Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KHAS UNTUK LELAKI ! Cara Buang Bintik Hitam Di Muka Dengan Mudah Dah Berkesan

Selamat petang, saya nak kongsi tips dengan semua orang cara nak buang bintik hitam diwajah atau pun nama femesnya blackhead. Maaf ye kalau untuk bintik hitam hati jangan google, gi taubat la. Caranya memang mudah dan simple je tak perlu keluar duit beratuih-ratuih pun! Sebab apa saya nak kongsi? Sebab geram dengan lelaki yang tak menjaga wajahnya sendiri, selalu buat tak peduli je. Muka berminyak pun tak cuba nak atasi.

*ihsan google*

Bukan apa, sebenarnya kecantikan bukanlah mainan orang perempuan je, lelaki pun sama korang perlu jugak jaga muka korang which means kebersihan. Sebab benda nie penting, kenapa penting? kerana kebersihan mencerminkan personaliti sesorang tu. Muka dah sampai berpasir macam kertas pasir ja bila pegang takkan nak duduk diam je kot. Nak harap air wuduk pun tak boleh gak. 

First sekali orang tengok awak opkos dia tengok muka kan, mungkin dalam hati dia kata *hensem! tapi choy ah jerawat batu/lubuk kawah penuh la plak* contoh je ni kahkahakah. Orang zaman sekarang kan pentingkan rupa paras kan. Bila takda tindakan dari diri sendiri masalah jerawat batu, jeragat dll mula la rasa rendah diri kan. 

Caranya senang sangat rasanya ramai dah tahu tapi mungkin tak peduli. Saya sekarang dah tak beli dah masker guardians tu. Bikin sakit hati je tak membantu langsung. Jangan pandang rendah eh. Kadang produk yang jenama femes sangat harga mahal kemain pun belum tentu jugak berkesan. Saya selalu guna cara nie je, jimat, berkesan, selamat dan berjaya. Awak yang ada masalah blackhead nie boleh cuba ya ^_^

Bahan : 
putih telur, air suam, tuala kecil/sapu tangan, kapas muka/tisu

Cara-cara :
 
Korang bangun pagi tu gila cuci muka, gosok gigi dulu. Tak nak pun takapa. Better cuci muka guna pencuci muka korang tu dulu. Biar pori-pori terbuka dulu. Taknak abaikan je step ni.

Basuh muka dengan air suam urut *gosok bahagian yang banyak blachead* seluruh permukaan muka. Tujuan nak bagi pori-pori terbuka karang tanggalkan masker marah pulak takda blackhead yang keluar. Lap muka anda.

*ihsan google*

Celupkan kapas dalam magkuk berisi telur putih pastu apply kan dekat muka. Susun sendiri sampai penuh satu muka, biarkan sehingga betul betul kering. 

*ihsan google*

Last sekali akan jadi macam nie bila dah tanggalkan. See banyak kan rasa geram pun ada tengok banyak yang mencacak je. Buat la seminggu 2 3 kali bukan susah pun.

*ihsan google*

Tak percaya or tak sedar lagi tak tau lah. Suruh beli produk blabla kata "perabis duit ja semua tu". Tak kacak takapa kebersihan mesti jaga. Bukan dengan buat sekali je hilang terus. No way man! Yang patah tumbuh yang hilang berganti. Selagi hidup selagi tu ada. Nak hilangkan semua? Boleh takada masalah ada banyak produk dipasaran boleh dibeli guna. Belum cuba belum tahu k. Yang penting jangan malas-malas. 

Ingat yang kulit cantik semua tu dia memang asal macam tu ke dia jaga lah since kecik ke ada la cara memasing. 


p/s: tak sempat nak transfer gambar sendiri, ada masalah teknikal



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

4 comments:

  1. nice tips..!boleh cuba gak pasni..hehe

    ReplyDelete
  2. kyaaaaaaaaaa rasa perasaan tu nak cuba malam ni jugak hahahahahahahah
    ok ok qila nak buat besok pagi heee :D <3333

    ReplyDelete
  3. ni memang patut try ni... thanks for sharing!!... :)

    ReplyDelete
  4. Malasnya nak mengambil putih telur tuuu, tolong buatkan? Hehehe :p

    ReplyDelete