Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segmen: Follow Sampai Meletup


Saya join dan kat bawah sana saya sudah sertakan jumlah follower saya yang terkini.



Jumlah bilangan follower 581
Target follower 800
Hadiah hmmm dress ke lomo ? saya pilih lomo

Tag : Cik Wieda

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen : Pencarian Bloglist Muslimin & Muslimat by Nurul

Saya join. Jom tengok syarat penyertaan kat bawah nie :
- Letak banner yang dekat atas nie dan linkkan ke entri ini 

- Buat tajuk segmen : Pencarian Bloglist Muslimin & Muslimat by Nurul

- Like fanpage Nurul di sini LIKE (wajib)

- Follow blog Nurul (wajib)

- Klik sini HERE (wajib)

- Follow blog ini BLOG

- Like fanpage nie LIKE
Tamat : 20 Oktober 2012 sempena birthday adik Nurul

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Rasulullah Dengan Buah Limau

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya,siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman yang gembira. Buah itu dimakan oleh baginda Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah s.a.w akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. 
Rasulullah s.a.w terus makan dengan mempamerkan senyuman sehingga buah itu habis dimakan beliau. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan melihat sikap Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya pada kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu aku habiskan semuanya".
Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w,baginda tidak akan memperkecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa ? Sebenarnya tujuan dia memberi buah limau yang masam itu hanyalah untuk mempermainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Malangnya tidak berjaya dan rancanganya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w
Sumber Facebook
p/s : Subhanallah Nabi kita indah sungguh akhlaknya. 

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Amalan Kaum Nabi Luth Yang Masih Diamal Oleh Remaja Hari Ini

 
 
Ada empat amalan yang dilakukan oleh umat Nabi Luth terdahulu, tetapi masih lagi diamalkan oleh remaja zaman moden ini. Kaum Nabi Luth melakukan amalan-amalan ini dengan tujuan menarik perhatian kaun sejenis untuk melakukan perbuatan terkutuk yakni liwat. Amalan-amalan tersebut ialah
  • Bersiul dengan mulut untuk menarik dan mengajak pesangannya untuk melakukan liwat.
  • Duduk atau lepak di tepi jalan dengan tujuan memburu mangsa untuk melakukan perbuatan liwat. Rasulullah melarang umatnya daripada duduk di tepi jalan. Kalau perkara itu tidak dapat dielakkan maka hendaklah kita tunaikan hak-hak jalan iaitu,tunduk pandangan,menutup pendengaran, menjawab salam dan memberi laluan.
  • Membuka butang baju di bahagian dada,Kaum Luth membuka dada mereka untuk bermegah-megah dengan dada mereka yang bidang,bulu dada untuk menarik perhatian pasangan mereka.
  • Memakai seluar terlondeh hingga ke paras tulang punggung dengan tujuan untuk memperlihatkan dan menarik kaum sejenis.                          
 p/s: Sesuatu budaya atau fesyen yang hendak diikut hendaklah dirujuk kepada orang yang lebih tahu tentang agama terlebih dahulu dan barulah selamat dunia akhirat.

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Kajian Membuktikan Kebenaran Hadis Rasulullah Mengenai Lalat

   Hamaigaddd lalat tuh tengah buat apa ye ? -.-"

Abu Hurairah r.a. berkata Nabi s.a.w bersabda :
"Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah is kerana salah satu sayapnya mempunyai racun dan disebelah yang lain mempunyai penawar"
                 [Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320),Abu Daud (3320),Ibnu Majah (3505)]
KAJIAN SAINTIFIK

Sains moden menjadikan lalat buah, khususnya "drosophilia melanogaster" sebagai kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi Muhammad dalam hadis ini menyebut berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.
Kajian saintifik telah mendapati bahawa lalat akan mengeluarkan unsur-unsur kecil dari jenis enzim yang dinamakan bacteriphages iaitu suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain. Ianya merupakan kuman yang sangat kecil, bersaiz panjang. Oleh itu, apabila lalat jatuh ke dalam air,hendaklah lalat tersebut dicelup kerana ia akan mengeluarkan kuman bacteriphages menentang bakteria perosak.
HUKUM MINUM AIR YANG MENGANDUNGI LALAT

Majoriti ulamak berpandangan, Air yang sedikit tidak menjadi najis sekiranya dimasuki dengan sesuatu yang tidak najis. Oleh itu, air yang mengandungi lalat tidaklah najis, kerana menjadi suatu kemustahilan apabila Rasulullah mengarahkan umatnya mencelupkan sesuatu najis ke dalam air minuman. Ibnu Qayyim mengulas : Ini adalah pendapat majoriti ulamak yang tidak diketahui dari mana-mana salaf yang berselisih terhadapnya.
Sumber : Bulletin Sekolahku
p/s: agak2 korang nak celup ke tidak ? tepuk dada tanya selera

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Biar Ikhlas Jangan Pilih Darjat



-Gambar Hiasan-

Salam aku nie bukanlah layak nak judge orang tapi kenapa manusia perlu membezakan-beza manusia yang lain atau memilih-milih atau simple words pilih kasih dan pilih bulu ? Aku cuma nk menyuarakan ketidakpuasan hati aku nie ja.Bila kita buat sesuatu buatlah dengan ikhlas tak perlu kot nak pilih kasih nie.

Kalau nak jemput anak-anak yatim tu jemputlah ke majlis korang tu.Tapi kenapa perlu mengasingkan mereka? Kalau makanan yang dihidangkan tu kenapa tak sama dengan tetamu lain.Kalau VIP makan dessert etc anak yatim pon korang hidangkan menu yg sama jugak.Kenapa buat lain dari yg lain.Apa motif ?

Firman Allah bermaksud: “Berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin serta berbicara dengan kata yang baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Firman Allah s.w.t

“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.” (Surah al-Maa’un, ayat 1-3) 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Aku dan orang yang menanggung (memelihara) anak yatim (dengan baik) ada di syurga bagaikan ini! Baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan Baginda rentangkan kedua jarinya itu.” (Hadis riwayat Bukhari) Bagi orang yang menganiaya, tidak berlaku adil dan tidak menyayangi anak yatim, di akhirat mendapat azab tidak terperi perihnya.

Sabda Rasulullah s.a.w
"Seburuk-buruk makanan adalah makanan pesta (jamuan) yang mengundang orang kaya saja dan ditinggalkan orang fakir.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Habistu kalau takot bajet lari kena gatal-gatal pergi jemput budak-budak tu?Kesian aku tengok T.T kenapa la aku perlu terjebak sekali dalam majlis tu ? -.- Sungguh tak adil.Aku fikir 10kali nak publish ke tidak entry nie.Asyik dok dalam draft je.





p/s:anak yatim bukan Ahmad bin Yatim :P


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Contest Blog Siapa Yang Kawaii Tu ?


Disebabkan jelly tengok ramai orang mengjoinkan diri masing dalam contest nie, 
aku pon tergerak hati nak join. Sebenarnya Munirah dah pun tag aku untuk join tapi 
aku belum tergerak hati lg nak join sebab kekangan masa.
Atoto comel je kan banner tu.



Jum tengok hadiah-hadiahnyer

 bookmark by ccidollylicious
 2 set  barangan kosmetik jenama silky girl
 1x tony lip tiny tint
 1x frame (8"x10") with doodle pix 
 2x mini notebook
 4x sticker by kawaiidysha
 4x bookmark by kawaiidysha
 4xbrooch reben
 1x charcoal mask
 2x face mask by sasa
 1x tudung bawal duo tone (color random)
 1x pashmina ( color random )
 1x tudung bawal bercorak (random)

*Mohon kawan-kawan sekalian menyertai ya.Syarat-syarat pon senang jer.

Tag : Awak 

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Kenapa Kita Perlu Memasukkan Air ke Dalam Hidung

Gambar Hiasan

Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangun dari tidurnya, hendaklah dia menyedut dan menghembus rongga khaisyummnya dengan air sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan sememangnya melepak di dalam rongga khaisyum tersebut." (HR. Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya : "Sesiapa berwuduk hendaklah menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula ." (HR Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya : "Apabila kamu bangun dari tidur hendaklah kamu menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula sebanyak 3 kali kerana syaitan tidur dalam lubang hidung". (HR Muslim)





p/s : Haaa jangan dok pi korek pulak hidung tu !

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

10 Jenis Mayat Yang Tak Akan Reput Di Dalam Kubur

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi
2-Para Ahli Jihad Fisabilillah
3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang menjaga hukum agama semasa hidup didunia.
 Sumber : Facebook

p/s:moga2 kita tidak tergolong dalam golongan orang yang jahil. Amin~

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Freebies Assalamualaikum


Hari nie aku baik hati nak kasi freebies yang aku buat nie kat korang.Sebenarnya aku buat untuk aku pastu adik aku mintak buatkan untuk dia jugak.Entah kenapa tetiba saja aku buat lebih.Siapa nak ambillah dengan berhemah.Aku buat biasa je and bentuk sama je cuma colour je yang berbeza.Tak lah berbeza sangat sangat =..= Dipersilakan ambil kalau nak ^_^


p/s : dah ambil bagitahu yerr :)

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)