Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hampir Excident Dengan Treler

Selamat pagi dan salam jumaat diucapkan kepada pengunjung blog TDB nie ye. Letih ada la jugak kesan daripada berjaga semalam. Penat tak hilang lagi. Trauma pun masih ada nie. Terkejut semua ada.
Masih terbayang lagi waktu itu, aku dalam perjalanan nak balik rumah dengan kawan aku
Zuhaira. Kitaorang bonceng motosikal je sebab senang nak menyelit lah katakan.

Kitaorang dari pbe sebenarnya, biasalah naik lebuh raya pastu ada treler punya besar lalu kat sebelah. Kira masih cool la katakan still rilek je lagi. Masa dia ikut kitaorang dari belakng tu kitaorang tak rasa apa-apa lagi. Tapi masa dia lalu kat sebelah kitaorang kat lorong motosikal nie dah gabra, resah hanya Tuhan je
yang tau. Siap mengucap lagi. 

Entah rasa macam dia tengah himpit kitaorang je. Ya Allah takutnya. 
Kau bayang kau naik moto je dia tu treler, ishhh seram la. Serius pastu tayar dia tu memang dekat lah dengan kitaorang. Rasa macam motosikal nie nak terbabas dah. Menggeletar kalau 
emosi tak stabil masa tu memang dah innalillah dah.
Serius aku dah nak nangis dah masa tu, pastu Zuhaira teruskan 
slowkan motor biar dia jalan dulu.

Rasa macam dia nak hempap kitaorang pun ada. Sumpah ini betul2. Entah orang yang selalu excident dengan treler nie rasa macam kitaornag rasa nielah. Ilusi semuanya. Kalau kau tak tahan mesti kau jalan dah. Serius kot dia jadi secara tiba2 motor yang 
kitaorang naiki hampir masuk bawah treler tu. Nasib
baik aku cepat-cepat jerit "Woih !! perlahan aku taknak mati lagi  Kita ikut blakang !"

Illusi. Bila kau tengah fikir kau kena lenyek dengan tayar treler, 
otak pecah, perut terburai opkos pemanduan kau tak diberi perhatian. Haa macam tulah kitaorang. Jadi kau kena fokus semasa memandu
jangan sambil lewa nanti nyawa melayang. Alhamdulillah
terselamat dari bahaya.


p/s : biar lambat asal selamat



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

7 comments:

  1. tak nak tengok gambar ke 2 tu..sadis..huhu
    uih..bahayanya..syukur selamat .. lepas ni kena peka dgn sekeliling ..rasa nak tercabut jntung kot kalau tiba2 kena mcm tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, syukur alhamdulillah selamat. memandu kena fokus tak boleh main sambil lewa je

      Delete
  2. hee saat2 macam tuu lah yang paling ngeri.. lagi2 kalau treler tuu bawa barang besar2.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah memang treler tu besar gila. muatan opkos melebihi 1 tan pe

      Delete
  3. nasib baik , huh.. kena hati2 di jalan raya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 pun syukur kpd Allah kerana masih panjangkan umur :)

      Delete
  4. Salam.

    Myra singgah blog ni sambil jemput join bloglist saya. *wink

    Tq. :)

    ReplyDelete