Saya mendapati dakwaan yang mengatakan Dakwat Kekal kepada semua pengundi didapati tidak benar. Setelah setengah jam tangan saya dicalit dakwat itu, sampai ke rumah, saya membasuhnya dengan sabun biasa tanpa menggunakan chemical didapati kesan dakwat hilang. Saya segera membuat laporan Polis keran mensyakki ada penipuan samada pembekal dakwat itu menipu SPR Malaysia dengan sengaja membekalkan dakwat tidak kekal tetapi mendakwanya kekal .Ataupun sememangnya SPR Malaysia memesan dakwat tidak kekal tetapi mendakwanya kekal, yang seolah-olah SPR Malaysia menipu kerajaan dan seluruh pengundi, atau ada dalang lain disebalik insiden seperti ini. Sebagai rakyat perihatin saya memohon pihak berkuasa menyiasat segera perkara ini untuk rakyat mengetahui siapa penipu dan pembohong yang sebenarnya.
Sumber: Facebook Dato Haron Din
p/s : Taktahu lah. Korang gi cuci sendiri la jari tengok hilang ke tak. Kadang2 sabun pun memainkan peranan. Teringat pulak kisah tangan aku kena pencelup merah semasa buat darah palsu semasa bulan sains dan matematik. Tapi pewarna tu boleh hilang hanya dengan cuci menggunakan sabun yang aku buat experiment saponifikasi. Sabun yang aku buat dari minyak kelapa sawit tu. Wallahualam~
huhu..walaahualam la..harap keputusan nanti malam tak ada la kecoh2 di kemudian hari
ReplyDelete