Apabila bercakap mengenai trend
pilihan para remaja atau golongan muda, umumnya kita mengetahui bahawa citarasa
mereka amatlah berbeza dengan citarasa wanita yang lebih berusia. Maklumlah,
pada usia mudalah masa yang paling sesuai untuk bereksperimen dan mencuba
trend-trend fesyen yang lebih berani. Sama seperti trend berpakaian, remaja
juga mempunyai citarasa yang unik dalam pemilihan barangan fesyen yang lain
seperti aksesori, kasut dan juga beg tangan. Oleh yang demikian, untuk entri
kali ini saya akan membuat sedikit perkongsian mengenai trend beg tangan terkini untuk remaja seperti berikut;
Pertama sekali, ramai remaja yang menggemari koleksi beg tangan yang
bercorak. Lebih-lebih lagi corak-corak yang unik dan menonjol seperti corak
tribal, kotak-kotak dan motif berbunga. Tidak hairanlah jika banyak koleksi beg
tangan yang boleh ditemui dalam pilihan corak yang unik. Cantik kan? :)
Pilihan yang kedua pula adalah koleksi beg yang direka dengan rekaan yang
trendi seperti studded handbag, fringe handbag dan banyak lagi.
Seterusnya adalah koleksi handbag yang berwarna warni. Ini kerana, warna
hitam atau warna-warna gelap yang lain (safe colours) adalah lebih sesuai digayakan
oleh golongan wanita yang lebih berusia. Golongan remaja biasanya lebih gemar
memadankan warna-warna terang seumpama ini untuk kelihatan lebih menonjol. I like this one jugak kalau pakai dengan baju kurung plain cotton ke pergi kenduri pastu gayakan dengan bag ni mesti cantik gila. Simple yet nice ^_^
Dan yang terakhir adalah koleksi beg
tangan yang bersaiz tidak terlalu besar! Contohnya seperti bucket bag ni sangat cantik dan menjadi pilihan ramai gadis-gadis masa kini termasuk saya sendiri yang suka bergaya hahahaha.
biasa bawak beg kain tali panjang tu hehe senang nak sumbat semua jenis benda :D jarang minat nak beli beg macam macam ni
ReplyDeleteHi Hafezah,
ReplyDeleteTerime kaseh terjah blog kite hehehe
kite pon suke sling beg dgn striking color hehe
salam kenal,
Anamizu :)