Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Beg Tangan Terkini Untuk Remaja


Apabila bercakap mengenai trend pilihan para remaja atau golongan muda, umumnya kita mengetahui bahawa citarasa mereka amatlah berbeza dengan citarasa wanita yang lebih berusia. Maklumlah, pada usia mudalah masa yang paling sesuai untuk bereksperimen dan mencuba trend-trend fesyen yang lebih berani. Sama seperti trend berpakaian, remaja juga mempunyai citarasa yang unik dalam pemilihan barangan fesyen yang lain seperti aksesori, kasut dan juga beg tangan. Oleh yang demikian, untuk entri kali ini saya akan membuat sedikit perkongsian mengenai trend beg tangan terkini untuk remaja seperti berikut;


Pertama sekali, ramai remaja yang menggemari koleksi beg tangan yang bercorak. Lebih-lebih lagi corak-corak yang unik dan menonjol seperti corak tribal, kotak-kotak dan motif berbunga. Tidak hairanlah jika banyak koleksi beg tangan yang boleh ditemui dalam pilihan corak yang unik. Cantik kan? :)

Pilihan yang kedua pula adalah koleksi beg yang direka dengan rekaan yang trendi seperti studded handbag, fringe handbag dan banyak lagi. 

Seterusnya adalah koleksi handbag yang berwarna warni. Ini kerana, warna hitam atau warna-warna gelap yang lain (safe colours) adalah lebih sesuai digayakan oleh golongan wanita yang lebih berusia. Golongan remaja biasanya lebih gemar memadankan warna-warna terang seumpama ini untuk kelihatan lebih menonjol. I like this one jugak kalau pakai dengan baju kurung plain cotton ke pergi kenduri pastu gayakan dengan bag ni mesti cantik gila. Simple yet nice ^_^

Dan yang terakhir adalah koleksi beg tangan yang bersaiz tidak terlalu besar! Contohnya seperti bucket bag ni sangat cantik dan menjadi pilihan ramai gadis-gadis masa kini termasuk saya sendiri yang suka bergaya hahahaha.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Selamat Datang 2016.


Selamat datang 2016 maka dengan ini habis la zaman teenager saya. Dah masuk 20 dah rasa cepat sangat masa berlalu dan dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya sudah tamat sesi persekolahan STPM 2015. Senang hati sebab tak perlu pergi sekolah tinggal tunggu result bulan Mac nanti. Masa tu baru nak decide nak sambung degree kat mana. InyaAllah saya akan aktif balik berblogging. Saya sudah fikir dah nak tulis apa nanti saya nak tulis berkaitan pengalaman saya sepanjang berada di Tingkatan 6 di SMK Ibrahim. 

Saya harap readers tak jemu ye singgah blog yang tak seberapa nie huhuhuhuhu. Saya berharap sempena tahun baru ini lebih banyak azam yang tak tercapai tu harapnya tercapai lah tahun ni. 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)