Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Batal Puasa Korek Telinga Dan Hidung

Selamat petang uolls. Hal ini menjadi kemusykilan kepada aku dan terus menjadi tanda tanya "batal ke tak nie aku korek telinga ?" Aku rasa soalan nie tentu sekali femes kan ? Saban tahun orang bertanya. Tergerak hati nak buat entry sebab hal nie berlaku kepada aku sendiri. Lumrah manusia, takkan tak pernah rasa gatal telinga kepe, mesti pernah punya.
 
Dah tu nak biarkan ? Mesti gi cari cotton bud punya kan. Bila dah selesai mengorek mesti rasa puas kan ? Tak dapat dinafikan ke'stim'an mengorek telinga itu. Haha pengotoq baq hang. Bukan apa sewaktu kecik dulu aku sering dimomokkan bahawasanya mengorek telinga dan hidung adalah perbuatan yang membatalkan puasa. Benarkah ?

Kawan-kawan aku jugak ada tanya benda nie kat aku. Sebenarnya tidak membatalkan puasa. Cuma makhruh sahaja. Jadi silalah gali walaupun sekadar suka-suka. LOL HAMBAR 
Kenapa tidak membatalkan puasa ? sebab ada dibawah. Sila lah menonton. Jadi kalau ada yang kata batal tu taktaulah macam mana.

Kepada yang masih ragu-ragu jangan bimbang. Anda boleh mencari jawapan di pelbagai medium ataupun bertanyakan terus kepada yang lebih arif. Jangan berlagak pandai sedangkan tak tahu apa-apa. Seperti peribahasa malu bertanya sesat jalan.







Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

No comments:

Post a Comment