Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Genap 18 Tahun Usiaku Maka Sudah Boleh Berkahwin


Selamat malam, bersemangatnya saya hari ini tanggal 31 Mei hari sabtu ini maka genaplah usia saya 18 tahun. Gembira memang tak dapat lah nak gambarkan. Seronok rupanya umur meningkat nie. Orang lain taktau la kalau saya memang seronok sebab angka 18 tu mencerminkan personaliti saya. Dulu lain sekarang lain. Perghh epic gila~

Segala urusan yang tergendala dah boleh settle kerana usia memainkan peranan yang penting dalam urusan rasmi seharian. Boleh la nak daftar something dulu selalu tergendala disebabkan tak cukup umur *umur je muda tapi rupa tua tau* Asyik nak kena ada penjaga je selalu macam menyusahkan orang pulak haishh. Sekarang memang dah boleh tarik nafas lega rasanya.

Walaupun sibuk sejak masuk form 6 nie saya memang boleh je update blog nie ada je masa terluang tapi selalu terlupa jadinya entry-entry semua masuk dalam draft je. Ucapan selamat hari jadi yang first sekali saya terima dari junior saya dua orang pulak tu. Keesokkan harinya dapat ucapan dari ex classmates saya Noraini yang kat politeknik sana tu *terharu orang jauh ingat daripada orang dekat* lepastu petang tadi baru la ada kawan dua tiga orang ucap. Hahaha tak kisah pun sebenarnya cuma rasa awkward sikit je. Memang biasakan benda macam nie. 

Mak saya ada buat sikit majlis untuk saya dan adik sebab kami lahir dalam bulan yang sama pastu hari pun dekat-dekat je adik saya 30 Mei dan saya 31 Mei haa special kan kami ? Riuh rendah suasana kat kampung saya sebab semua pakat balik cuti sekolah nie. Bila dah besar nie sebenarnya tak rasa penting sangat majlis macam nie sebab rasa tak perlu. Dulu memang seronok la sebab fikiran keanak-anakan lagi.

Azam saya untuk umur yang baru ini adalah untuk mengejar cita-cita saya untuk menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahua, berintegriti dan ber inovasi. InsyaAllah saya akan usaha dengan gigih untuk mencapai apa yang diidamkan. Kepada kawan-kawan yang berada di matrikulasi selamat menempuhi alam baru, semoga berjaya. Kepada mak dan ayah terima kasih kerana membesarkan kakak dengan baik dan bagi pendidikan yang sempurna. Jasamu wahai ayah dan ibu takkan dilupakan.


p/s : DAP kalah ke ? Siapa menang ye


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

No comments:

Post a Comment