Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sepiku Tak Bemakna Undur Diri

Selamat malam dah lama rasanya saya tak buka blog nie. Perghh masa memang pack gila nak menangis pun ada sebab nak buat apa semua tak sempat. Saya tengah berlawan dengan masa sekarang nie. Final exam sem satu bulan November nanti. Dah tak lama dah memang kena gigih study tp diri nie kemain malas nak study ermm u.u

Kalau main hanphone boleh pulak. Ya Allah memang patut baca Al-Fatihah untuk diri sendiri sebab selalu sangat lalai. Semangat nak study tu ada tp lepas tu semangat tu terus jadi semangat nak tidur! Ermmm sedih gila hidup macam nie apa pun tak berubah kan. Banyak sangat perkara yang berlaku dalam 6 bulan nie semua telah berubah sama la saya pun dah banyak berubah. Berubah tempat mungkin hiks ! 



Nak dapat pointer 3.5 keatas bukan senang susah k kalau malas. Semuanya berpunca daripada sikap. Sikap nak berjaya tu ada tapi banyak yang hanya hangat-hangat tahi ayam ja. KahKahaKah jangan tanya tahi ayam hangatnya macam mana guwa tibai kang !!

Being a form six student is not easy. You must know how to juggle your time between studies and blogging. Then you strive for academic excellence. Dah ka apa guwa merapu nie HeHeHeHe nie kes stress pasal task MUET la nie u.u
 
*****************
Cita-cita saya nak jadi cikgu and I prefer to be a History teacher. Sebab ? sebab sejarah mungkin berulangggg~~~ HaHaHaHa sebenarnya sebab saya memang minat gila subjek Sejarah tak sia-sia saya usaha masa ujian ritu dapat 4 flat untuk Sejarah. Sejarah jela yang lain Ekonomi especially kapal terbang mh370 ke laut dalam teruk *jokes* sedih jugak tapi takapa masih boleh berdiri gagah balik kan ? Hiks n.n

Minggu depan saya ada trial memang terkejar-kejar la jugak sebab kitaorang nak kena berlatih drama for MUET. Selamat maju jaya kepada rakan-rakan saya yang berada di tempat belajar masing-masing. Semoga dapat keputusan yang cemerlang dan adik-adik UPSR korang jangan give up sgt kena reseat paper. Study lain sebab tak adil la untuk orang yang tak tahu menahu ada soalan bocor korang yang dapat soalan bocor tu berkualiti ke result korang ? Ahaksss nt kalau kat tempat kitaorang nie ha baru korang tahu erti repeat paper T.T hahahaha seksa kot 


Gudnite.


p/s : salah cikgu jugak soalan bocor ermm salahkan teknologi pls rasanya setiap tahun memang ada ja soalan bocor tapi takda la sampai menggemparkan negara. Ermm teknologi kann

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen Saya Mahu Doodle Dayang Deno

klik banner untuk penyertaan

**Perhatian
  • 30 Pemenang dicari
  • Setiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambar
  • Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 


Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Meluangkan Masa Bersama Kawan-Kawan

Cuaca sejak akhir-akhir nie memang panas betul. Kadang sekejap panas sekejap hujan. Kalau antibodi badan tak kuat mesti mudah jatuh sakit. Saya pun baru baik dari selesema je. Sepupu saya dah 3 orang dah kena demam campak. Hmm saya berharap mereka cepat sembuh. Lepas balik dari kenduri dekat kampung saya bergegas pulak bersiap nak pergi jumpa dengan kawan-kawan.

Petang-petang macam nie pekena cendol memang sedap. Tambahan pula, anak saya pun nak kena jaga jugak. Tak susah sangat nak jaga anak saya yang sorang nie. Anak tekak saya cuma perlu disumbatkan dengan makanan je nt tak la meragam ke hapa kan. Kami menikmati cendol di kedai Pak Nik Cendol yang terletak di Bakar Arang Sungai Petani. Kedai nie berhadapan dengan RHB Bank je.


Eksyen je lebih nie sebenarnya dah habis pun cendol pulut nie. Untuk pengetahuan warga Sungai Petani yang belum pernah datang ke sini, korang boleh la datang ke sini untuk mencuba cendol nie. Memang sedap, tak terlalu manis tapi lemak. Saya pilih cendol pulut. Selain cendol pulut tak silap saya ada jugak cendol jagung. Ada pelbagai menu lain lagi disini antaranya ais kacang, bihun sup, laksa dan lain-lain. 


Masa mula-mula masuk tu memang ramai sangat orang tengah menikmati hidangan masing-masing. Memang berpusu-pusu la orang mai kat sini. Riuh macam rumah kenduri je. Saya agak terkejut masa first time ke sini sebab kedai nie dulu kedai bapak saudara saya meniaga ikan bakar. Dah lama tak ke kedai dia tak tahu pulak dia dah pindah kedai. Lokasinya berdekatan masjid je. Saya rasa pelik sebab tengok banner "Cendol Pak Nik" bila masuk tengok susun atur semua berubah lepas tu saya call mak saya dan barulah saya tahu cerita sebenar. Hahahaha aik blogger budak jahat pun ada ? 


p/s: sakit perut dek kenduri banyak sgt saya makan -__-


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

Antara seratus sunnah nabi dalam kehidupan seharian Baginda. Semasa tengah siapkan tempahan saya dapat wassap dari mak saya, jadi saya rasa ingin berkongsi di blog kesayangan ini. Korang jugak mendapat manfaat kan ? 

  1. Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
  2. Baca surah Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas Sebelum Tidur
  3. Takbir dan Tasbih Ketika Tidur 
  4. Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
  5. Doa ketika Bangun Daripada Tidur
  6. Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
  7. Berwuduk Sebelum Mandi
  8. Baca Doa Selepas Wuduk
  9. Jimat Penggunaan Air
  10. Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
  11. Menjawab Seruan Azan
  12. Banyak Bersugi
  13. Ke Masjid Awal
  14. Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
  15. Hadir Sembahyang Dengan Tenang
  16. Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
  17. Sembahyang Berhadang
  18. Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
  19. Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
  20. Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
  21. Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
  22. Sembahyang Dhuha
  23. Qiyamullail
  24. Sembahyang Witir
  25. Sembahyang Dengan Beralas Kaki
  26. Sembahyang Di Masjid Quba’
  27. Sembahyang Sunat Di Rumah
  28. Sembahyang Istikharah
  29. Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
  30. Mandi Hari Jumaat
  31. Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
  32. Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
  33. Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
  34. Sembahyang Jenazah
  35. Ziarah Kubur-kubur
  36. Sahur (Puasa)
  37. Segera Berbuka Puasa
  38. Menghidupkan Ramadhan
  39. Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
  40. Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
  41. Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
  42. Puasa Hari Arafah
  43. Puasa Hari Asyura
  44. Pilih Seorang Ketua (Musafir)
  45. Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
  46. Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
  47. Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
  48. Doa Ketika Pakai Baju Baru
  49. Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
  50. Baca Bismillah Ketika Makan
  51. Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
  52. Minum Dalam Keadaan Duduk
  53. Berkumur  Dengan Susu
  54. Tidak Mencela Makan
  55. Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
  56. Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
  57. Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
  58. Banyak Membaca Al-Quran
  59. Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
  60. Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
  61. Bertasbih
  62. Mendoakan Orang Yang Bersin
  63. Doa Untuk Pesakit
  64. Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
  65. Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
  66. Berdoa Ketika Hujan Turun
  67. Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
  68. Baca Zikir Dalam Majlis
  69. Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
  70. Berdoa Ketika Angin Bertiup
  71. Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
  72. Berdoa Ketika Mendapat Musibah
  73. Menyebarkan Salam
  74. Menuntut Ilmu
  75. Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
  76. Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
  77. Akikahkan Anak
  78. Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
  79. Melawat Pesakit
  80. Senyum
  81. Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
  82. Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
  83. Tutup Mulut Apabila Menguap
  84. Sangka Baik Terhadap Manusia
  85. Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
  86. Sunnah Fitrah
  87.  Menjaga Anak Yatim
  88. Menjauhi Marah
  89. Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
  90. Bersedakah Jariah
  91. Membina Masjid (Berkahwin)
  92. Telorensi Ketika Berjual-beli
  93. Menghilang Gangguan Jalan
  94. Sedekah
  95. Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
  96. Membunuh Cicak
  97. Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
  98. Memberi Nafkah Keluarga
  99.  Lari-lari Anak Semasa Tawaf
  100. Beramal Soleh Berterusan Walaupun Sedikit
Antara 100 amalan sunnah Nabi ini cuba check kita ada buat tak? Kalau ada berapa percentage nya ? Mai kongsi sikit.


Sumber : Diwassap oleh ibu


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean



1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2014 
Dengan ini Yana Pink Blossom melancarkan Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia perkahwinan Yana & Dean. 


[ Klik Banner Untuk Join ]


SENARAI HADIAH :-

5 buah Al-Quran + DVD (Tafsir + Tajwid) x 5 pemenang (Random.org)
Cash RM20 x 1 pemenang (Top Referral)
Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)


UCAPAN UNTUK YANA & DEAN :-

SEMOGA MAHLIGAI YANG KALIAN BINA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR
HAYAT KALIAN. MOGA ZURIAT KALIAN MENJADI ANAK YG SOLEH DAN
SOLEHAH. NIKMATILAH HARI TUA MENDATANG KALIAN DGN PENUH 
NIKMAT & KESYUKURAN KPD TUHAN KERENA TELAH MENYATUKAN KALIAN.
BERBAKTILAH KPD IBU BAPA MASING-MASING TANPA REDHA 
MEREKA TIDAKLAH BAHAGIA MAHLIGAI YANG KALIAN BINA
^_^


Bukti Printscreen





*Nota : Semoga bloggerista semua sudi support GA ni dan mendoakan yang terbaik buat kami Yana & Dean. Semoga dengan doa-doa daripada kalian, impian Yana & Dean akan tercapai. Insyaallah.




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Mereka Sahabat Terbaik


Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang menjadi sebahagian daripada hidup saya. Sesungguhnya saya amat menghargai insan-insan ini. Walaupun berlainan ibu bapa, latar belakang kita tetap berdiri kukuh pada satu agama. Jutaan terima kasih wahai sahabat yang mewarnai hidup saya selama ini. 

Banyak suka dan duka kita bersama sepanjang tahun lalu. Memori indah yang saya tak dapat lupakan. Semua sibuk dah sekarang nie nak pi sambung belajar. Nie kira last la jumpa mereka nie sebelum mereka berhijrah ke negeri lain. Walaupun tak dapat jumpa semua Alhamdulillah bersyukur sangat sebab kita diberi peluang untuk bertemu.


Dah dapat peluang kat sana jangan sia-siakan peluang ini. Sumpah jeles tengok kawan-kawan yang selalu update pic dekat facebook tunjuk suasana tempat belajar masing-masing. Takpa peluang saya ada jugak nanti. Memang saya dah plan dah lepas habis STPM memang terus sambung ijazah je. Tak kira kat mana kita belajar, kita kena pastikan niat kita betul bukan disebabkan bangga dapat masuk universiti je. Harapan ibu bapa terlalu tinggi jangan punahkan harapan mereka. Shahrul aku ucapkan semoga ko berjaya dekat KPTM sana. Bila cuti balik sini kita reunion k.


Kenduri di rumah kawan saya Anith pada Sabtu lepas menemukan kami kembali. Ikutkan hati memang dah tak larat nak pergi sebab haritu ada 5 kenduri. Perut memang full gila-gila. Tapi terkenangkan kawan sendiri saya pergi jugak dengan mak. Mak tak banyak cakap dia ikut ja. Baju hitam nie Aiman, dia akan sambung belajar dekat UIA. Gudlucks bro ^_^


Walaupun ada je tawaran dari kolej swasta ko tetap taknak pergi. Alasan "ingat bapak aku kaya ka nak support aku" hahaha apapun alasan ko Jiah terima kasih sebab ikut sambung ke tingkatan 6.


Sweet tak kami ? Hahahaha melawak je. Walaupun tak banyak masa yang dihabiskan janji kita semua saling menyayangi sesama sahabat antara satu sama lain. Kalau ada masalah cuba berkongsi mana tau boleh meringankan bebanan. Jujur aku sedia membantu :)


Akmal Asri, aku harap ko tabah dekat KPM sana. Perak dengan Sungai Petani bukan jauh mana bro. Jangan cepat putus asa weh. Bunga bukan sekuntum rileks der jangan sedih-sedih. Buang yang keruh ambil yang jernih. Aku selalu sangat nasihat ko agar move on dan aku harap you did it.


For Anith terima kasih sebab invite kami ke wedding maksu ko. Walaupun yang lain tak dapat hadir takapa depa selalu ingatkan hang. Bila dah dekat KUIN nanti jangan lupa bila free wassap la aku oke. Semoga persahabatan kami warga SPN 13 takkan luntur sampai bila-bila. Amin


p/s : main-main ke apa isu cadbury nie ?



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Floral Mask Wajib Cuba


Korang pernah dengar pasal produk nie floral mask by dian pixy ? Saya suka sangat pakai floral mask nie. Segala whitehead/blackhead yang bermaharajalela dekat muka nie semua tercabut keluar. Serius tak tipu memang mencanak je keluar. Kulit muka pun dah tak rasa berbiji, berpasir mengerutu. Kadang nampak je kulit kita halus takde jerawat tapi awas je dengan whitehad dan blackhead still ada. 


Dulu saya ada kongsi cara menghilangkan blackhead guna telur. Sebenarnya guna floral mask nie pun boleh guna putih telur pun boleh je. Tapi guna putih telur takda masa sangat nak pecahkan telur. Berbeza guna floral mask nie senang je picit kat tapak tangan then tempek je kat muka. Tunggu 20 minit boleh cabut dah. Masa tu korang bagai tak percaya je betul ke benda nie keluar dari muka korang. Hehehe


Source

Eksaited kan ? Saya handphone ada prob still tak boleh tunjuk gambar. Perghh memang mengujakan. Korang patut beli floral mask nie memang betul berkesan. Untuk student yang macam saya nie yang jadual selalu padat weekends boleh la tempek benda nie. Belum cuba belum tahu k.




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Mayat Suspek Penggal Budak Perempuan Ditemui

KUALA LUMPUR: Mayat suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia 30 bulan yang ditemui dengan kepala bercerai dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan, kelmarin ditemui selepas dua hari pencarian. Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan mayat suspek berusia 27 tahun itu ditemui kira-kira jam 4 petang tadi di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Sunway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).| Bm



Source



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Set Collagen Plus Vic E Mengancam Nyawa

Selamat pagi. Saya rasa anda semua mesti dah tahu kan tentang bahanyanya produk kosmetik ini. Siapa yang tak nak cantik. Semua orang ingin dirinya kelihatan cantik dan menarik terutama sekali wajah kita. Mesti nak nampak cantik je kan. Memang banyak dah info tentang bahayanya Collagen Pus Vit E nie boleh je search kat google. Dulu saya pun pernah pakai. Hampir 3 bulan muka memang cantik la, kulit pulak memang glowing gila. Tapi saya dok perasan kulit muka saya memang putih, glowing tapi muka nampak pucat dan tak bermaya. Lepas tu baru saya stop pakai.

Source

*Korang boleh semak senarai ingredient berikut dekat google. Boleh la search dan tahu bahan mana yang bahaya.  

Source

Masa tu jugak memang heboh produk ini mengandungi bahan kimia merbahaya iaitu merkuri, sejenis bahan kimia yang boleh merosakkan lapisan epidermis kulit. Merkuri nie yang saya tahu digunakan dalam termometer je. Sebenarnya merkuri nie boleh menjejaskan ginjal dan saraf korang. Kesannya memang teruk. Boleh baca dekat sini. Nak ke wajah luaran cantik tapi dalaman rosak ?

Memang kita sedia maklum bahaya sekarang ini terlalu banyak produk kecantikan yang berada dipasaran dan kita pun dah tak tahu mana satu yang bagus semua rambang mata je kan asyik tengok testimoni yang bagus yang dipamerkan di instagram, facebook sellers. Berbekal feedback customers korang pun mudah la percaya kan. Tanpa ragu-ragu korang pun beli. Haiyakkk ni jalan menempah maut nie. 

Saya tahu ada je yang kata "Pakai yang tak ori memang kesan dia macam tu" "Kami pakai oke je,satu family pulak tu" yela sebab korang belum rasa kesannya lagi. Memang la belum ada yang mati lagi disebabkan Collagen Plus Vit E nie, tapi tak mustahil korang ?Kalau korang degil masih teruskan juga tengok lah kesan dalam jangka masa yang panjang nanti cemana. Jangan menyesal sudah. Takut effect dalam seperti mandul yakni tidak subur.

Pakailah produk yang diluluskan oleh kkm insyaAllah selamat. Pengguna yang bijak adalah pengguna yang berhemah dan tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Duit kalau tak guna memang habis jugak. Kalau simpan pun takda nak berana-pinak jugak. Korbankan sikit duit tu beli produk yang diiktirafkan oleh KKM walaupun mahal sikit.


p/s: muka cantik, hati busuk pun tak guna jugak kan




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Genap 18 Tahun Usiaku Maka Sudah Boleh Berkahwin


Selamat malam, bersemangatnya saya hari ini tanggal 31 Mei hari sabtu ini maka genaplah usia saya 18 tahun. Gembira memang tak dapat lah nak gambarkan. Seronok rupanya umur meningkat nie. Orang lain taktau la kalau saya memang seronok sebab angka 18 tu mencerminkan personaliti saya. Dulu lain sekarang lain. Perghh epic gila~

Segala urusan yang tergendala dah boleh settle kerana usia memainkan peranan yang penting dalam urusan rasmi seharian. Boleh la nak daftar something dulu selalu tergendala disebabkan tak cukup umur *umur je muda tapi rupa tua tau* Asyik nak kena ada penjaga je selalu macam menyusahkan orang pulak haishh. Sekarang memang dah boleh tarik nafas lega rasanya.

Walaupun sibuk sejak masuk form 6 nie saya memang boleh je update blog nie ada je masa terluang tapi selalu terlupa jadinya entry-entry semua masuk dalam draft je. Ucapan selamat hari jadi yang first sekali saya terima dari junior saya dua orang pulak tu. Keesokkan harinya dapat ucapan dari ex classmates saya Noraini yang kat politeknik sana tu *terharu orang jauh ingat daripada orang dekat* lepastu petang tadi baru la ada kawan dua tiga orang ucap. Hahaha tak kisah pun sebenarnya cuma rasa awkward sikit je. Memang biasakan benda macam nie. 

Mak saya ada buat sikit majlis untuk saya dan adik sebab kami lahir dalam bulan yang sama pastu hari pun dekat-dekat je adik saya 30 Mei dan saya 31 Mei haa special kan kami ? Riuh rendah suasana kat kampung saya sebab semua pakat balik cuti sekolah nie. Bila dah besar nie sebenarnya tak rasa penting sangat majlis macam nie sebab rasa tak perlu. Dulu memang seronok la sebab fikiran keanak-anakan lagi.

Azam saya untuk umur yang baru ini adalah untuk mengejar cita-cita saya untuk menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahua, berintegriti dan ber inovasi. InsyaAllah saya akan usaha dengan gigih untuk mencapai apa yang diidamkan. Kepada kawan-kawan yang berada di matrikulasi selamat menempuhi alam baru, semoga berjaya. Kepada mak dan ayah terima kasih kerana membesarkan kakak dengan baik dan bagi pendidikan yang sempurna. Jasamu wahai ayah dan ibu takkan dilupakan.


p/s : DAP kalah ke ? Siapa menang ye


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Liebster Awards


Mintak maaf kalau lambat jawab ye. Saya sibuk sikit. Thanks to Tashira sebab tag saya, tapi tak janji nak jawab jujur eh. HAHAHAHA. Mai tengok soalan yang saya dapat kat bawah nie ha.
Nak tau jawapan slamberdogz saya ? Sila baca sehingga habis :P



1 . List your favourite korean drama .

Full House, Full House Take 2, The Moon Embrassing The Sun, He's Beautiful,
Tamara Island, Naughty Kiss, Love Rain

2 . What is your favourite chocolate?

I don't have the specific one. Semua saya suka.

3 . Who is your favourite korean actor/singer?

Shin Hye Park, Kim Hyun Joong, Song Hye Kyo, Jung II Woo, Yoon Eun Hye,
Lee Da Hae, Yoona, Jang Geun Suk 
Memang minat gila-gila la.

4 . How do you spend your time during weekends?

Tak tentu ikut mood je.

5 . What is your best moments in school?

Too many too mention

6 . Your favourite blog for this year?

Yuyu Zulaika

7 . Do you prefer chicken or beef?

Both

8 . What face product do you always use?

Dnars Skincare, Perla Coffee

9 . At what time do you sleep at night?

12 am and above

10 . Do you have a diary book?

No! Dulu ada tapi terkantoi dengan family so saya dah bakaq dah.

11 . What do you think about my blog?

Simple, cute, loading cepat. Yang penting pink! Ahaha dah perfect dah cuma kalau besaq sikit font tu mesti oke dah sebab saya nie rabun sikit. Hehe




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Tutorial Buat Ribbons Photoshop

Selamat petang, saya baru balik dari Centre Square bayar bill wifi. Mengantuk gila tidur lewat semalam sebab lewat sampai rumah mak saudara akad nikah lepas Isyak. Hari ni nak buat tutorial yang direquest oleh seseorang. Benda nie senang je ikut saya malas nak buat sebab boleh je download brush kat google sana tu. Tapi takpe la. Nak buat ribbons nie senang je apa yang penting korang perlu pastikan korang ada photoshop. Takada gi install! ^_^
First sekali, buka photoshop klik File > New *saiz adjust sendiri* kemudian klik Custom Shape Tool macam gambar kat bawah
 

Seterusnya ikut gambar yang telah saya bulatkan pastikan korang ikut step tekan no 1 dulu dan diikuti 2. Lepas tekan no 2 tu dia akan keluar pop out box ada banyak shape kat situ so boleh pilih la nak design yang macam mana.




Lepas dah pilih korang guna mouse untuk expand shape tersebut dan jadilah macam gambar kat bawah.


Pastikan kalau nak tambah lagi satu shape macam gambar dekat bawah korang boleh tukar je warna ikut kesukaan TAPI pastikan sebelum tambah lagi shape korang dah buat new layer.


Macam mana nak buat new layer ? Tengok gambar dibawah. Kalau tak buat new layer susah nak move. Untuk adjust size boleh tekan Ctrl+T


Korang jugak boleh tambah ayat atau apa-apa jela dekat situ. Untuk buat border macam warna putih tu tekan right-click > pilih blending options > stroke *klik dua kali* > colour *klik untuk tukar warna border* lepas dah siap tekan ok.



Tara!!!  Dah siap dia akan jadi macam nie. Buat ikut kreativiti masing-masing oke ?Boleh je nak tambah doodle ka apa ka. Benda nie kena pandai godek-godek sikit. 


Paham tak ? Tak paham tanya jangan mencuri artworks orang lain claims as yours. Kat bawah nie ada freebies sikit. Boleh buat menu tab ke, sidebar title ke. Suka hatilah









Ini ada satu yang kosong je korang boleh amik dan save la boleh edit sendiri pilih font yang korang suka. Kalau dah ambil sila bagitahu oke tak payah kredit. Nak repost or freebies sila bagitahu dulu oke ?  ^_^


p/s : tak dapat upu T.T






Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)