Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sannah Helwah To Me

Selamat malam, dari tadi nak buat entry tapi rasa macam eii poyolah la pulak. 
Sudah genap 17 tahun. 
Terima kasih kepadaNya kerana masih dikurniakan nyawa untuk terus
beribadat kepadanya. Untuk menjadi hamba yang selalu bersyukur.
Alhamdulillah. Terima kasih

p/s : dah dapat lesen



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Siapa Copycat ? Siapa Yang Harus Dipersalahkan ?

Hmm tak paham betul la. Act, malas nak fikir. Rasa macam give up dah. Penat kena settle semua nie. Taulah tak penting sangat. Tapi imej kena jaga. Copycat ? hmmm siapa copycat sebenarnya nie ? Pening la. Lepas satu, satu.

Saya tak suka menuduh. Cuma saya nak dihormati sahaja. 
Saya hormat semua bloggers. Saya harap
saya dapat balasan yang sama.


Saya konfius. Dah malas dengan semua nie. Rasa macam nak private je blog.
Lagipun dah nak exam. Next year ingat baru nak buka balik. Sedih macam nie
rasa tak berapa seronok. 

PERHATIAN JANGAN CROP SESUKA HATI ! 

p/s : selalu ikhlas dalam buat apa-apa perkara



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Kena Kencing Tikus


Sejak balik dari Batu Hampar khamis tu. Badan rasa macam tak sedap je. Entah kenapa pun taktau. Hari tu kan last sekolah. Kami pergi konvoi sebenarnya. Mula-mula destinasi Titi Hayun tapi ubah pulak. Lagi pun jalan sehala je. Cuma ada simpang empat. Kalau terus Titi Hayun, kanan pulak Batu Hampar. Dua tempat nie dekat je masing-masing.

Mula-mula nak gi rumah cikgu dekat Merbok tengok dia sakit terlantar dah setahun lebih. Sebahagian tempurung kepala dia dibuang dekat Korea dulu. Nanah dia belum kering so tak boleh sambung lagi. Tapi tak jadi pulak gi rumah dia.

Batu Hampar. Hmm tak ramai orang hari tu. Adalah budak-budak smk khir johari yang konvoi ke situ. Ramai mereka. Hanya ada kitaorang dan budak-budak tu je. Nak dijadikan cerita, helmet salah sorang rakan kami hilang. Sah la budak-budak tu yang curi sebab masa kami tengah naik, dorang tengah turun nak balik dah. So siapa lagi.

Kami bakar ayam kat sana. Budak lelaki yang bakar. Kitaorang makan je. Haha masa mandi tak ingat pesan mak. Mak dah larang jangan mandi. Tapi orang muda mana nak ikut cakap mak. Pengaruh kengkawan aku mandi jugak. Baju satu apa tak bawak untuk salin. Baju jelah pakai balik. Tapi takpe sampai rumah kering.

Malam tu, rasa letih-letih sakit sendi semua. Mak kata "Hang makan cucoq sukun memanglah sakit-sakit. Dia angin benda tu" Sampai hari nie dok rasa lagi. Teringat kat rumah ada air zam zam. Teurs minum sambil doa minta dihindarkan dari penyakit. Tapi nak pi buat check up tengok. Rasa macam tak sedap hati je. Tengok berapa ramai dah mati sebab kena penyakit kencing tikus nie. Padah tak dengar nasihat ibu bapa. Mohon dijauhkan.


p/s : mudah-mudahan segalanya berjalan lancar


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen : i can be a doodler !


Saja nak try join even lukis tak lawa. Hohoh bagus segmen cenggini. Mencungkil
bakat ter"rendam" para bloggers. Haha

Nak tengok kite punye ?








Nak ke ? 
















Iye ? 























Serius nie nak tengok ? Tapi haaa























Tak rare langsung. Nah

























Sabar eh. Jap jap


















Oke serius nie. 





























Nah tengok


Untuk maklumat lanjut sila klik banner.



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Petua Menaikkan Pipi


Selamat pagi. Korang semua nak tahu tak macam mana nak menaikkan pipi macam Iffa Raziah, Rita Rudaini ? Nie cara paling senang je. Tak perlu nak suntik botox kepe. Tak merbahaya pun. Pipi yang montok sapa tak suka kan. Bila senyum naik je pipi tu. 


Sebenarnya aku baru dapat je petua nie. Sepupu aku dah amalkan dah benda nie. Hasilnya ? Memang super duper awesome la. Dulu dia punya pipi biasa je. Sekarang dah lain nampak tembam. Caranya ? Bahannya ? 

Bahan
-Kulit kayu manis

Cara
-Usap pipi keatas dengan menggunakan kulit kayu manis tersebut. Lakukan dengan selalu. Bila ada free time ke tengah tengok tv ke buatlah. InsyaAllah korang akan nampak hasilnya


Senangkan ? Tak tipu punya. Cuma kena rajin la. Kalau tak jadi jangan marah pulak. Sorry gambar takde. Will upload her picture soon.


p/s : test test galaxy grand. Hoho


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2





Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.





.

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Usaha Doa Dan Tawakkal

Semuanya terserah kepada diri sendiri lah. Setakat mana kamu berusaha setakat itu 
jelah kamu dapat. Nak berjaya mudah tapi tak senang. Banyak kena berkorban.
Tak boleh tamak. Tak boleh ambil dua-dua, kena lepaskan satu dan baru boleh capai impian. 

Aku memilih untuk lepaskan internet. Ya sudah tentu sekali sedih. Tak bermakna nda ada internet aku rajin belajar jugak. Banyak setan-setan lain yang cuba mempegaruhi.
Tibi tiga suku terutamanya, semagpongg hang. Dushh kacau-kacau.
Kena buat pilihan susah haihh susah.

Cerdik bukan alasan. Nda bermakna kau tu bijak kau mampu berjaya. Belum.
Tiada guna bijak tetapi tidak tunai yang wajib. Belum tentu diredhai hidup.
Ya, ya sudahlah terpulanglah. Malas selalu saja membisik. Kawan paling
karib selalu menang.



p/s : jangan selalu tidur, bagunlah semuanya masih kabur lagi



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Kenapa Aku Tak Pernah Serius ? Kenapa Cepat Bosan

Selamat pagi malaysians. How's getting on ? Hari nie dapat mesej kelas takde. Baru je siap-siap nak pi kelas tapi batal pulak. Hahah jond la students ye.
Kenapa eh kita cepat merasa bosan dengan sesuatu perkara ? Serius kot bosan gila.
Rasa macam tak excited langsung nak buat sesuatu tu tak kira lah apa2 pun.

Huh, parah macam nie. Selalu kalau mesej dengan kawan kita sehari je. Biasalah kan orang baru kenal pastu esok memang dop hantar dah mesej or reply text dia.
Sebab ? Bosan. Ya bosan aku cepat bosan dengan sesuatu tak kiralah apa pun.
Dengan orang pun sama kalau aku bosan dengan dia aku akan kurangkan bercakap dengan dia.

Parah penyakit den nie haa. Bosan tak kena tempat. Bayangkan haritu ada pi rumah sedara. Kenal-kenal la dengan family dia. Pastu kawan dengan anak dia yelah
duduk kat rumah orang kan. Baru 3 hari berkawan sebab memang dah takada kawan,
pastu rasa macam dah kenal 3 tahun pulak.

Jadi, bila nak bersembang eh takada mood pulak. Ini gila namanya. Aku pun pelik sebenarnya. Nie kalau dah kahwin tak ke naya suami nanti. Baru sebulan kahwin dah bosan. Ohh takmau la macam nie. Nie penyakit ke apa ? 
Anyone boleh tolong ? Ingat nak pi jumpa pakar kaunseling nak selesaikan benda nie.
Heiii bosan betul



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Segmen Menang Blouse Tribal!


Selamat pagi. Hari nie dah masuk hari kelapan. Gahh tak sabar rasanya.
Takapa join contest ini dulu. Nt cerita lain.


Tag : http://dearbudakjahat.blogspot.com/
    http://calculaterror.blogspot.com/ 



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Sekitar Majlis Hari Guru Smksl

Selamat malam dan selamat hari guru buat semua cikgu-cikgu di seluruh Malaysia.
Terima kasih cikgu. Jasamu tak dapat ku balas kerana telah banyak membantu
kami. Disini aku ada sertakan gambar sekitar majlis sambutan hari guru di
sekolah aku Smk Sungai Layar.

Semuanya sporting sekali. Tahun ini last berada di Tingkatan 5, jadi rugi kalau tak 
datang. Lagipun memang ramai tak dapat buat cuti sendiri. Qada' tidur la 
tu. Takapa kitaorang ada.

Majlis bermula dengan bacaan yassin terlebih dahulu. Tahlil juga diadakan untuk guru-guru yang telah meninggal dunia.


Ikrar dan nyanyian lagu 

Sukaneka guru-guru



Aiskrim percuma oleh koop
Cikgu Jayanthi ditarik untuk disuapkan kek oleh pengetua. Pengetua pilih
random ya. Hahah sumpah lawak. Macam-macam 
gelagat. Pelajar jugak ditarik untuk disuapkan kek. Siapa malang dia terkena hahah 
Gwiyomi.... gwiyomi

Terima Kasih Cikgu 


p/s : untunglah anak cikgu boleh tumpang hadiah



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Giveaway Kiyomi Teddy Store by Norsyuhada Binti Johan

Joined this.
1) Warganegara Malaysia SAHAJA untuk memudahkan urusan penghantaran.
3) Follow Blog Kiyomi Teddy Store (under construction) : http://kiyomiteddystore.blogspot.com/
4) Like FB Kiyomi Teddy Store : https://www.facebook.com/KiyomiTeddyStore
5) Buat satu entry dan letakkan banner dan linkkan terus pada blog ini : TEKAN SINI
6) WAJIB tag rakan-rakan blogger anda.
6) Tinggalkan komen sekali dengan link entri anda di entri ini SAHAJA.



So marilah kengkawan bloggers join this giveaway.
Sure tak rugi ^_^
Cekidaut hadiah




Due date 31 July 2013
12 pm

Tag : Awak




Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)