Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KHAS UNTUK LELAKI ! Cara Buang Bintik Hitam Di Muka Dengan Mudah Dah Berkesan

Selamat petang, saya nak kongsi tips dengan semua orang cara nak buang bintik hitam diwajah atau pun nama femesnya blackhead. Maaf ye kalau untuk bintik hitam hati jangan google, gi taubat la. Caranya memang mudah dan simple je tak perlu keluar duit beratuih-ratuih pun! Sebab apa saya nak kongsi? Sebab geram dengan lelaki yang tak menjaga wajahnya sendiri, selalu buat tak peduli je. Muka berminyak pun tak cuba nak atasi.

*ihsan google*

Bukan apa, sebenarnya kecantikan bukanlah mainan orang perempuan je, lelaki pun sama korang perlu jugak jaga muka korang which means kebersihan. Sebab benda nie penting, kenapa penting? kerana kebersihan mencerminkan personaliti sesorang tu. Muka dah sampai berpasir macam kertas pasir ja bila pegang takkan nak duduk diam je kot. Nak harap air wuduk pun tak boleh gak. 

First sekali orang tengok awak opkos dia tengok muka kan, mungkin dalam hati dia kata *hensem! tapi choy ah jerawat batu/lubuk kawah penuh la plak* contoh je ni kahkahakah. Orang zaman sekarang kan pentingkan rupa paras kan. Bila takda tindakan dari diri sendiri masalah jerawat batu, jeragat dll mula la rasa rendah diri kan. 

Caranya senang sangat rasanya ramai dah tahu tapi mungkin tak peduli. Saya sekarang dah tak beli dah masker guardians tu. Bikin sakit hati je tak membantu langsung. Jangan pandang rendah eh. Kadang produk yang jenama femes sangat harga mahal kemain pun belum tentu jugak berkesan. Saya selalu guna cara nie je, jimat, berkesan, selamat dan berjaya. Awak yang ada masalah blackhead nie boleh cuba ya ^_^

Bahan : 
putih telur, air suam, tuala kecil/sapu tangan, kapas muka/tisu

Cara-cara :
 
Korang bangun pagi tu gila cuci muka, gosok gigi dulu. Tak nak pun takapa. Better cuci muka guna pencuci muka korang tu dulu. Biar pori-pori terbuka dulu. Taknak abaikan je step ni.

Basuh muka dengan air suam urut *gosok bahagian yang banyak blachead* seluruh permukaan muka. Tujuan nak bagi pori-pori terbuka karang tanggalkan masker marah pulak takda blackhead yang keluar. Lap muka anda.

*ihsan google*

Celupkan kapas dalam magkuk berisi telur putih pastu apply kan dekat muka. Susun sendiri sampai penuh satu muka, biarkan sehingga betul betul kering. 

*ihsan google*

Last sekali akan jadi macam nie bila dah tanggalkan. See banyak kan rasa geram pun ada tengok banyak yang mencacak je. Buat la seminggu 2 3 kali bukan susah pun.

*ihsan google*

Tak percaya or tak sedar lagi tak tau lah. Suruh beli produk blabla kata "perabis duit ja semua tu". Tak kacak takapa kebersihan mesti jaga. Bukan dengan buat sekali je hilang terus. No way man! Yang patah tumbuh yang hilang berganti. Selagi hidup selagi tu ada. Nak hilangkan semua? Boleh takada masalah ada banyak produk dipasaran boleh dibeli guna. Belum cuba belum tahu k. Yang penting jangan malas-malas. 

Ingat yang kulit cantik semua tu dia memang asal macam tu ke dia jaga lah since kecik ke ada la cara memasing. 


p/s: tak sempat nak transfer gambar sendiri, ada masalah teknikal



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Jana Pendapatan Dengan Mudah Dari Rumah


Selamat petang. Sejak kebelakangan ini ramai dah berjaya bergelar "orang kaya"  yelah join itu ini jana pendapatan yang lumayan. Mudah je kan sekarang nie nak cari duit tak perlu guna tulang empat kerat sangat. Guna tangan dan mata je ngadap laptop tup tup duit masuk je dalam akaun bank kan. Benda macam nie takada yang tipu macam MLM cuma perlu berani je. 2014 ialah tahun buat duit sana sini orang kerja buat duit je.

Modal ada kena keluar banyak ada yang sikit je. Contoh whp Rm55 simpan dalam purse korang pun tak jugak memberanak-pinak. Kalau keluarkan pun tak ada rugi sampai jatuh miskin papa kedana pun kan. Belum cuba belum tahu. Hahah saya pun memang sibuk dengan business sikit. Nak siapkan tempahan bukan senang. Ramai orang tempah beribu beratus. Cuti sekolah pun dah dekat so kena gigih siapkan karang tak sempat ngamuk habis derang.


 

 


Diantara gubahan coklat. Ready made or nak bagi coklat sendiri pun bole.



Antara sireh junjung.


          

 

Halwa dan dulang bantal foam.

Saya hanya fokus ke bunga tisu tu je. Bunga telur tu. Hantaran mak saudara saya yang buat. Kalau sorang nak buat semua nie memang tak sempat lah. Semua pakai tenaga manusia kita pun kadang mood oke kadang tak. Btw, boleh pilih warna ikut wedding theme masing-masing. Berlambak lagi yang belum siap bunga nak dikembangkan. Aksesori pada bunga boleh pilih. Yang bertingkek-tingkek tu yang hendak dipost tapi belum masuk kotak lagi.

Maaf andai saya lambat reply email. Jangan risau ada masa saya gi singgah gi blogwalking. Kat facebook banyak lagi gambar diupload oleh mak saudara saya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi mak saudara saya.


p/s: tengah konpius dgn tawaran ke kolej uniti


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Setiausaha Perah Susu Sendiri Hidangkan Untuk Boss


Selamat petang, baru boleh online sibuk dengan kenduri kahwin family dua hari ni. Disebabkan nak tengok cousins upload gambar kat facebook dia saya pun buka facebook scroll je timeline perghhh my first impressions is "-_____- what? euwwww tak kuwaseee hakuuu"  Maksud saya disini adalah bukanlah saya pandang hina pada susu badan ibu-ibu. No! Cuma tak rela je nak kasi boss lak tu nak bancuh ke kopi.

Seperti kita tahu susu ibu ada khasiatnya yang tersendiri. Memang bagus untuk tumbersaran bayi!




p/s: dh check dah tawaran ke form 6, alhamdulillah dapat tapi tak sure nk pergi ke


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Semakan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2014-2015 Keputusan Kemasukan

Semakan tawaran kemasukan pelajar ke tingkatan enam sesi 2014/2015 akan dibuka pada minggu keempat di bulan April 2014 demikian menurut maklumat awal yang dimaklumkan oleh sumber

semak masuk ting 6 tahun 2014semakan tawaran tingkatan 6 sesi 2014 2015 keputusan kemasukan

Bagaimana pun tarikh rasmi pemberitahuan adalah tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia KPM (Dikemaskini Kelak)
Cara Buat Semakan Tawaran Masuk Tingkatan 6 Secara Online Dan SMS
Pelajar boleh membuat semakan secara dalam talian (online) melalui sistem aplikasi E-Perkhidmatan di portal rasmi KPM dan boleh dicapai melalui pautan http://www.moe.gov.my pada tarikh semakan diumumkan
Semakan keputusan tawaran turut boleh dilakukan dengan mengunakan sistem mesej singkat SMS, dengan berpandukan format penghantaran seperti berikut
MOE <jarak> T6 <jarak> No kad pengenalan dan hantar ke 15888

Source

Better check SMS sebab website lambat loading. Untuk yang nak tahu sekolah mana yang awak ditempatkan boleh check terus di website. 


p/s: dah check nanti jangan lupa kongsi dengan saya ya. hehe

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Tips Mendapatkan Kuku Kaki dan Tangan Cantik

Selamat pagi. Sebenarnya pada pendapat saya, cantik tidak semestinya hanya pada wajah. Kuku juga perlu kelihatan cantik sebab tu memang penting untuk kita menjaga kuku kita. Selain kelihatan menarik, kuku yang bersih juga menjamin kesihatan yang sempurna dan mencerminkan pesonaliti kita. Tengok kuku orang je dah tau dia cemana kan. 

Saya ada kawan dia jenis yang suka gigit kuku. Memang dah jadi habit dia dah gigit kuku nie. Pantang je tengok tv ke mesti dia akan gigit kuku dia. Bila ditegah memang dia stop jap pastu kita tak nampak dia still buat jugak. Kira tak complete la hidup dia kalau tak gigit kuku. Saya selalu pesan jangan buat macam tu dan please basuh tangan nt nak salam orang ke apa orang geli pulak.

Sebelum tu jom kenali struktur kuku kita dulu. 






  1. Nail Plate - lapisan kuku paling atas
  2. Nail Bed and Matrix - kawasan di bawah kuku (cuticle)
  3. Lunula - bahagian pangkah kuku yang berwarna putih dan bentuk seperti bulan sabit
  4. Kulit kuku - iaitu cuticle, tisu yg bertindan antara lapisan pangkal dan bingkai kuku
  5. Nail Folds - lekuk kuku yg membingkai dan menyokong kuku



Tips untuk mendapatkan kuku yang cantik adalah

  1. Pastikan kuku sentiasa pendek, kering dan bersih
  2. Buang tabiat korang yang suka gigit kuku tu
  3. Makan banyak buah-buahan dan protein
  4. Amalkan penggunaan losyen pada kaki dan tangan
  5. Banyakkan minum air masak
  6. Jangan potong kuku terlalu pendek kerana boleh mendatangkan luka
  7. Lap celah jari kaki terutama sekali selepas mandi
  8. Pakai stokin yang diperbuat dari kapas dan pastikan tukar stokin sekerap mungkin ! jangan pakai sampai seminggu pulak

Mudah je kan. Kalau saya, saya suka berkuku pendek senang. Saya memang tak suka berkuku panjang kerana cepat rimas lepas tu nanti kuku panjang tu dia selalu tertarik dekat tudung bila nak pakai tudung then shawl atau tudung saya akan tarik benang. Memang geram sangat la. Sejak tu saya berkuku pendek je ^^







p/s : sharing is caring ^_^



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Ditendang Kerana Sakit Gigi

gambar ihsan google

Selamat malam saya ucapkan kepada yang membaca. Korang pernah alami sakit gigi yang melampau tak? Sampai rasa nak tendang orang pun ada. Sebenarnya bukan saya yang mengalami sakit gigi tetapi emak saya. Kesian saya tengok dirinya yang tak tentu arah dek sakit gigi. Punca emak saya mengalami sakit gigi adalah disebabkan oleh gigi graham berlubang. Pasti sakitnya berdenyut-denyut macam ada benda terkodek-kodek haa lebih kurang macam tula gambaran. Simen penampal tu dah tercabut tambahan pulak gigi graham tu pun dah patah separuh. 


Nak cabut memang tak boleh sebab klinik memang tak terima kerana mak saya ada penyakit darah tinggi. Dorang tak kasi, kena tunggu sehingga rasa sakit tu hilang dulu baru boleh cabut. Kata dorang boleh mengancam nyawa. Nak tunggu sakit tu hilang memang lambat lah. Lagipun gusi mak saya tengok dah ada tompok putih mungkin nak jadi nanah kot. Bengkak jugak la pipi mak saya. Letak ubat pun kejap je pastu sakit balik hmmm.


gambar ihsan google

Sampai tak boleh tidur malam langsung. Makan pun just makan bubur je nak kunyah nasi tak boleh. Sebab tu kita yang belum terlambat nie kena jaga gigi elok-elok. Pada saya sebagai perempuan bukan saja rambut je aset luaran yang perlu dijaga gigi pun sama kena jaga. Malu la kalau muda lagi gigi dah takde. Ronyok ke jarang ke tu kes lain janji elok takada masalah its oke. 



gambar ihsan google


Pastikan kita gosok gigi paling awak malas pun 2 kali sehari. Gosok weh gosok lidah pun kena gosok jugak jangan abaikan bukan gigi je k. Jangan sampai jadi macam gambar kat atas tu.


Mulut berbau kerana kita tak jaga kebersihan mulut sendiri. Sebelum terlambat cegahla sebelum kena beli gigi palsu hehe. Sakit tu datang dari Allah untuk kita ingat bahwa kepadaNya kita diciptakan dan kembali. Tapi sakit juga datang dari kelalaian kita sendiri membiarkan sehingga berlanjutan menjadi makin parah yedak ?




p/s: sakit gigi takpe jangan sakit PHD je



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Dnars Skincare Produk Yang Rosakkan Kulit

Selamat petang saya ucapkan kepada yang singgah membaca. Disebabkan kawan saya asyik tanya "pakai apa weh? makan apa weh? guna apa weh? berapa weh? oke ka weh?" Lol -.-" terpanggil saya untuk review produk kecantikan yang saya gunakan sekarang nie iaitu Dnars Skincare. Korang pernah dengar tak? Angkat kaki cepat kalau tak pernah. Eleh tipu lettew kat tv pun dah banyak keluar iklan bersepah dah. Harga untuk untuk trial set cuma Rm59.90 je awak tapi bergantung kepada sellers di luar sana la. Kita beli Rm50 je masa mula-mula dulu. 
Gambar ihsan google

Produk nie ada dua jenis satu set normal iaitu untuk yang kulit takde banyak masalah kecuali jeragat je. Satu lagi set jerawat/berminyak untuk yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat la. Pastikan kalau nak beli jangan main hentam beli je, tengok dulu jenis kulit korang. Untuk normal set korang akan dapat 1 ketul sabun collagen, 1 ketul sabun beras, krim siang dan krim malam. Ada arahan cara pemakaian dalam kotak produk tersebut. Seingat saya untuk set berjerawat pun sama je kut atau mungkin ada kelainan sikit. Kalau taknak beli trial set nak beli fullset pun boleh tapi harga lain la plus mahal la sikit.
Gambar ihsan google

Saya tak hanya bergantung kepada trial set tu je. Saya guna Dnars toner collagen sebagai toner untuk tutup pori-pori yang terbuka masa cuci muka. Toner Dnars ada dua ye awak, toner collagen dan toner treatment. Untuk yang set jerawat awak kena pakai toner treatment k. Yang leceh pasal Dnars ni satu je dorang takde penyegar. Lepas pakai toner mesti la pakai freshner pulak kan. Untuk freshner saya guna Mary Kay punya freshner. Alhamdulillah setelah 3 bulan guna produk Dnars nie kulit bertambah sihat. Parut bekas jerawat lama pun hilang. InsyaAllah dengan penggunaan yang berterusan ada perubahannya. Sabar tu penting. 
Gambar ihsan google
Yang paling penting sekali adalah 100% selamat tak ada bahan kimia merbahaya seperti merkuri dan lain-lain yang boleh merosakkan kulit wajah. Satu je saya nak pesan jangan terlalu ghairah nak cantik sampai abaikan aspek keselamatan. Ada produk yang bagus sesuai dgn kulit kita, ada yang tak sesuai. Depends kepada kita la. Saya nak suggest pun tak berani. Yang penting utamakan dulu bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu produk tu dulu. Tengok feedback orang ramai then buat research tentang bahan-bahan yang digunakan dulu. Then baru decide nak beli ke tak. Dan untuk kulit cantik jugak pemakanan kena jaga. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Tu je dari saya :D
 
Testimoni dari saya. Maaf dari segi lighting yang kurang memuaskan dan store kedai yang 
berselerak. Alhamdulillah jerawat dah takada. Jangan lupa minum air putih 
banyak-banyak.



p/s : nanti nak review tentang bahan dalam set collagen vic c yang murah tu

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Servis Wifi Terbaik Seantero Dunia

Selamat malam saya ucapkan kepada yang menyinggah ke sini. Pada pendapat korang la kan internet tu penting ke korang sampai tahap mana ? Tahap memang perlu sangat-sangat ibaratkan kalau takada memang tak boleh tidur,duduk diam diam seminit ke cemana ? Mesti ada yang kata "hek eleh dia dia nie dok zaman paleolitik ke apa, mmg penting gila la kalau takda i kendai hang taw" HOHO 

Kalau dah internet tu penting tetapi kelajuannya pulak macam siput baru merangkak macam mana ? Menyakitkan hati bukan. Hmm yang tu la yang saya rasa sekarang nie. Sangat menyakitkan hati. Saya pengguna setia Maxis. Dari Maxis broadband kini menggunakan Maxis Wifi. Maxis nie kadang-kadang servisnya memang menguji kesabaran saya jugak. Disebabkan bil bulanan untuk broadband Rm68 sebulan saya dah tukar ke Maxis Wifi pulak sebab bil bulanannya sama je.

Tapi kalau broadband boleh connect ke satu PC je. Wifi yang saya guna nie memang boleh akses ke hanphone la sebab mana nak instagram lagi, wechat dan wasap lagi. Lagipun senang nak bawa then just cas pakai powerbank je. Kos yang dikeluarkan pun murah masa sesi pertama pendaftaran tu cuma perlu bayar Rm150 je dapat sekali modem wifi la. Maxis nie bila korang pakai mula-mula tu memang la laju kan. Dah cukup quota hmm paham-paham jelah nak akses laman web kerajaan kemain lama loadingnya haih.

Saya akui internet cap 4GB sebulan untuk saya memang tak cukup langsung. Selalu memang tak sampai sebulan pun dah kena tambah quota. Sekarang ni pun saya tengah survey wifi yang servisnya unlimited walaupun dah exceed quota. Disebabkan kontrak dengan Maxis selama 2 tahun baru boleh tukar hmm nampaknya terpaksa la saya pendamkan hasrat nak tukar wifi ni. Dengarnya unifi kelajuan internetnya tiada had ? Betul ke ? Boleh kongsi pendapat tak mengenai wifi mana yang bagus ? Sejujurnya saya akui saya kecewa dengan Maxis.



p/s: musim bunga di utara semakin menjadi-jadi



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)