Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Liebster Awards


Mintak maaf kalau lambat jawab ye. Saya sibuk sikit. Thanks to Tashira sebab tag saya, tapi tak janji nak jawab jujur eh. HAHAHAHA. Mai tengok soalan yang saya dapat kat bawah nie ha.
Nak tau jawapan slamberdogz saya ? Sila baca sehingga habis :P



1 . List your favourite korean drama .

Full House, Full House Take 2, The Moon Embrassing The Sun, He's Beautiful,
Tamara Island, Naughty Kiss, Love Rain

2 . What is your favourite chocolate?

I don't have the specific one. Semua saya suka.

3 . Who is your favourite korean actor/singer?

Shin Hye Park, Kim Hyun Joong, Song Hye Kyo, Jung II Woo, Yoon Eun Hye,
Lee Da Hae, Yoona, Jang Geun Suk 
Memang minat gila-gila la.

4 . How do you spend your time during weekends?

Tak tentu ikut mood je.

5 . What is your best moments in school?

Too many too mention

6 . Your favourite blog for this year?

Yuyu Zulaika

7 . Do you prefer chicken or beef?

Both

8 . What face product do you always use?

Dnars Skincare, Perla Coffee

9 . At what time do you sleep at night?

12 am and above

10 . Do you have a diary book?

No! Dulu ada tapi terkantoi dengan family so saya dah bakaq dah.

11 . What do you think about my blog?

Simple, cute, loading cepat. Yang penting pink! Ahaha dah perfect dah cuma kalau besaq sikit font tu mesti oke dah sebab saya nie rabun sikit. Hehe




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Tutorial Buat Ribbons Photoshop

Selamat petang, saya baru balik dari Centre Square bayar bill wifi. Mengantuk gila tidur lewat semalam sebab lewat sampai rumah mak saudara akad nikah lepas Isyak. Hari ni nak buat tutorial yang direquest oleh seseorang. Benda nie senang je ikut saya malas nak buat sebab boleh je download brush kat google sana tu. Tapi takpe la. Nak buat ribbons nie senang je apa yang penting korang perlu pastikan korang ada photoshop. Takada gi install! ^_^
First sekali, buka photoshop klik File > New *saiz adjust sendiri* kemudian klik Custom Shape Tool macam gambar kat bawah
 

Seterusnya ikut gambar yang telah saya bulatkan pastikan korang ikut step tekan no 1 dulu dan diikuti 2. Lepas tekan no 2 tu dia akan keluar pop out box ada banyak shape kat situ so boleh pilih la nak design yang macam mana.




Lepas dah pilih korang guna mouse untuk expand shape tersebut dan jadilah macam gambar kat bawah.


Pastikan kalau nak tambah lagi satu shape macam gambar dekat bawah korang boleh tukar je warna ikut kesukaan TAPI pastikan sebelum tambah lagi shape korang dah buat new layer.


Macam mana nak buat new layer ? Tengok gambar dibawah. Kalau tak buat new layer susah nak move. Untuk adjust size boleh tekan Ctrl+T


Korang jugak boleh tambah ayat atau apa-apa jela dekat situ. Untuk buat border macam warna putih tu tekan right-click > pilih blending options > stroke *klik dua kali* > colour *klik untuk tukar warna border* lepas dah siap tekan ok.



Tara!!!  Dah siap dia akan jadi macam nie. Buat ikut kreativiti masing-masing oke ?Boleh je nak tambah doodle ka apa ka. Benda nie kena pandai godek-godek sikit. 


Paham tak ? Tak paham tanya jangan mencuri artworks orang lain claims as yours. Kat bawah nie ada freebies sikit. Boleh buat menu tab ke, sidebar title ke. Suka hatilah









Ini ada satu yang kosong je korang boleh amik dan save la boleh edit sendiri pilih font yang korang suka. Kalau dah ambil sila bagitahu oke tak payah kredit. Nak repost or freebies sila bagitahu dulu oke ?  ^_^


p/s : tak dapat upu T.T






Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Ke Tingkatan 6 Pilihan Saya. Anda ?


Selamat petang. Sejuk kat tempat saya sebab sekarang musim hujan petang. Balik sekolah je hujan. Nak pergi sekolah lama ambik sijil berhenti sekolah pun tak sempat. Saya sebenarnya sedang menyambung pengajian di Tingkatan 6 di Smk Ibrahim Sungai Petani. Dah seminggu dah dekat sini. Hari ni hari yang ke-6 orientasi. Seronok sangat berada dekat sini. Suasana pun lain je lagipun dipilih masuk ke Smk Ibrahim satu rahmat besar tu, sekolah tersohor ranking no 2 dalam Malaysia berdasarkan pencapaian akedemiknya sapa taknak kan. Hehehe sekarang warga SMKI tengah sibuk nak sambut Majlis Anugerah Cemerlang. Majlis yang penuh dengan protokol sebab every year Sultan Abd Halim Muadzam Shah yang akan datang menyampai hadiah kepada pelajar. Memang dari dulu-dulu lagi sejak 95 tahun yang lalu. Bangunan lama yang masih kukuh ditubuhkan pada Ogos 1919 *jepun pun tak datang tanah melayu lagi* sekolah nie sini ada muzium tapi bukan semua orang boleh masuk ey. Form 6 je selalu untung HARHAR.

Ikutkan hati tak hadap langsung sambung belajar ke tingkatan 6 ni. Tapi saya tak pasti kenapa saya buat keputusan ni opkos takde dipengaruhi oleh sesiapa pun. Tapi akal nie ligat berfikir sejak 5 hari yang lalu so, saya decide apa yang terbaik untuk diri sendiri. Banyak sebenarnya saya nak cerita rasa macam tak cukup pulak nt. Sepanjang orientasi berlangsung saya didedahkan tentang kehidupan atau proses pengajian di form 6, subjek-subjek yang ditawarkan, biasiswa & peluang kerjaya. 

Sejak rasa tersedar dari sesuatu *taktau nak explain how* saya sangat berterima kasih kepada cikgu-cikgu tingkatan 6 Smk Ibrahim dan senior-senior yang terlibat diatas segala layanan dan khidmat nasihat bimbingan dari mereka kepada kami pelajar baru. Semuanya perfect sangat. Terima kasih! Terutamanya teacher Jim Annie she's too kind, caring yet responsible. Saya akui semasa pertama kali menjejakkan kaki ke SMKI, saya datang mendaftar dengan semangat 50/50 je. Tapi sejak menjalani orientasi hari demi hari sehinggalah ke hari ini hari yang ke-5 semangat tu dah naik 90/100 lagi 10% nak tengok keputusan UPU je. Allah itu Maha Berkuasa. Kadang-kadang tak semua benda yang kita nak kita akan dapat dan belum tentu ianya baik untuk kita. Dan yang tak menjadi pilihan kita, tak semestinya ianya buruk walhal kita taktau itulah yang sebaik-baiknya.


Bagus program orientasi nie kerana pelajar dapat tahu apa sebenarnya konsep pembelajaran form 6. Form 6 nie guna sistem semester. So pelajar form 6 ada 3 semester dimana setiap penggal korang akan menduduki exam tak macam aliran arus perdana belajar dari form 1 untill form 5 final SPM. Korang kena kasi maintain *tak boleh maintain kena up lagi dan lagi* pointer tinggi dan jangan risau kalau fail sebab kerja khusus (PBS) setiap subjek yang dibuat tersangat membantu kita bila campur keseluruhan confirm boleh cemerlang atleast A-. Saya takda nak tipu ke apa memang tersangat penting kerja khusus nie tak buat bermakna gagal keseluruhan subjek. Kerja khusus nie bukannya folio biasa addmaths form 5 yang kita dok buat tu. No! Dia macam thesis korang nak buat untuk master. Kira adik sikit dari thesis. Jangan risau, susah pun takde la susah sampai nak mati, berkemungkinan akan tertekan sikit sebab korang nak kena buat kerja khusus subjek lain pulak. 

Don't worry cikgu akan membimbing dalam membuat projek masing-masing. Pls tolong rajinkan diri bertanya kalau taktau. Tanya seniors ataupun cikgu. Jangan malu-malu. Sorry to said la, masa nie bukan masa korang nak malu-malu. Sapa malu dia ketinggalan! Percayalah cakap saya. Korang jugak kena tonjolkan diri tak perlu dah teragak-agak. Keputusan diatas diri sendiri. Nak rasa hidup senang bersusah-susah la dahulu. Senangnya nanti kita rasa sama-sama kemudian. Hal peribadi tolak ketepi dahulu. Awak memang silap besar kalau awak sibuk bercinta masa nie. Sedangkan perhatian awak terhadap pembelajaran. Jadi orang yang berprinsip dan berdisiplin. Lupakan semua tu. Ingat ye pergi menuntut ilmu bukan pergi mencari jodoh ye. Saya pun remaja saya faham jiwa remaja. Tapi saya pegang pada prinsip. Hiburan saya akui saya pun menikmati jugak tengok tv, etc tapi kena bijak uruskan masa la. Dan yang paling saya selalu ingat kata-kata ayah "buat keja jangan bertangguh"

Bila dah faham konsep tingkatakan 6 sedikit sebanyak balik rumah dapat cerita kat mak ayah. Selalu orang anggap form 6 nie last choice la. Saya pun dulu macam tu memang suka berangan gila nak masuk universiti blablabla sampai pandang rendah je form 6 nie. Sebenarnya punca saya jadi begitu kerana tidak mendapat maklumat yang sahih mengenai form 6. Macam hari ni cikgu ada jemput 2 orang pelajar cemerlang STPM yang sudi meluangkan masa bersama kami dan berjaya mendapat 4 flats untuk berkongsi tips kejayaan. Kedua-duanya perempuan, they're chinese. Saya jugak tak melepaskan peluang yang ada untuk bertanya soalan kepada mereka kerana inilah peluang yang terbaik untuk saya bukan senang nak jemput mereka. Alhamdulillah mereka menjawab persoalan yang sering timbul di lubuk hati saya. Kini dah takde dah ragu-ragu.

Memang semangat saya pun berkobar-kobar gila la nak score 4 flats jugak! Yang bagusnya form 6 ni adalah merupakan salah satu laluan alternatif untuk ke universiti. Jangan risau kalau results korang tak berapa cun straight A's tu korang boleh cover dengan STPM, tapi tak mudah la laluannya korang kena usaha gigih la. Study kena smart jangan study hard. Kang seteghess tak pasal kena retake pulak. Sebenarnya, STPM setaraf A-Level, diploma dan foundation. Kalau apply mana-mana universiti di dunia ni confirm korang diterima masuk. SPM pun boleh tapi hanya bertaraf O-Level je, result strong boleh la. Form 6 jugak saya lihat sebagai satu medium mempersiapkan diri ke universiti. Kerana pelajar form 6 diterapkan dengan nilai-nilai kepimpinan ke dalam diri masing-masing. Contohnya form 6 di SMKI dilatih untuk meyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini kerana untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berkepimpinan pada masa akan datang.

Aliran arus perdana memang berbeza jauh daripada form 6. Di form 6 kami dilatih untuk mengendalikan sesuatu acara, majlis rasmi & aktiviti luar contohnya khidmat masyarakat. Cikgu hanya menjadi pemantau je. Contoh pertandingan bola jaring. Dulu masa form 5 kita turun main tapi di form 6 kita belajar macam mana nak anjurkan pertandingan bola jaring, menjadi pihak pengurusan dan sebagainya. Buat presentations secara individu di depan panel. Kira dari A-Z handle sendiri. Lagipun form 6 lebih tinggi kedudukannya dari matriks. Kalau bandingkan dorang punya 4 flats dengan STPM punya 4 flats tentu la STPM lagi berkualiti. Sorry to said. My teachers yang cakap. Budak STPM yang 4 flats mesti punya dapat full biasiswa BERSERI. Mereka just call dan tanya je uni mana awak nak masuk sebut je. Ada seorang chinese guy nama dia saya tak ingat cikgu ada tanya dia kenapa masuk form 6 tak masuk matrik, dia jawab "matriks is not challengging" fap fap fap saya ternganga je le HARHARHAR. 

Sebenarnya sistem pendidikan tingkatan 6 di bawah MPM (Majlis Peperiksaan Negara) jadi sebarang semakan mengenai sesuatu maklumat adalah dibawah MPM secara online. Kerajaan pun tengah melakukan tranformasi kepada pelajar tingkatan 6. Korang tahu kenapa orang tak nak pergi form 6 ? Sebab tak nak jadi budak sekolah kan? Sekarang ini dasar baru telah di pinda. Pelajar tingkatan 6 diberi kelonggaran memakai pakaian kasual seperti pelajar-pelajar diploma dan matriks mengikut syarat tertentu tetapi belum dikuatkuasakan lagi. InsyaAllah dalam tempoh terdekat mungkin surat pekeliling tersebut akan sampai. Jadi dengan ini berubahlah perspektif negatif orang  ramai terhadap form 6.

Seterusnya untuk pengetahuan korang pelajar form 6 akan mendapat baucer buku 1 Malaysia dan bakal mendapat elaun bulanan Rm250 seperti mana pelajar-pelajar matriks dapat. Selain tu, kerajaan jugak ada menyediakan beberapa sekolah hanya untuk kesemua pelajar tingkatan 6. Tapi belum menyeluruh sebab kerajaan takde bajet. Peruntukkan untuk pelajar form 6 pun memang ada tapi tak banyak la sebab bilangan kecil je tak macam aliran arus perdana. Semua kos tanggung kerajaan tanggung kecuali MUET je. Untuk MUET nie sijil dia hanya valid untuk certain years je pastu dah tamat korang kena amik exam balik.

Salah seorang alumnai Smk Ibrahim yang berjaya ialah Prof Chandra Muzaffar. Beliau merupakan seorang tokoh yang hebat. Ada ramai lagi tokoh yang hebat keluaran SMKI seramai 6 orang sekarang ini yang memegang jawatan sebagai naib kaunselor di uni tempatan. Nama tak ingat sebab *too manya to mentions* Saya menjadikan mereka sebagai inpirasi untuk berjaya. Tak kira dimana kita belajar kita kena ingat fokus tu penting. Pedulikan orang kata "Anak dapat pi u mana?" "Tak pergi mana pun masuk form 6 ja" "Kesiannya napa masuk form 6 u lain dah takdak ka?" once again I told you ya ini adalah pilihan kita. Kita yang nak hadapi. InsyaAllah berlajar dengan tekun dan rajin kita selangkah menuju kejayaan. Berbanggalah jika korang dapat masuk ke form 6. Ada orang lain yang memang teringin sangat nak masuk tak dapat dan terpaksa buat rayuan. Punca tak dapat form 6 mungkin Bm dan Sejarah tak credit. Susah kalau tak credit nie sebab kemahiran mengarang sangat diperlukan untuk Pengajian Am. Kalau mengarang korang lemah hancur la result korang pastu beria jugak tak pass rugi masa je. Tapi, kalau bersunguh-sungguh rajin dan bertekad nak berubah nescaya boleh je cemerlang.

Bukan saya kata matriks atau diploma tak bagus cuma bagi diri saya sendiri saya akui saya tak bersedia nak melangkah ke alam universiti sepenuhnya lagi. Biar saya persiapkan diri dahulu. Korang kena ingat belajar semuanya susah takde yang senang. If you never failed means you never learn something new. Tak perlu pandai cuma perlu jadi rajin dan bersemangat hormat ibu bapa dan guru. Cikgu kitaorang kat sini selalu bawa STPM leavers pergi USM pergi UUM untuk gi isi borang melanjutkan pelajaran. Disini cikgu semua jaga dan pantau dengan elok. Jangan risau tentang masa depan kita berusahalah dengan bersungguh-sungguh.  Saya pun tengah berusaha untuk first sem bulan Nov nanti. Tahniah kepada yang berjaya dalam UPU.


p/s: bila jatuh jangan lupa cari jalan untuk bangkit bukan mengangis kerana sakitnya jatuh


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)