolongla kawal perasaan marah tu.Marah nie boleh memutuskan hubungan silaturahim dan membinasakan diri sendiri.Apapun kena sabar banyak2.Orang yang sabar tak akan rugi bahkan Allah sayang orang yang penyabar ^_^
 
 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Cara Buat Aiskrim Sendiri Ala-Ala Nestle Paling Senang

 
 
Ihsan Google

Woot dah lama rasanya tak post.Malam nie aku nak ajar cara nak buat aiskrim paling senang dalam dunia.*Perghhhh tipu je Aiskrim nie memang senang nak buat kalau kau tu memang tak reti nak masak pon komfem aiskrim nie kau reti buat sebab senang sangat.Kat rumah aku banyak stok aiskrim nie. Resepi ini diperoleh daripada guru chinese sekolah aku. Puan Law Soo Wan.

Aku suka buat banyak-banyak sebab adik aku suka makan.Macam-macam perisa ada.*kayy tipu

Bahan-Bahan :
Gula 2 camca (ikut sudu korang la jangan sampai tak rasa)
Telur 1 biji
Susu cair 1 tin
Overlett 1camca
Esen Vanilla 1 camca
Perisa
Cara Nak Buat :
1.Masukkan gula,telur(putih telur je),overlett,susu cair dan esen vanilla ke dalam bekas.Kemudian putar sehingga kembang.
2.Seterusnya masukkan perisa dan putar sehingga sebati agar tak berketul.
3.Tuangkan kedalam bekas dan simpan ke dalam peti ais semalaman.
3.Kalau nak masukkan oreoke chipmore ke roti,buah apa-apa jela pastikan korang dah kecil-kecilkan benda2 tu dan campak je kat dalam bekas tu.
5.Aiskrim sedia dimakan :)

**AWAS JANGAN LETAK AIR SEMASA BUAT AISKRIM NIE**

p/s:Aku suka letak gula banyak bila buat aiskrim nie


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)