Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kena Kencing Tikus


Sejak balik dari Batu Hampar khamis tu. Badan rasa macam tak sedap je. Entah kenapa pun taktau. Hari tu kan last sekolah. Kami pergi konvoi sebenarnya. Mula-mula destinasi Titi Hayun tapi ubah pulak. Lagi pun jalan sehala je. Cuma ada simpang empat. Kalau terus Titi Hayun, kanan pulak Batu Hampar. Dua tempat nie dekat je masing-masing.

Mula-mula nak gi rumah cikgu dekat Merbok tengok dia sakit terlantar dah setahun lebih. Sebahagian tempurung kepala dia dibuang dekat Korea dulu. Nanah dia belum kering so tak boleh sambung lagi. Tapi tak jadi pulak gi rumah dia.

Batu Hampar. Hmm tak ramai orang hari tu. Adalah budak-budak smk khir johari yang konvoi ke situ. Ramai mereka. Hanya ada kitaorang dan budak-budak tu je. Nak dijadikan cerita, helmet salah sorang rakan kami hilang. Sah la budak-budak tu yang curi sebab masa kami tengah naik, dorang tengah turun nak balik dah. So siapa lagi.

Kami bakar ayam kat sana. Budak lelaki yang bakar. Kitaorang makan je. Haha masa mandi tak ingat pesan mak. Mak dah larang jangan mandi. Tapi orang muda mana nak ikut cakap mak. Pengaruh kengkawan aku mandi jugak. Baju satu apa tak bawak untuk salin. Baju jelah pakai balik. Tapi takpe sampai rumah kering.

Malam tu, rasa letih-letih sakit sendi semua. Mak kata "Hang makan cucoq sukun memanglah sakit-sakit. Dia angin benda tu" Sampai hari nie dok rasa lagi. Teringat kat rumah ada air zam zam. Teurs minum sambil doa minta dihindarkan dari penyakit. Tapi nak pi buat check up tengok. Rasa macam tak sedap hati je. Tengok berapa ramai dah mati sebab kena penyakit kencing tikus nie. Padah tak dengar nasihat ibu bapa. Mohon dijauhkan.


p/s : mudah-mudahan segalanya berjalan lancar


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

5 comments:

  1. harap tiada apa.. jgn lupa g check..

    ReplyDelete
  2. bahayanya mandi2 pantai..huhu.takut la..harap tak aa apa2 la ea.. nanti jangan lupa check..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kak, mintak2 tak sangkut la

      Delete
  3. eh sama lak...sy tempah nie....bkn bt sendiri...xtau pla sama...cuba tngok kat blog saya bawah sekali ada nama yg bt templet semua maaf ya

    ReplyDelete