Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gonna End High School


Selamat malam kepada yang lalu lalang. Fuh fuh fuh fuh berdebu bersawang dah blog kita nie. Ada masa ada peluang saya cuba jugak buat satu entry baru walaupun takde sapa nak baca. Hmm it's oke. Spm dah lama menjengah. Persiapan fizikal dan mental kurang sikit. Hmm tengok jelah result nanti. 

Soalan pon ada yang bocor especially maths dengan addmaths. Hmm dunno what to say lah. Allah maha adil. Biarkan jelah. Buat apa engko tipu diri sendiri. At least kitaorang ada usaha jugak walaupun mengharapkan soalan spot yang tak berapa nak menjadi tu. Well macam taktau.

A few paper left. InsyaAllah akan cuba buat yang terbaik mungkin. Doakan saya =)




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang susah sekarang nak kembali aktif macam dulu. Maaf sebab tak dapat menjawab pertanyaan korang. Feel tu dah takada. Susah semuanya agar sukar sekarang. Tahun nie lah tahun penentu masa depan aku. Spm lagi beberapa hari je lagi.

Ikutkan hati banyak nak luahkan kat blog peneman ku suatu ketika dulu ni. Tapi apakan daya masa mencemburui aku. Untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik kita terpaksa korbankan sesuatu. JAdi manusia tak boleh tamak.

Doakan kejayaan aku. InsyaAllah selepas tamat semua nie aku akan tumpukan blog nie. Design semua terpaksa tukar sebab terlalu ramai copycat yang curi coding. Header pun ada yang ambik sebijik tempek kat blog dia. Hmm takpe nak kata apa lagi. 

Aku mendoakan rakan-rakan blogger yang seangkatan dengan aku yang menhadapi peperiksaan Spm mempeoleh kejayaan yang cemerlang. Semoga berjaya aku ucapkan. Man Jadda Wajada



p/s : sesuatu yang berharga itu memakan masa bertahun untuk mempeolehinya




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Hinanya Diriku

Hinanya aku.
Rendahnya maruah aku kau pijak-pijak.
Apa dosaku padamu ?
Hanya kerana kau rupawan, kaya ?
Bukan salah ibu melahirkanku.
Salahku kerana terlalu membiarkan.
Hodoh dihina.
Cacat dihina.
Pendek dihina.
Gemuk dihina.
Hitam dihina.
Miskin dihina.
Bodoh apatah lagi.
Adakah ahli syurga itu
putih ?
cantik ?
kaya ?
Hubungan sesama manusia sudah tak dijaga.
Kau terlalu judgemental.
Sakit hatiku.
Air mata temanku.
Ku sudah tawar hati.
Ku butuh masa.
Bukan senang hendak ku telan.
Perit.


p/s : Adalah tidak sopan jika kita menghina seseorang itu kerana tanpa kita sedar kita telah melukakan hatinya. Setiap makhluk ciptaan Allah itu semuanya elok-elok belaka cuma kita yang terlalu mempersoalkan. Mohon minta kemaafan andai kita pernah buat macam tu.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Sambutan Hari Kemerdekaan Di Smk Sungai Layar

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Begitulah bergemanya laungan merdeka di dataran perdana sekolah aku pada pukul 12.01 min pada tanggal 31 Ogos yang lalu. Sungguh meriah. Ramai penduduk setempat yang datang memeriahkan lagi suasana. Hari yang gilang-gemilang sekali lautan orang membanjiri sekolah aku. Terima kasih kepada pihak RTM yang membuat siaran langsung. Tak lupa kepada seluruh warga sekolah yang menjayakan hari kokurikulum berserentak dengan ambang merdeka.
Pelajar tidak melepaskan peluang mencuba flying fox
Senamerobik
Guru-guru kami
Tetamu VIP memberikan ucapan.
Gerai jualan pada waktu malam tidak ubah seperti pasar malam.
Sekitar malam ketika mendengar qasidah yang disampaikan oleh rakan kami.
Koir Jari Jemari dipersembahkan oleh pelajar-pelajar pendidikan khas masalah pendengaran
Diharapkan bendera anyaman kami dicatatkan dalam Malaysians Book of Record. Harap sangat usaha kami selama ini tidak sia-sia. Terima kasih Sunlay ! 

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Susulan Video Emma Membong Mengamuk


Kesian hmm kesian. Aku rasa memang tak patut betul la siapa yang kacau si Emma nie tidur. Aku pun kalau aku tengah tidur ada yang kacau siapa tak bising. Nie bukan buat-buat tapi betul-betul nampak dia marah sangat. Mugkin dia penat yelah kau artis penat la shooting sana sini balik rumah nak tidur ada pulak yang gi sakat. Melenting la Emma nie.

Hmm, yang kat youtube tu tak perlu lah mengutuk nak membuka aib orang. Bukan bermaksud aku membela Emma kepe tapi kenyataan. Adik dia yang kacau dia. Biasalah adik beradik. Kita kena faham kita jangan buat tuduhan yang melulu. Tengok dan fikirlah sendiri :)




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Dijemput Hadir Orang Sungai Petani.

Anda semua dijemput hadir ke majlis ini. Sesiapa yang tinggal berdekatan Sungai Petani silalah hadir bagi memeriahkan hari koko sekolah kami. Buat besar-besaran punya lintas langsung dari RTM dan radio kedah. Datang dan beri sokongan kepada kami warga Sunlay. 


Majlis bermula dari pukul 7-12 malam. Dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Jangan lupa bawa telekung bersama untuk kita solat hajat berjemaah. Kehadiran anda amat dialukan. Orang Sungai Petani hampa pakat mai la noh.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Keyword Paling Merapu dan Lucah Setakat Nie

Siapa punya kerja la dok search keyword nie haih. Haha aku rasa dia hummmm taktau nak describe la tak baik. Aku rasa mungkin dia nak cari info kot. Mana nak tau dia ada penyakit kanser ke haa tak baik uolls main tuduh orang nie tak baik. Kita kena berbaik sangka ye walaupun kita taktau apa tujuan sebenarnya. 
Mohon mengerti blog nie blog picisan je bukan blog lucah. Nie kes dia nak search tetek binatang kut. Mana nak tau dia nak jawab soalan kuiz pastu soalan tu pulak tanya ikan ada tetek tak ? Haa kan ? mesti dia mintak bantuan google weh pastu sangkut pulak blog gua. Hahahaha
p/s: akan datang akan lebih sibuk

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA

"Sempena Hari Raya Adilfitri 2013,
Farisha telah mengadakan Giveaway hebat
yang menawarkan Hadiah Teddy Bear sebagai hadiah utama.
Dijemput semua sertai Giveaway ini.

Siapakah peserta bertuah yang akan memenangi Hadiah ini ???
 Klik SINI untuk join & lihat hadiah.
Giveaway ini sah dari 19-08-2013 sehingga 09-09-2013
Pemenang akan diumumkan pada 10/09/2013" - copied from owner blog.

Marilah memeriahkan GA nie. Sape yang suka teddy bear boleh la join. Nt kalau menang korang boleh peluk teddy bear tu tiap-tiap malam teman tidur.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Proses Penukaran Jantina

First off all aku nak bagi nasihat sebagai seorang yang beragama Islam kita haram buat penukaran jantina nie. Allah tu dah fair dah. Dia dah tetapkan dah dari awal. Tapi kita je yang pandai-pandai nak ubah ciptaanNya dan seolah-olah kita melawan takdir. Rasa ingin menjadi perempuan dan lelaki tu hanya nafsu semata, walaupun fizikal, rupa, tingkah laku kita lebih ke arah jantina tersebut tetapi sejak azali lagi kita dah ditetapkan dan dilahirkan sebagai jantina yang sekarang.

Seksa didunia pun tak tertahan semasa pembedahan ini dibuat, malahan aku rasa seksa selepas pembedahan tu yang teruk sekali kau tak boleh nak buang air kecil secara normal. Ya memang sakit tapi ada jugak yang melawan takdir nie. Ngeri jugak proses nie cuba korang tengok gambar dibawah.

Pembedahan+Pertukaran+Jantina+2

Pembedahan+Pertukaran+Jantina+3

Pembedahan+Pertukaran+Jantina+4

Pembedahan+Pertukaran+Jantina+5

Pembedahan+Pertukaran+Jantina+6

Pembedahan+Pertukaran+Jantina+7

Pembedahan+Pertukaran+Jantina+8

Pembedahan+Pertukaran+Jantina+8

Pembedahan+Pertukaran+Jantina+9



Source

Apa kata korang ? Semestinya penbedahan ini memerlukan kos yang amat mahal. Amat merugikan duit dan kesan sampingan yang perlu ditanggung ahh Tuhan je yang tau.
Hindari perbuatan ini. Terima qadar dan qadar.



p/s: yang tersurat itu lebih indah




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)