Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Typical Pemandu Malaysia Biadap

Selamat malam uolls. Jangan ada yang sentap pulak tengok title murahan cenggitu. Bukan  apa geram semua ada. Memang adat lah kan orang Malaysia nie pakai kereta besar tapi memandu kohaaaajooorr gila. Sedih aku yang naik motosikal nie rasa macam tak wujud je atas jalan. Kau yang memandu tu rabun ke buta ? 

Dont you have manners ? Kau bayangkan bila kau dah siap cantik-cantik, wangi-wangi nak pergi sekolah. Yelah typical budak sekolah gi sekolah bonceng motosikal kan, kena hari Khamis tu hujan pulak. Dushh memang lambat sikit ah nak gerak tunggu hujan reda sikit.

Aku yang pakai raincoat nie dengan penuh bersemangat nak pergi sekolah keluar simpang jalan rumah aku. Memang hujan orang naik kereta la. Aku je yang naik motosikal. Kau dah tahu aku ada dekat depan jalan nak keluar tu, kau slowkan lah pemanduan kau, ini tidak kau pecut macam nak lari je tempat kerja kau.

Aku faham kau punctual tapi agak ah kau redah lopak air habis kena aku. Damn it! Basah tau. Bukan satu dua kereta, berlambak. Memang bengang gila. Habis kotor baju. Sumpah seranah memang wajib ah. Sorry la, aku mengaku macam-macam aku sumpah tak sampai hati aku nak ulang kat sini. It's tindakan luar kawal.

Tolong la jangan buat jalan tu macam bapak kau punya. Kau bayar tol pun dah kenapa takada hati perut sangat ? Jalan kat sini bukan semua elok. Berlubang berlopak. Kau pecut watpe kau duduk dalam kereta tu bukan kena hujan pun. Asal lak nak pecut bagai. Berhemah sikit. Memang fail gila pemanduan pemandu Malaysia nie. Mungkin sesetengah je. 

Entah, susah nak cakap. Sakit sangat hati nie. Rasa macam orang terbuang pulak. Air lopak yang habis kena baju muka, dah macam orang bodoh aku nie rasa macam menumpang kat negara nie bila diperlakukan sedemikian rupa. Tu tak termasuk yang berbasikal lagi. Hmm aku memang tak hormat pemandu macam nie. Sorry



p/s : tak kena kat batang hidung sendiri tak rasa la



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

2 comments: