Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apasal Pulak Blogger Sorang Nie Delete Blog ? Lari Kemana ?

Nak check pesal tak boleh ? Pesal remove blog ye haa ? Kenapa ? 
Mohon jawab dear. Saya nak check sapa yang dapat kad raya 15 keping from your blog tu tak boleh. Apesal tetiba remove nie ? Kalau batal cakaplah. 


-
-
-
-
-

http://sweetsour93.blogspot.com/2013/07/simple-segmen-saya-nak-kad-raya.html

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Simple Segmen Saya Nak Kad Raya


Joinned. Klik banner ya kalau nak join.
Ada 15 kad raya untuk diberikan kepada yang bertuah.
Untuk keterangan lanjut sila klik banner diatas ye korang semua.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Batal Puasa Korek Telinga Dan Hidung

Selamat petang uolls. Hal ini menjadi kemusykilan kepada aku dan terus menjadi tanda tanya "batal ke tak nie aku korek telinga ?" Aku rasa soalan nie tentu sekali femes kan ? Saban tahun orang bertanya. Tergerak hati nak buat entry sebab hal nie berlaku kepada aku sendiri. Lumrah manusia, takkan tak pernah rasa gatal telinga kepe, mesti pernah punya.
 
Dah tu nak biarkan ? Mesti gi cari cotton bud punya kan. Bila dah selesai mengorek mesti rasa puas kan ? Tak dapat dinafikan ke'stim'an mengorek telinga itu. Haha pengotoq baq hang. Bukan apa sewaktu kecik dulu aku sering dimomokkan bahawasanya mengorek telinga dan hidung adalah perbuatan yang membatalkan puasa. Benarkah ?

Kawan-kawan aku jugak ada tanya benda nie kat aku. Sebenarnya tidak membatalkan puasa. Cuma makhruh sahaja. Jadi silalah gali walaupun sekadar suka-suka. LOL HAMBAR 
Kenapa tidak membatalkan puasa ? sebab ada dibawah. Sila lah menonton. Jadi kalau ada yang kata batal tu taktaulah macam mana.

Kepada yang masih ragu-ragu jangan bimbang. Anda boleh mencari jawapan di pelbagai medium ataupun bertanyakan terus kepada yang lebih arif. Jangan berlagak pandai sedangkan tak tahu apa-apa. Seperti peribahasa malu bertanya sesat jalan.







Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Asyraf Muslim Kahwin Kahwin Lain


Siapa yang rela ? Cuba tanya mak kau sensungguhnya dia pun tak rela. Bukan senang susah. Entahlah sebagai perempuan aku memahami perasaan isteri Asyraf, Dayana nie. Yang tabah saja. Yang sebelah sana pulak aku faham kau juga tersepit. 
Nukilan isteri pertamanya. Deep.
p/s : jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan, sesungguhnya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Giveaway Topup Ramadhan fyapelangi.com


KLIK BANNER DAN SIAP. 
HANYA UNTUK 7 HARI !

JOM JOIN BERAMAI - RAMAI !


Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya :
" Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan ".

Salam Ramadhan Kareem :)


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen : "Kad Raya oh Kad Raya"


Segmen kad raya. Haa jum meh join meh. Mana nak tau nasib beruntung kauorang dapat. Tak rugi pape pun. Nak join ?
Klik je banner tu direct ke blog si cantik manis owner blog :P

Due date 16/7/2013 tepat pukul 12.00 tengah hari
Dah tak lama tu masih ada masa kang gigit jari kau.




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Cara Membuat Puding Keladi Koktel

Gambar pinjam dari google

Selamat berpuasa diucapkan. Mari belajar cara membuat puding koktel keladi nie.Gambar saya tak sempat nak snap jadi pinjam google lah. Lebih kurang je rupanya dan sangat mudah untuk menyediakkannya. Boleh dibuat sebagai juadah berbuka. Saya baru mencubanya kelmarin. Jum cuba

BAHAN-BAHAN
agar-agar
air
susu pekat
gula
aiskrim vanilla
koktel
sirap keladi

CARA MEMASAK
  1. Masukkan serbuk agar bersama gula dan air ke dalam periuk dan biarkan sehingga gula hancur
  2. Kemudian masukkan susu pekat bersama sedikit sirap keladi then kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih
  3. Tuangkan ke dalam acuan*kalau nak hasilkan bentuk yang menarik* dan biarkan sejuk
  4. Letak satu skop aiskrim vanilla didalam bekas, letakkan puding keladi bersama koktel. Jumlah anda yang tentukan kalau rasa nak letak banyak letaklah. 
  5. Puding sedia dinikmati 

Senangkan ? Haa angguk cepat. Senang je nie tak susah pun


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Giveaway Ramadhan By NabilaMedan



GIVEAWAY RAMADHAN BY NABILAMEDAN
TEKAN BANNER UNTUK SERTAI
Giveaway ini dianjurkan oleh NabilaMedan dan turut dibantu oleh Chocolate A MJOM Singgah Shoppe, SiGadis Yuyu, Ash SiKutu, Puteri Elaika, Fya Pelangi dan Farhan.
Hadiah-Hadiah Giveaway ini Chocolate Oreo X 1 ,Tasbih Digital X 5, RM10 *cash* X 10, Tafsir Al-Quran (Terjemahan Melayu) X 1, Tudung Bawal X 3, Special Kad Raya + Duit Raya X 4, Kad Raya Special By NM X 5, Barangan Angry Birds X 1
30 PEMENANG DICARI. MUNGKINKAH ANDA?

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Semua blocked !

Apabila nak buat blogwalking pun tak boleh mula la nak baran je. Asek jadi cengini siapa nak. Susah even nak review blog sendiri pun tak boleh. Haihh menyusahkan betul. 
Nak check itu ini pun susah.





Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Mini GA-Kad Raya Limited Edition by Safiena.

Marhaban Ya Ramadhan. Oke first sekali untuk jawapan soalan yang pertama ialah saya tak kesah pun makanan jenis apa. Tapi yang selalu menjadi fevret sebulan ialah Moi Sup Special di Sungai Petani nie ha. Ohmy memang hari-hari sanggup beratur panjang makan benda nie. Memang tak dinafikan rasanya sedap.
Gambar sorry lah takada la pulak memandangkan first day. 

Ramadhan yang paling bermakna sekali dalam hidup bila dapat berbuka dengan orang yang kita sayang. Tapi Allah lebih sayangkannya dan dia pergi dahulu meninggalkan anak cucunya. Bohong kalau tak rindu time tu gelak ketawa sama-sama, tapi kena terima qada dan qadar yang pergi tetap pergi yang hidup kena teruskan hidup.




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Kenapa Perempuan Suka Pegang Tetek Kawan

Credit to Him

Selamat malam kepada pembaca blog TDB. Malam nie aku cuma nak merungkai misteri disebalik kenapa perempuan suka pegang tetek kawan mereka. Aku rasa terpanggil nak buat entry nie sebab benda nie lah.  Tengok tajuk tu nampak macam best je en. Bukan niat nak membuka aib atau memalukan kaum sendiri tetapi hanya ingin berkongsi. 

Dari pemantauan aku sebab perempuan suka memang tetek kawan mereka adalah kerana hanya untuk berseronok. Lelaki jangan tanya kenapa. Hasil daripada apa yang aku lihat kawan aku sendiri ramai jenis ini. RAMAI ! Hal ini berlaku bila kau dah jadi best friend dari tadika sampai ke universiti kau orang memang rapat jadi tak mustahil kau akan bergurau kasar sikit.

Contohnya, kau sebagai kakak yang mempunyai adik perempuan tentu saja kau mempunyai kuasa veto sebagai seorang kakak untuk melakukan perbuatan 'terkutuk' itu. Aku pun pernah terkena dengan pencabul-pencabul kehormatan sebegini. Dushh malu jugak bila dorang buat depan orang ramai. Pada mulanya kau tengah jalan then dia datang acah-acah dengan tapak tangan buat macam nak terkam tu. Apa lagi tangan kau automatik jadi macam mumia *silangkan tangan* nak lindungi aset kau tu kan.

Tetapi selalunya dia akan panggil kau kata nak bisik sesuatu pastu baru kau sedar aset kau telah dicabuli. Oh shit! Ini perbuatan yang paling keji kau tak sangka akan di attack sedemikian rupa. Dan bermula sesi membalas dendam. Tentu saja kau akan kejar dia pastu buat perkara yang sama balik. Tetapi perbuatan ini tidak menstimkan pun. 

Orang perempuan nie pelik. Semua aset kau dia nak pegang. Ada pesen suka tampar bontot, suka tarik kain, suka tampar bahu etc.Aku paling tak tahan dengan yang suka tampar bontot nie. Kau tahu kenapa sebab asal dia gelak je dia nak attack bontot aku. Gila apa ! Shuvit betul. Pengalaman semua nie. Tipulah kalau kau tak pernah rasa semua nie. 

Lelaki aku taktaulah tapi apa yang aku nampak dia suka sepak kawan dia punya alah susah aku nak cakap benda-benda macam nie. Kau faham-faham jelah. Tapi bergurau pon ada batasnya jangan terlalu melampau sangat sehingga menimbulkan kemarahan orang dan mengaibkan orang. Ini salah. Tetapi kurang manis bila perempuan buat perkara-perkara begini. Jadi hentikanlah sebab memang takde fekdah bikin sakit hati ada la.

Aku mohon maaf sekiranya entry ini berunsurkan seks atau korang yang membaca terganggu emosi kepe, maaf sangat-sangat.


p/s:  bergurau biar kena tempat

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Susulan Video "Tau Tak Dah Seminggu Kita Couple"

Selamat malam kepada yang membaca,memang tak salah mencintai seseorang. Allah pun tidak melarang hambanya daripada mencintai sesorang. Tapi rasanya tak perlu nak kecoh bagitahu semua orang sampai nak buat video. Aku fikir agak memalukan sebab ramai yang kutuk dari mememuji. 

Aku pun remaja jugak. Tahu perasaan ingin disayangi dan dicintai. Tapi kawal nafsu masing-masing. Kadang2 tak semua yang kita nak kita dapat. Bila tiba masanya memang masa tu kau dah tak dapat nak halang ia.


Sebagai hamba Allah yang lemah kita selalu leka dan mudah tewas dengan godaan syaitan. Manusia tak maksum. Menghakimi seseorang itu bukan taggungjawab manusia. Mengajak melakukan kebaikan itu yang disuruh.

Tetapi dalam hidup takada karma. It's kifarah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh hambanya dan juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia.


p/s : makan pun mak support lagi hmm 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Tak Pakai Tudung Tapi Solat. Sah Ke ?

Salam maghrib ya ukhti ya akhi. Sebenarnya banyak persoalan yang berada di didada ini tetapi tak semua terjawab. Oleh itu, mungkin ada yang mempersoalkan tentang pemakaian tudung. Ya benar seperti yang diketahui menutup aurat itu wajib, tak kiralah dengan apa cara sekalipun tetapi mesti menutupnya.

Seperti yang kita lihat dikaca tv drama tempatan memaparkan wanita yang tidak bertudung tetapi tetap menunaikan solat. Contoh seperti cerita Teduhan Kasih. Ini sekadar contoh sahaja. Kepada korang yang still tertanya-tanya lihatlah jawapan ustaz dibawah.

Sebagai seorang Islam wajib keatas kamu untuk menutup aurat. Masing-masing dah besar boleh fikir bukan nak kena rotan lagi, tu dah tak sesuai. Fikirlah. Memanglah dosa sendiri tanggung tetapi cuba merenung gak.


p/s : yang haram tetap haram walaupun ada yang menghalalkannya


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. 

Mereka ialah: 

1. Ayahnya 
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.) 

2. Suaminya 
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. 
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.) 

3. Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya ! menja! ga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.) 

4. Anak-anak lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. 
(p/s; Duhai anak2 lelaki sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa. Tak terlepas dari melakukan dosa, 
selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman Allah S.W.T; 
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."


p/s : Sekadar perkongsian. Sumber 

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Typical Pemandu Malaysia Biadap

Selamat malam uolls. Jangan ada yang sentap pulak tengok title murahan cenggitu. Bukan  apa geram semua ada. Memang adat lah kan orang Malaysia nie pakai kereta besar tapi memandu kohaaaajooorr gila. Sedih aku yang naik motosikal nie rasa macam tak wujud je atas jalan. Kau yang memandu tu rabun ke buta ? 

Dont you have manners ? Kau bayangkan bila kau dah siap cantik-cantik, wangi-wangi nak pergi sekolah. Yelah typical budak sekolah gi sekolah bonceng motosikal kan, kena hari Khamis tu hujan pulak. Dushh memang lambat sikit ah nak gerak tunggu hujan reda sikit.

Aku yang pakai raincoat nie dengan penuh bersemangat nak pergi sekolah keluar simpang jalan rumah aku. Memang hujan orang naik kereta la. Aku je yang naik motosikal. Kau dah tahu aku ada dekat depan jalan nak keluar tu, kau slowkan lah pemanduan kau, ini tidak kau pecut macam nak lari je tempat kerja kau.

Aku faham kau punctual tapi agak ah kau redah lopak air habis kena aku. Damn it! Basah tau. Bukan satu dua kereta, berlambak. Memang bengang gila. Habis kotor baju. Sumpah seranah memang wajib ah. Sorry la, aku mengaku macam-macam aku sumpah tak sampai hati aku nak ulang kat sini. It's tindakan luar kawal.

Tolong la jangan buat jalan tu macam bapak kau punya. Kau bayar tol pun dah kenapa takada hati perut sangat ? Jalan kat sini bukan semua elok. Berlubang berlopak. Kau pecut watpe kau duduk dalam kereta tu bukan kena hujan pun. Asal lak nak pecut bagai. Berhemah sikit. Memang fail gila pemanduan pemandu Malaysia nie. Mungkin sesetengah je. 

Entah, susah nak cakap. Sakit sangat hati nie. Rasa macam orang terbuang pulak. Air lopak yang habis kena baju muka, dah macam orang bodoh aku nie rasa macam menumpang kat negara nie bila diperlakukan sedemikian rupa. Tu tak termasuk yang berbasikal lagi. Hmm aku memang tak hormat pemandu macam nie. Sorry



p/s : tak kena kat batang hidung sendiri tak rasa la



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)