Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Review Follower Yang Ke 800

Selamat malam dan salam sejahtera. First of all aku nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi singgah blog dah lama berhabuk nie. AKu memang tak sempat langsung nak buat entry. Kalau online pun aku hanya publish komen je. Ye aku sibuk dengan urusan duniawi.

Terus terang terima kasih kepada awak yang sudi follow blog cikai nie. Blog followerku yang ke 800 nie sangat cantik. Warna biru simple je then nampak kemas. Tak ada apa yang perlu dikritik. 


Klik untuk ke blog beliau
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

http://nanaownlife.blogspot.com/



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY

Marilah bersama-sama kita mejoinkan diri untuk segmen ini. Kepada yang berminat dan tertarik untuk menyertai sila klik banner diatas. Mari ikuti syarat-syarat yang dinyatakan.

SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini jika tidak paham2 je ok...
2. LIKE la page ni : PERSONAL BLOG |HAZWANHAIRY.COM
3. LIKE page penaja : I LOVE BLOGGING
3. Tajuk SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY
4. Tempek header diatas.
5. Link kan entry anda pada post entry ini

HADIAH
Utama : Baju I LOVE BLOGGING
4x Pemenang : Topup Rm5


Tarikh tutup : 25/04/2013
Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Pemenang akan di ketahui pada 26/04/2013 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

COPYCAT BLOG AKU !

Hi copycats, seronok ambil benda tanpa kebenaran ? Tambah2 lagi benda tu milik saya. Kenapa nak curi doodle kat header tu ? Awak saya tempah tau tak doodle tu mengikut ciri-ciri yang saya nak. Bila saya bayar kepada orang tu bermakna hasil kerja dia dah jadi milik saya. 
Mula-mula aku pon tak perasan benda nie tapi saja tadi aku singgah blog Cik Wieda then check cbox nak blogwalking tetiba pulak aku klik link blog tue terkejut pulak aku. Ehh doodle yang aku tu kat header blog someone tu.






Permainan apa nie ? 
Kalau nak doodle tu bagitahu saya boleh ? Meh saya tolong tempahkan. Kat doodle tu siap ada nama KHY lagi. Nama saya tu, kala takada saya takkan buat entry nie sebab takde bukti. Mohon bagi penjelasan awak.

 UPDATE
Awak kata doodle tu awak jumpa kat google. Bila saya buat carian di google takde pon. Sebab saya hanya tampilkan di header je. Mungkin doodle tu telah dicrop kan. Mustahil jugak la.
Apa2 pon awak dah beri respon kan ? So saya taknak panjangkan hal nie. Mintak 
maaf kalau saya terkasar bahasa, kecil kan hati awak kepe. 
Mintak maaf lagi sekali sebab saya pon tak suka bergaduh. Saya minta maaf kalau saya ada buat salah kepe dengan awak :)
p/s :  ada ramai lagi copycats kat luar sana

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Contest Blog Super Kawai by Bubu


Salam jumaat buat semua yang lalu lalang di blog KHY nie. For those yang nak join please picit banner super cool tu kuat-kuat ya ! Melting jap. Ehh karut je *blushsing*

 Cekidaut this guys.  *copies from the owner blog*

1- Wajib follow blog buu. Yg dah follow sebelum ni pon kena follow balik sebab link blog ni dah bertukar.
2- Like fan page utk tahu sebarang perkembangan utk contest ini. Klik di sidebar atau di sini.
3- Wajib like gambar anak buah buu. Klik sini. Rajin? Mohon share.
4- Buat satu entri mengenai contest ini dengan tajuk "Contest Blog Super Kawai by Bubu".
5- Tempekkan banner di entri dan linkkan ia ke entri ini.
6- Tag 2 orang blogger dan pastikan diaorang tahu.
7- Coment entri korang di entri ini. Sebarang pemberitahuan di Cbox tidak akan di layan.
8- Pastikan semua syarat- syarat ni korang ikut. Thank you ^^
 
Prizes
Pertama: Topup RM30
Kedua: Topup RM15
Ketiga: Topup RM5


Due date 30 April 2013

Tag : Awak dan Awak




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

ADAB YANG BETUL KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR


Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak, remaja atau dewasa.

♥ Beri salam kepada anak yang sedang tidur

♥ Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

♥ Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

♥ Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

♥ Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

♥ Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

♥ Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

♥ InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.


Sumber : Facebook


p/s: teringat dulu2 kena simbah air sebab tak nak bangun gi sekolah


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Laguna Merbok

Selamat pagi. Anda semua *terutama yang menetap di sekitar Sungai Petani* dijemput hadir ke kuliah UAI di lokasi yang tertera di gambar. Ayoo orang Sungai Petani. Boleh tengok UAI face to face oke bukan kat youtube ja nah. Kalau rasa taknau nak bersesak dengan orang hampa mai la awai sebab macam dok tau satgi mesti penuh. Masjid laguna tu besar mana sangat. 

Video Ceramah UAI di BLM

Dan ada majlis Santai Selebriti Bersama Abby Abadi. Lokasinya di Dewan orang ramai Taman Sri Tanjung. Berminat ? Hampa bolehla membeli tiket dengan abang kawan saya Izzat Affandi. Untuk makluman makanan petang dan minuman petang disediakan.

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com


Joined. Kepada korang nak teringin nak join tu sila tekan banner tu. Syarat yang paling simple di dunia. Sungguh tak tipu punye !



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Mini-Mini Giveaway By NabilaMedan


Joined. Dah penuhi semua syarat2 :)
Jemput join yang lalu lalang.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Buli Ketua Tingkatan

Selamat tengah hari. Tentu korang semua dah tau mengenai penyebaran video buli ketua tingkatan tu kan ? Memang dah kecoh satu negara pon. Sama hangat dengan isu di Lahad Datu. Aku sendiri pun dah tengok video tu beberapa hari lepas di blog Kak Uzu

Apa yang aku nak sampaikan disini bahawa perkara bodoh dilakukan oleh budak-budak bodoh tak fikir dua kali sebelum mengupload video tersebut ke youtube. Rasanya memang senang lah pihak berkuasa nak mencari dorang semua. Salah seorang pembuli yang dikenali sebagai Izzat Syafiq telah pon menutup akaun twitter miliknya. 
Buat muka kesian!!!
*munir berbaju merah dan izzat syafiq berkaca mata*
Yelah teruk kot dia kena bash. Diharapkan pihak yang terbabit tidak memberi belas dan kasihan serta memberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka kerana kalau diikutkan dorang nie dah besar boleh fikir baik buruk bukannya budak-budak tadika lagi .

Yelah tugas ketua kelas melaporkan kepada guru jika murid melakukan kesalahan. Bawa handphone ke sekolah tu memang satu kesalahan. Nasib baik kerajaan memansuhkan pembawakan hanphone ke sekolah sebab gini lah jadinya. Itu baru ketua kelas kalau pengawas sekolah lagi teruk luar pagar dorang tunggu ko !

Budaya buli macam nie lah yang merosakkan masa depan anak bangsa kita. Ibu bapa khususnya perlu memantau   pergerakan anak-anak agar dapat mengelakkan mereka tejebak dengan gejala negatif nie. Aku tak taulah dorang mnyesal ke tidak sebab masa dorang pukul budak tu pon nampak dalam keadaan ceria je siap posing haremmm lagi -.-


p/s : sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Kelebihan Bagi Orang Yang Diam




p/s : orang yang pendiam nie kadang dengan orang asing je dia diam bila kat rumah dialah raja segala setan :P *buli semut*


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

KISAH NABI ADAM ALAI HIS SALAM

gambar hiasan

Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yangdiciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat
Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah s.w.t. menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.: "Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah s.w.t. berfirman untuk menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t. dari segumpal tanah liat,kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.

Iblis Laknatullah Membangkang.
Iblis laknatullah membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah s.w.t. seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah s.w.t. yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis laknatullah merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah s.w.t.

Allah s.w.t. bertanya kepada Iblis laknatullah:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis laknatullah menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."Kerana kesombongan, kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah s.w.t. menghukum Iblis laknatullah dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.
Iblis laknatullah dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah s.w.t. meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang, menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada Iblis laknatullah yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah.

Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.
Allah s.w.t. hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi, maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta, kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya: "Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu, jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."

Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah s.w.t. untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka. Mereka mengakui ketidaksanggupan mereka dengan berkata: "Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."
Adam lalu diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam, berfirmanlah Allah s.w.t.kepada mereka: "Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

Adam Menghuni Syurga.
Adam diberi tempat oleh Allah s.w.t. di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah s.w.t. dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya lalu ia ditanya oleh malaikat: "Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam: "Seorang perempuan." Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah s.w.t. kepadanya. "Siapa namanya?" tanya malaikat lagi. "Hawa", jawab Adam. "Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?" tanya malaikat lagi. Adam menjawab: "Untuk mendampingiku, memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah s.w.t.."
Allah s.w.t. berpesan kepada Adam: "Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga, rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu. Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar, dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya. Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini.

Iblis Mulai Beraksi.
Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah s.w.t. dari syurga akibat bangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya. Iblis laknatullah mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.

Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka. Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis laknatullah untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka. Ia membisikan kepada mereka bahwa larangan Allah s.w.t. kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah kerana dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal. Diulang-ulangilah bujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya. Sehingga pada akhirnya termakanlah bujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Allah s.w.t.
Allah s.w.t. mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."

Adam dan Hawa mendengar firman Allah s.w.t. itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah s.w.t. dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar. Seraya menyesal berkatalah mereka: "Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu kerana terkena bujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami.

Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.
Allah s.w.t. telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Allah s.w.t. tentang Iblis laknatullah sehingga terjerumus menjadi mangsa bujukan dan rayuannya yang manis namun berancun itu.

Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah s.w.t. dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis laknatullah dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Allah s.w.t. itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan bujukan Iblis yang terlaknat itu. Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar kerana perbuatan pelanggaran perintah Allah s.w.t., hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah s.w.t. serta rahmatNya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah s.w.t. telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka.Allah s.w.t. yang telah menentukan dalam takdir-Nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya, akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu. Berfirmanlah Allah s.w.t. kepada mereka:"Turunlah kamu ke bumi sebahagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disana sampai waktu yang telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali. Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeza-beza warna kulit dan kecerdasan otaknya. Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah s.w.t. mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat. 

Kisah Adam dalam Al-Quran.
Al-Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al-A'raaf ayat 11 sehingga 25 

Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.
Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah s.w.t. dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oleh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah s.w.t. akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah s.w.t. menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.
Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah s.w.t. kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis laknatullah yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah s.w.t.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Allah s.w.t. asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali. Rahmat Allah s.w.t. dan maghfirah-Nya dapat mencakupi segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik, walau bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan. Sifat sombong dan bongkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan. Lihatlah Iblis laknatullah yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah s.w.t. dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.

p/s : iblis sentiasa mencari jalan menyesatkan manusia, oleh itu janganlah kita perlulah berusaha meningkatkan ketaqwaan dan keimanan terhadapNya. Sedih tengok umat akhir zaman.

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Kuasa Makeup Suami Terkejut

 -gambar sumber google-
Seperti yang kita ketahui make up adalah barang hiasan kepada wanita. Wanita mana yang tak gemar bermake up. Rata-ratanya gemar bersolek walaupun dengan solekan yang nipis. Untuk cantik kita perlu bermake up katanya. Tapi tak perlu kita over nanti nampak macam hantu jembalang pulak.

Bila kahwin semua wanita cantik apabila dimake up kan. Yee memang cantik sampai terkejut suami tengok muka isterinya. Lain benor dari masa mula-mula kenal dulu. Haha kuasa make up katakan asal nak cantik je semua benda boleh janji ada duit kan ? Tapi berbaliklah kepada yang asal iaitu diri kita sendiri.
Tak perlu ikut orang nak cantik. Setiap makhluk ciptaan Allah itu cantik takde cacat celanya.



p/s : adehh jerawat batu baru naik :P



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Mini Giveaway


Bangun awal mengjoinkan diri untuk ga nie. Sila klik banner kalau korang pon nak join jugak.

Syarat penyertaan :

3. Follow & like page sponsor
4. Pemilihan pemenang berdasarkan TOP REFERRAL & RANDOM.ORG
5. Tak perlu tag - tag orang .
6. Tarikh tutup *akan diberitahu kemudian*

PARA SPONSOR
Follow :-
Sufiana | Dhia | Aimi | Shakirah

Like :-
 
Klik link penaja :-
One | Two
*JUJUR TAU , INI SUMBER PENDAPATAN KORANG* 

HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI

- Topup RM5 (TOP REFERRAL !)
RANDOM.org
- Tudung (1 pemenang)
- Topup RM5 (2 pemenang)
*maaf lah hadiah tak banyak sebab MINI GIVEAWAY je , nanti buat MEGA pulak*





Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

8 Pintu Murah Rezeki


Sumber : Facebook

p/s : mak selalu pesan anak dara tak baik tidur lepas subuh. Selalu ingat pesan mak

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen Blogger Muslimah

Joined. Hari nie wifi last sedih gak esok dah takada internet. Blog nie akan bungkus teruih la.
Kita macam mana pun takpa kan -.- 
Nickname : KHY
Warna Baju/ Tudung : #fff0f5


Tag : Wieda , Dayah



p/s : Sapa dapat pi plkn ?


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)