skip to main |
skip to sidebar
Rasulullah Dengan Buah Limau
Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya,siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman yang gembira. Buah itu dimakan oleh baginda Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah s.a.w akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah s.a.w terus makan dengan mempamerkan senyuman sehingga buah itu habis dimakan beliau. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan melihat sikap Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya pada kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu aku habiskan semuanya".
Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w,baginda tidak akan memperkecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa ? Sebenarnya tujuan dia memberi buah limau yang masam itu hanyalah untuk mempermainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Malangnya tidak berjaya dan rancanganya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w
Sumber Facebook
p/s : Subhanallah Nabi kita indah sungguh akhlaknya.
Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)
Hai thanks sebab jenguk blog MingHuiRaingerz
ReplyDeleteEmma Maembong Gadis Melayu Yang Menawan @ MingHuiRaingerz