Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Set Collagen Plus Vic E Mengancam Nyawa

Selamat pagi. Saya rasa anda semua mesti dah tahu kan tentang bahanyanya produk kosmetik ini. Siapa yang tak nak cantik. Semua orang ingin dirinya kelihatan cantik dan menarik terutama sekali wajah kita. Mesti nak nampak cantik je kan. Memang banyak dah info tentang bahayanya Collagen Pus Vit E nie boleh je search kat google. Dulu saya pun pernah pakai. Hampir 3 bulan muka memang cantik la, kulit pulak memang glowing gila. Tapi saya dok perasan kulit muka saya memang putih, glowing tapi muka nampak pucat dan tak bermaya. Lepas tu baru saya stop pakai.

Source

*Korang boleh semak senarai ingredient berikut dekat google. Boleh la search dan tahu bahan mana yang bahaya.  

Source

Masa tu jugak memang heboh produk ini mengandungi bahan kimia merbahaya iaitu merkuri, sejenis bahan kimia yang boleh merosakkan lapisan epidermis kulit. Merkuri nie yang saya tahu digunakan dalam termometer je. Sebenarnya merkuri nie boleh menjejaskan ginjal dan saraf korang. Kesannya memang teruk. Boleh baca dekat sini. Nak ke wajah luaran cantik tapi dalaman rosak ?

Memang kita sedia maklum bahaya sekarang ini terlalu banyak produk kecantikan yang berada dipasaran dan kita pun dah tak tahu mana satu yang bagus semua rambang mata je kan asyik tengok testimoni yang bagus yang dipamerkan di instagram, facebook sellers. Berbekal feedback customers korang pun mudah la percaya kan. Tanpa ragu-ragu korang pun beli. Haiyakkk ni jalan menempah maut nie. 

Saya tahu ada je yang kata "Pakai yang tak ori memang kesan dia macam tu" "Kami pakai oke je,satu family pulak tu" yela sebab korang belum rasa kesannya lagi. Memang la belum ada yang mati lagi disebabkan Collagen Plus Vit E nie, tapi tak mustahil korang ?Kalau korang degil masih teruskan juga tengok lah kesan dalam jangka masa yang panjang nanti cemana. Jangan menyesal sudah. Takut effect dalam seperti mandul yakni tidak subur.

Pakailah produk yang diluluskan oleh kkm insyaAllah selamat. Pengguna yang bijak adalah pengguna yang berhemah dan tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Duit kalau tak guna memang habis jugak. Kalau simpan pun takda nak berana-pinak jugak. Korbankan sikit duit tu beli produk yang diiktirafkan oleh KKM walaupun mahal sikit.


p/s: muka cantik, hati busuk pun tak guna jugak kan




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

No comments:

Post a Comment