Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Prom Night Pra U SMK Ibrahim 2015

Sekadar hendak throwback je sebab entry nie dah lama ditulis tetapi belum sempat publish jadi saya nak berkongsi tentang majlis makan malam Tingkatan 6 SMK Ibrahim iaitu majlis prom night yang diadakan di Sungai Petani Inn Hotel. Majlis ini diadakan sebelum pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan akhir semester 3 STPM 2015 sebagai happy pills hahahaha ok gurau je sebenarnya majlis ini diadakan sebagai menghargai kerjasama & perpaduan dikalangan pelajar-pelajar Tingkatan 6. Berkat kerjasama semua warga Tingkatan 6 SMKI majlis ini berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat pelbagai rintangan pada awalnya. 


Saya sebenarnya tak sempat nak tangkap gambar keseluruhan ketika majlis berlangsung kerana datang lambat hehehehe. Yelah orang perempuan kan bersiap lama. Tapi we got camera man on that night so boleh la copy dari diaorang. Okay berbalik kepada gambar yang dikongsikan ini lah barisan rakan sekelas saya yang bergambar bersama-sama guru Sejarah kelas saya iaitu Cikgu Mat Zainol. 





Jujur saya katakan makanan yang disediakan kurang memuaskan. Ini merupakan pendapat peribadi saya. Walau bagaimanapun hal ini mungkin berlaku disebabkan masalah-masalah tertentu barangkali. Dari segi persembahan sepanjang majlis berlangsung kami dihiburkan dengan nyanyian & aksi daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 sendiri. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pengetua SMK Ibrahim Tuan Haji Nasaruddin b. Abd Rahman serta beberapa orang guru kanan SMK Ibrahim.


Tak over tak sah kalau tak selfie. Berdasarkan gambar boleh teka kot mana satu gambar saya? hahahahaha sebenarnya banyak gambar yang hendak dikongsikan tetapi saya kehilangan pen drive yang mengandungi gambar-gambar pada malam tersebut. 

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

No comments:

Post a Comment