Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Susulan Video "Tau Tak Dah Seminggu Kita Couple"

Selamat malam kepada yang membaca,memang tak salah mencintai seseorang. Allah pun tidak melarang hambanya daripada mencintai sesorang. Tapi rasanya tak perlu nak kecoh bagitahu semua orang sampai nak buat video. Aku fikir agak memalukan sebab ramai yang kutuk dari mememuji. 

Aku pun remaja jugak. Tahu perasaan ingin disayangi dan dicintai. Tapi kawal nafsu masing-masing. Kadang2 tak semua yang kita nak kita dapat. Bila tiba masanya memang masa tu kau dah tak dapat nak halang ia.


Sebagai hamba Allah yang lemah kita selalu leka dan mudah tewas dengan godaan syaitan. Manusia tak maksum. Menghakimi seseorang itu bukan taggungjawab manusia. Mengajak melakukan kebaikan itu yang disuruh.

Tetapi dalam hidup takada karma. It's kifarah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh hambanya dan juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia.


p/s : makan pun mak support lagi hmm 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

4 comments:

  1. kah3... seminggu dik? tu baru couple dik oiii... belum nikah lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.. btl2.. adoi.. mslh2...

      Delete
    2. hahha.. taw xpe2.. mslh2.. ermmm..

      Delete
  2. kadang2 kita rasa kelakar la dengan adik tu..kesian pun ada.. tapi apa boleh buat..tak berapa matang lagi..huhu.. nanti dah besar bila tgk balik video tu mesti ketawa terbahak2..sbb macam lawak bodoh ja..hehe

    ReplyDelete