Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terukir Di Bintang : Mencari Bloglist 2016

Selamat petang, panas betul cuaca kt Kedah nie berpeluhnye kalah korang yang dok bersukan tu kipas angin pun tak rasa dah. Huhuhuhu. Tanpa membuang masa disini saya ingin memaklumkan bahawa saya sedang mencari bloglist baharu untuk tahun 2016. Setelah lama meninggalkan dunia blogging nie rasa nak aktif balik jadi sebagai warming up saya nak cari rakan blogger yang baru untuk diletakkan di bloglist saya.


Syarat Penyertaan:

  1. Terbuka untuk Malaysians blogger sahaja.
  2. Wajib follow blog ini & tinggalkan pesanan di chatbox "Saya dah follow TDB" * bagi memudahkan sesi followback*
  3. Kemudian, tinggalkan komen "Saya nak masuk bloglist Terukir Di Bintang" beserta link blog anda.
  4. Semua yang komen akan diletakkan didalam bloglist saya means no limit.
  5. Tarikh tutup pencarian akan diumumkan diruangan komen sebagai "TUTUP"


Jadi kepada readers yang lalu lalang sila lah join untuk lebih saling mengenali. 







p/s : Tak lama lagi jika tiada apa-apa rintangan insyaAllah dalam bulan September saya akan launch 1st Giveaway. Hadiah lumayan berupakan iPhone 5/5c untuk top refferals. Rajin-rajin la jenguk blog ini mana tahu saya launch awal ye tak? Hehehehehehe 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Simply Segmen By Shawal & Sofie

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

Segmen daripada Shawal & Sofie...

Tamat : 27 April 2016
Senarai Hadiah:
1) Topup RM5 x4
2) Review Blog di blog Kak Sofie x2
3) Bloglist Bulan Mei x10 di blog Shawal
Jumlah Pemenang : 16


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Cara Setting Ringtone Untuk iPhone 6

Beberapa hari yang lalu ada rakan-rakan yang bertanya kepada saya macam mana nak tukar iPhone 6 punya ringtone kepada lagu-lagi yang disukai. Sebenarnya pengguna-pengguna iPhone misalnya ada yang masih tidak tahu cara untuk menukar ringtone di iPhone masing-masing. Saya rasa most of them tahu but ada segelintir new users yang maybe tak tahu bagaimana caranya. Prosesnya amat mudah sekali saya pasti sudah banyak tutorial ini di laman carian google namun saya inginkan kongsikan cara saya setting ringtone iPhone 6 saya. 

Pertama sekali, sila pastikan iPhone korang memiliki apps ring.tones & iTunes kalau tiada sila download di App Store dan Apple website untuk iTunes kerana kedua-duanya ini percuma sahaja. Kemudian sambungkan iPhone dengan laptop.

  1. Buka apps ring.tones di iPhone korang.
  2. Select lagu yang korang suka dan edit bahagian yang korang suka contoh bahagian chorus.  Kemudian save lagu tersebut. Fyi, apps ini hanya membenarkan durasi lagi selama 30 saat sahaja.

 


          3. Setelah selesai buka iTunes di laptop korang.
          4. Klik pada Apps di Itunes dan klik sekali lagi ring.tones.
              Sila ikut no di gambar. 




Kemudian akan jadi seperti gambar dibawah diamana korang kena klik ikut no tu dan save lagu tersebut dalam mana-mana folder di desktop.






Macam gambar diatas klik desktop akan keluar beberapa folder boleh pilih folder apa pun then tekan select folder.



Gambar ni menunjukkan saya simpan lagu Marvin Gaye dalam file pictures dan folder blog item.




Selepas dah simpan dlm folder korang kena tekan Tones di iTunes pada masa yang sama pada new tab buka folder yang korang simpan lagu td dan kecikkan folder tu mcm dalam gambar supaya senang nk drag dalam Tones. Lihat gambar macam mana saya drag lagu masuk ke Tones. 




Dah selesai drag lagu korang tekan sync. OK before sync pastikan semasa drag, lagu masuk dalam file Tones. Sebelum sync check dalam file Tones lagu dah betul masuk atau tidak. Kemudian baru sync. Kalau tak masuk korang drag sekali lagi.

Finally pergi setting check dekat sounds then ringtone korang dah tak bosan lagi dah.
Yeayyyyyyyyy   ^_______^






Semoga berjaya. Kalau tak faham sila tanya ok. Kalau berjaya sila komen "BERJAYA". Senang saja once korang dh mahir confirm celah gigi je buat benda ni.





Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Prom Night Pra U SMK Ibrahim 2015

Sekadar hendak throwback je sebab entry nie dah lama ditulis tetapi belum sempat publish jadi saya nak berkongsi tentang majlis makan malam Tingkatan 6 SMK Ibrahim iaitu majlis prom night yang diadakan di Sungai Petani Inn Hotel. Majlis ini diadakan sebelum pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan akhir semester 3 STPM 2015 sebagai happy pills hahahaha ok gurau je sebenarnya majlis ini diadakan sebagai menghargai kerjasama & perpaduan dikalangan pelajar-pelajar Tingkatan 6. Berkat kerjasama semua warga Tingkatan 6 SMKI majlis ini berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat pelbagai rintangan pada awalnya. 


Saya sebenarnya tak sempat nak tangkap gambar keseluruhan ketika majlis berlangsung kerana datang lambat hehehehe. Yelah orang perempuan kan bersiap lama. Tapi we got camera man on that night so boleh la copy dari diaorang. Okay berbalik kepada gambar yang dikongsikan ini lah barisan rakan sekelas saya yang bergambar bersama-sama guru Sejarah kelas saya iaitu Cikgu Mat Zainol. 





Jujur saya katakan makanan yang disediakan kurang memuaskan. Ini merupakan pendapat peribadi saya. Walau bagaimanapun hal ini mungkin berlaku disebabkan masalah-masalah tertentu barangkali. Dari segi persembahan sepanjang majlis berlangsung kami dihiburkan dengan nyanyian & aksi daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 sendiri. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pengetua SMK Ibrahim Tuan Haji Nasaruddin b. Abd Rahman serta beberapa orang guru kanan SMK Ibrahim.


Tak over tak sah kalau tak selfie. Berdasarkan gambar boleh teka kot mana satu gambar saya? hahahahaha sebenarnya banyak gambar yang hendak dikongsikan tetapi saya kehilangan pen drive yang mengandungi gambar-gambar pada malam tersebut. 

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)