Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CPUV Perfecto Popcorn, Tesco & uMobile

Thank you Nuffnang sebab bagi CPUV Ramadhan ni hahaahaha Nuffnang sedekah je nie. Semua iklan masih on going. Saya je yang sekarang malas update blog. Semester 3 nie memang sibuk sangat walaupun selalu online tak sempat pun nak jenguk blog busy dengan assigments yang still pending. Blog suam suam kuku nie alhamdulillah still hidup lagi ok.


Earning toksah cerita la ciput yakmat sedihnya. Kalau macam dulu boleh blogging 24/7 semua trafik cun je sekarang nie nak maintain pun susah yelah sehari 300 lebih ja sikit kot. Dushhh lepasni cuti sem je memang dah tekad nk tumpukan perhatian kat blog balik. Trend blogging sekarang pun dah berubah. Segmen pun dah jarang dah orang buat. Dok nak buat first giveaway tapi masih tak sempat yela nak cari sponsor lagi makan masa. So stop jap. 

Apa-apapun terima kasih Nuffnangg I LOVE YOU okeh. Lagi sikit lagi kita cash out ya abang Nuffnangg.


Thanks jugak for Perfecto Popcorn, Tesco & uMobile muaahhh k.



p/s : baju raya terbakar la pulak aiyooo suruh adik iron hmm hampeh 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Pengalaman Menduduki MUET Speaking Julai 2015.

Pada 22 Jun yang lalu saya bersama rakan-rakan yang lain telah pun tamat menduduki exam Muet speaking. Menjadi perkara kepada semua pelajar Tingkatan 6 untuk mengambil exam Muet. Pihak pula sekolah telah menetapkan kesemua calon mengambil Muet pada bulan Julai berbanding November. Untuk pengetahuan semua hanya kami berempat sahaja calon terakhir pada tarikh tersebut dan diikuti dengan private candidate. Classmates yang lain semuanya telah selesai menduduki exam Muet pada hari 16 Jun. Mungkin disebabkan abjad nama bermula huruf S dan Z tu yang lambat barangkali.


Apa yang menariknya menjadi calon terakhir ini adalah soalan simple & kacang gila *serius tak tipu k* Sesi kami bermula pada pukul 7.30 dan pelajar-pelajar dikehendaki berkumpul di bilik kuarantin terlebih dahulu sebelum dipanggil oleh examiners untuk ke bilik  khas. Jujur saya katakan saya amat nervous masa tu takut gila masa kat bilik kuarantin tu yela dok fikir kang aku dapat soalan susah huh cemana la nak elaborate. But definately I'm wrong hehehehehe soalan memang senang alhamdulillah. Guess what soalannya cenggini.

 "What characteristics of being a happy person."
- being grateful of what you have
- have a possitive attitudes
- maintain good relationships with others
- have a healty bodies

Lebih kurang macam tu la soalan tak berapa ingat so saya sebagai candidate A my point is being grateful of what you have. Memang senyum je kami semasa speaking sessions starts. Memang banyak yang kami argue. Time pun memang cun cun je. Ya Allah memang seronok rupanya speaking test nie ingatkan apala. Lepas nie kena fokus kat listening, writing & reading pulak. For those whos planning to take MUET Speaking test please free your mind and always think possitive tak kira apa soalan sekalipun. Usually semua soalan tentang general knowledge je jangan risau la. Ikut je tips from your teachers or lecturer memang berguna but please jangan control situations. Lets others speaks too.



p/s : baru sempat hapdet blog bulan puasa nie tak busy sangat hehe



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

GIVEAWAY : SAYA NAK L'AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM



Dapat tahu ga ni last minute dah hurmm takpelah nak join jugak mungkin ada rezeki.



Done follow blog tapi kite takde fb. 

Tengah fikir slogan apa yang best untuk diletakkan akhirnya dapat jugak la decide hehehe
budak sastera yang tak berapa nak sastera sgt ahahaha.

Saya nak L'arome Apple Stem Cell Slimming Serum kerana saya ingin sekali megempiskan perut "mengandung"  yakni buncit saya nie yang dah makin parah huwaaaa T_T. Malah dengan teknologi nano stem cell yang canggih ini diharapkan dapat membantu masalah-masalah lemak berlebihan dalam kalangan wanita terutamanya.

Sapa nak join klik banner je k.

 


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Semakan Status Permohonan Mykad Secara Online

Tengah sibuk nak siapkan assigment Pengajian Am tetiba terlintas difikiran pulak nak buat semakan status kad pengenalan saya. Ambil masa hampir sebulan baru nak siap. Alhadulillah lega bila check tadi sudah siap. Selama nie saya asyik dok usung kad pengenalan yang darjah 6 tu jer. Sampai naik malu dah hahahahaha. Cerita pasal ic ni dulu masa habis SPM saya kerja dekat sebuah pusat membeli-belah di Sungai Petani. Saya kerja di Centre Square.

Depan Centre Square nie memang port polis dok buat roadblock hmm habis kerja nak balik takda jalan lain dah memang masuk jugak la roadblock tu. Saya bangga jugak masuk roadblock pasal memang tak buat salah pun nak nak pulak abang polis tu suruh berenti nak check road tax dengan lesen & ic. Saya pun keluarkan jela semua pasal dah pukul 11 malam dah. Abang polis tu boleh gelakkan saya pulak dia kata "nie ic sapa hang rembat nie tak mcm muka hang pun" Masa tu tak pakai spec gambar dalam ic. Rasa mcm nak belasah dia je kat situ tp saya buat bodoh jela. Hahaha k melalut dah.

Berbalik kepada cerita asal ic saya ambil masa sebulan nak siap disebabkan jari saya ada masalah. I mean masa dorang amik ibu jari kanan ok je. Mai tang ibu jari kiri tak boleh masuk kat scanner tu. Nah! Dok ingat tak boleh buat dah haih. Dorang bagi losyen suruh gosok kuat-kuat kat ibu jari kiri ni pun still tak boleh buat. Uncle tu boleh buat lawak dekat saya "Dik doluu kecik-kecik you ada masalah itu masalah jari basah ka?" Saya jawab takda yalah memang saya normal je. Nie mesti kes awal tu saya sapu losyen baby johnson je pun kat tangan nie. Dok rasa sebab tu la tak boleh scan tu hmmm hampeh -__-

Korang nak check ic dah siap ke belom boleh pergi ke web nie untuk check.



Masukkan je no kad pengenalan korang tu. For security tu masukan sombol yang berwarna hitam je.
Kalau dah siap macam saya dia akan keluar macam gambar kt bawah nie. Tu tanda dah siap boleh pergo collect. Tapi harini tutup esok tak sure tutup ke buka sebab cuti umum negeri Kedah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah.









Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Bahaya Perla Coffee Mesti Baca!!!

Agak-agak ada yang terkejut badak tak baca title tu. Hehehe mintak maaf ye jangan saman saya sudah. Kita nak tulis yang positif-positif je nie. Ada sesiapa pernah consume Perla Coffee tak? Tahu ke tak produk nie memang bagus wooo saya tak tipu oke. Saya pun dok consume benda nie jugak. Dah 2 kotak nak masuk tiga dah. 
Untuk pengetahuan korang yang tak tahu Perla Coffee ini adalah sejenis kopi bercollagen ye. Korang jangan risau kopi nie memang takda kafein ke hapa. Jadi memang selamat untuk diminum. Perla Coffee dirumus khas untuk menjaga kesihatan dalaman wanita sekaligus mencerahkan seluruh tubuh badan. Sape taknak putih kan? Hehehehe
Satu kotak berharga Rm59.90 ada 20 sachet. Saya minum sehari satu sachet je. Untuk kesan yang cepat saya sarankan banyakkan minum air putih, sekurang-kurang 3-4 liter sehari. Tengoklah founder Perla Coffee nie Kak Yus memang cantik je kulit dia meletopppz k.
Banyak dah testimoni kat google sana kalau korang rajin nak cari tahu. Saya cuma nak kongsi je saya yang dulu dan yang sekarang. Alhamdulillah walaupun tak putih sangat saya bersyukur sgt. Dulu time sekolah kulit memang hitam sebab balik sekolah jalan kaki 2 km oke. Mak dengan ayah sibuk mana sempat nak ambil saya. Bas pun dah takda, tapi kadang-kadang ada jugak kawan-kawan yang baik hati tumpangkan saya. Lepas dah dapat lesen motor, mak bagi guna motor dia rasa lega sikit.

Masa raya tahun lepas 2013 saya yang berbaju kurung dark green tu kanan sekali. Time nie memang bela badan benor. Makan suka hati pagi petang siang malam subuh semua la. Sekarang nie alhamdulillah dah lost weight banyak sgt. Nanti saya kongsikan macam mana boleh lost weight begitu. Kena rajin je. Kat bawah nie gambar yang latest 2014. Ada la perubahan sikit hehehe gambar 2015 belum sempat snap :P


Apa-apa pertanyaan boleh je komen kat bawah nie ok ? 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join.


♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)


Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Semester Dua Mencabar Gila

Fuhh fuhh *hembus kuat-kuat* berdebu weh dah lama rasanya tak update blog ni dekat 3 tahun dah perghh lama kan. Alasannya sebab saya sibuk sangat semenjak masuk 2015 ha yelah sejak masuk semester dua ni lah. *padahal masa sem satu pun ko tak update ape pun* HAHAHAHA!!! Ya ampun erm the main reason is susah nak akses internet. Yelah bil wifi tak bayar. KAHKAHKAH padan muka *sila ketawakan saya* haih walaupun saya nie student tapi tak mampu nak bayar bil yang harganya Rm68 sebulan tu. Wifi Maxis menyesal pulak pakai. Saya sarankan korang semua jangan pakai Maxis!! Lembab kot bila quota dah habis. Konon 4GB sebulan eh tak sampai sebulan pun kejap je dah habis. Nak tukar unifi ah cemni hahahaha.

Alhamdulillah saya bersyukur sangat dikurniakan nikmat kesihatan yang baik untuk tempuh semester dua nie. Memang mencabar bergelar pelajar form 6 nie. Cuti sem ni pun sibuk buat assigment Muet dan Pengajian Am. Dok fikir nak kerja masa cuti sem ritu tapi tak terdaya la pulak rasa malas yang menggunung saya dok rumah je goyang kaki ahakss. Susah weh nak cari kerja time tu semua full. Bukan senang yelah kita cari kerja pun memilih la jugak opkos aaa ambil kira gaji yang ditawar sekali. Kalau main bedal je eh tak kuasa la nanti kena tipu dengan supervisor *banyak kali dah kena* kerja teruk kemain gaji ciput je huwaaaaa tak nak la.

Sekolah pun lagi beberapa hari je lagi nak buka dah. Saya punya persiapan takda la sangat. Setakat beli kasut baru je. Yang lain still pakai yang lama. Lagipun pelajar form 6 sudah dibenarkan memakai pakaian biasa means no need to wear school uniform dah. Kerajaan dah mula dah buka mata buat transformasi terhadap pengajian di tingkatan 6. Serius weh selama ni kitaorang memang diabaikan pun tak macam pelajar matriks dapat elaun bulan-bulan pastu dorang punya sistem teratur je. Ini kitaorang ni haa dah la menumpang di sekolah aliran perdana kadang rasa macam stranger pun ada tau. Banyak la kisah sedih malas nak cerita kat sini :(

Azam tahun ni memang dah tekad nak study betul-betul sebab masa sem 1 dulu main-main je banyak. Yelah masa tu tengah frust tak dapat uitm memang la. Dapat poli pulak course tak minat so tak pergi la. 4 flats insha Allah. Kalau ada usaha tu adala hasilnya. Tapi takut jugak dengan result sem 1 yang nak keluar bulan februari nanti nie. Harap-harap pointer 3 keatas la.

Ha skg tengah sibuk lipat baju nak pi hantar kat pusat pengumpulan barang untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Kita pilih baju yang elok-elok je *tak pakai lg* ni harap nt sampai baju tu dorang tak buat kain buruk sudah. Kita ikhlas ni hehehehe nak kasi kat orang ayah pesan kena kasi yang elok-elok tak boleh bagi yang buruk tak baik n.n


Baibai :D



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)