Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ke Tingkatan 6 Pilihan Saya. Anda ?


Selamat petang. Sejuk kat tempat saya sebab sekarang musim hujan petang. Balik sekolah je hujan. Nak pergi sekolah lama ambik sijil berhenti sekolah pun tak sempat. Saya sebenarnya sedang menyambung pengajian di Tingkatan 6 di Smk Ibrahim Sungai Petani. Dah seminggu dah dekat sini. Hari ni hari yang ke-6 orientasi. Seronok sangat berada dekat sini. Suasana pun lain je lagipun dipilih masuk ke Smk Ibrahim satu rahmat besar tu, sekolah tersohor ranking no 2 dalam Malaysia berdasarkan pencapaian akedemiknya sapa taknak kan. Hehehe sekarang warga SMKI tengah sibuk nak sambut Majlis Anugerah Cemerlang. Majlis yang penuh dengan protokol sebab every year Sultan Abd Halim Muadzam Shah yang akan datang menyampai hadiah kepada pelajar. Memang dari dulu-dulu lagi sejak 95 tahun yang lalu. Bangunan lama yang masih kukuh ditubuhkan pada Ogos 1919 *jepun pun tak datang tanah melayu lagi* sekolah nie sini ada muzium tapi bukan semua orang boleh masuk ey. Form 6 je selalu untung HARHAR.

Ikutkan hati tak hadap langsung sambung belajar ke tingkatan 6 ni. Tapi saya tak pasti kenapa saya buat keputusan ni opkos takde dipengaruhi oleh sesiapa pun. Tapi akal nie ligat berfikir sejak 5 hari yang lalu so, saya decide apa yang terbaik untuk diri sendiri. Banyak sebenarnya saya nak cerita rasa macam tak cukup pulak nt. Sepanjang orientasi berlangsung saya didedahkan tentang kehidupan atau proses pengajian di form 6, subjek-subjek yang ditawarkan, biasiswa & peluang kerjaya. 

Sejak rasa tersedar dari sesuatu *taktau nak explain how* saya sangat berterima kasih kepada cikgu-cikgu tingkatan 6 Smk Ibrahim dan senior-senior yang terlibat diatas segala layanan dan khidmat nasihat bimbingan dari mereka kepada kami pelajar baru. Semuanya perfect sangat. Terima kasih! Terutamanya teacher Jim Annie she's too kind, caring yet responsible. Saya akui semasa pertama kali menjejakkan kaki ke SMKI, saya datang mendaftar dengan semangat 50/50 je. Tapi sejak menjalani orientasi hari demi hari sehinggalah ke hari ini hari yang ke-5 semangat tu dah naik 90/100 lagi 10% nak tengok keputusan UPU je. Allah itu Maha Berkuasa. Kadang-kadang tak semua benda yang kita nak kita akan dapat dan belum tentu ianya baik untuk kita. Dan yang tak menjadi pilihan kita, tak semestinya ianya buruk walhal kita taktau itulah yang sebaik-baiknya.


Bagus program orientasi nie kerana pelajar dapat tahu apa sebenarnya konsep pembelajaran form 6. Form 6 nie guna sistem semester. So pelajar form 6 ada 3 semester dimana setiap penggal korang akan menduduki exam tak macam aliran arus perdana belajar dari form 1 untill form 5 final SPM. Korang kena kasi maintain *tak boleh maintain kena up lagi dan lagi* pointer tinggi dan jangan risau kalau fail sebab kerja khusus (PBS) setiap subjek yang dibuat tersangat membantu kita bila campur keseluruhan confirm boleh cemerlang atleast A-. Saya takda nak tipu ke apa memang tersangat penting kerja khusus nie tak buat bermakna gagal keseluruhan subjek. Kerja khusus nie bukannya folio biasa addmaths form 5 yang kita dok buat tu. No! Dia macam thesis korang nak buat untuk master. Kira adik sikit dari thesis. Jangan risau, susah pun takde la susah sampai nak mati, berkemungkinan akan tertekan sikit sebab korang nak kena buat kerja khusus subjek lain pulak. 

Don't worry cikgu akan membimbing dalam membuat projek masing-masing. Pls tolong rajinkan diri bertanya kalau taktau. Tanya seniors ataupun cikgu. Jangan malu-malu. Sorry to said la, masa nie bukan masa korang nak malu-malu. Sapa malu dia ketinggalan! Percayalah cakap saya. Korang jugak kena tonjolkan diri tak perlu dah teragak-agak. Keputusan diatas diri sendiri. Nak rasa hidup senang bersusah-susah la dahulu. Senangnya nanti kita rasa sama-sama kemudian. Hal peribadi tolak ketepi dahulu. Awak memang silap besar kalau awak sibuk bercinta masa nie. Sedangkan perhatian awak terhadap pembelajaran. Jadi orang yang berprinsip dan berdisiplin. Lupakan semua tu. Ingat ye pergi menuntut ilmu bukan pergi mencari jodoh ye. Saya pun remaja saya faham jiwa remaja. Tapi saya pegang pada prinsip. Hiburan saya akui saya pun menikmati jugak tengok tv, etc tapi kena bijak uruskan masa la. Dan yang paling saya selalu ingat kata-kata ayah "buat keja jangan bertangguh"

Bila dah faham konsep tingkatakan 6 sedikit sebanyak balik rumah dapat cerita kat mak ayah. Selalu orang anggap form 6 nie last choice la. Saya pun dulu macam tu memang suka berangan gila nak masuk universiti blablabla sampai pandang rendah je form 6 nie. Sebenarnya punca saya jadi begitu kerana tidak mendapat maklumat yang sahih mengenai form 6. Macam hari ni cikgu ada jemput 2 orang pelajar cemerlang STPM yang sudi meluangkan masa bersama kami dan berjaya mendapat 4 flats untuk berkongsi tips kejayaan. Kedua-duanya perempuan, they're chinese. Saya jugak tak melepaskan peluang yang ada untuk bertanya soalan kepada mereka kerana inilah peluang yang terbaik untuk saya bukan senang nak jemput mereka. Alhamdulillah mereka menjawab persoalan yang sering timbul di lubuk hati saya. Kini dah takde dah ragu-ragu.

Memang semangat saya pun berkobar-kobar gila la nak score 4 flats jugak! Yang bagusnya form 6 ni adalah merupakan salah satu laluan alternatif untuk ke universiti. Jangan risau kalau results korang tak berapa cun straight A's tu korang boleh cover dengan STPM, tapi tak mudah la laluannya korang kena usaha gigih la. Study kena smart jangan study hard. Kang seteghess tak pasal kena retake pulak. Sebenarnya, STPM setaraf A-Level, diploma dan foundation. Kalau apply mana-mana universiti di dunia ni confirm korang diterima masuk. SPM pun boleh tapi hanya bertaraf O-Level je, result strong boleh la. Form 6 jugak saya lihat sebagai satu medium mempersiapkan diri ke universiti. Kerana pelajar form 6 diterapkan dengan nilai-nilai kepimpinan ke dalam diri masing-masing. Contohnya form 6 di SMKI dilatih untuk meyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini kerana untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berkepimpinan pada masa akan datang.

Aliran arus perdana memang berbeza jauh daripada form 6. Di form 6 kami dilatih untuk mengendalikan sesuatu acara, majlis rasmi & aktiviti luar contohnya khidmat masyarakat. Cikgu hanya menjadi pemantau je. Contoh pertandingan bola jaring. Dulu masa form 5 kita turun main tapi di form 6 kita belajar macam mana nak anjurkan pertandingan bola jaring, menjadi pihak pengurusan dan sebagainya. Buat presentations secara individu di depan panel. Kira dari A-Z handle sendiri. Lagipun form 6 lebih tinggi kedudukannya dari matriks. Kalau bandingkan dorang punya 4 flats dengan STPM punya 4 flats tentu la STPM lagi berkualiti. Sorry to said. My teachers yang cakap. Budak STPM yang 4 flats mesti punya dapat full biasiswa BERSERI. Mereka just call dan tanya je uni mana awak nak masuk sebut je. Ada seorang chinese guy nama dia saya tak ingat cikgu ada tanya dia kenapa masuk form 6 tak masuk matrik, dia jawab "matriks is not challengging" fap fap fap saya ternganga je le HARHARHAR. 

Sebenarnya sistem pendidikan tingkatan 6 di bawah MPM (Majlis Peperiksaan Negara) jadi sebarang semakan mengenai sesuatu maklumat adalah dibawah MPM secara online. Kerajaan pun tengah melakukan tranformasi kepada pelajar tingkatan 6. Korang tahu kenapa orang tak nak pergi form 6 ? Sebab tak nak jadi budak sekolah kan? Sekarang ini dasar baru telah di pinda. Pelajar tingkatan 6 diberi kelonggaran memakai pakaian kasual seperti pelajar-pelajar diploma dan matriks mengikut syarat tertentu tetapi belum dikuatkuasakan lagi. InsyaAllah dalam tempoh terdekat mungkin surat pekeliling tersebut akan sampai. Jadi dengan ini berubahlah perspektif negatif orang  ramai terhadap form 6.

Seterusnya untuk pengetahuan korang pelajar form 6 akan mendapat baucer buku 1 Malaysia dan bakal mendapat elaun bulanan Rm250 seperti mana pelajar-pelajar matriks dapat. Selain tu, kerajaan jugak ada menyediakan beberapa sekolah hanya untuk kesemua pelajar tingkatan 6. Tapi belum menyeluruh sebab kerajaan takde bajet. Peruntukkan untuk pelajar form 6 pun memang ada tapi tak banyak la sebab bilangan kecil je tak macam aliran arus perdana. Semua kos tanggung kerajaan tanggung kecuali MUET je. Untuk MUET nie sijil dia hanya valid untuk certain years je pastu dah tamat korang kena amik exam balik.

Salah seorang alumnai Smk Ibrahim yang berjaya ialah Prof Chandra Muzaffar. Beliau merupakan seorang tokoh yang hebat. Ada ramai lagi tokoh yang hebat keluaran SMKI seramai 6 orang sekarang ini yang memegang jawatan sebagai naib kaunselor di uni tempatan. Nama tak ingat sebab *too manya to mentions* Saya menjadikan mereka sebagai inpirasi untuk berjaya. Tak kira dimana kita belajar kita kena ingat fokus tu penting. Pedulikan orang kata "Anak dapat pi u mana?" "Tak pergi mana pun masuk form 6 ja" "Kesiannya napa masuk form 6 u lain dah takdak ka?" once again I told you ya ini adalah pilihan kita. Kita yang nak hadapi. InsyaAllah berlajar dengan tekun dan rajin kita selangkah menuju kejayaan. Berbanggalah jika korang dapat masuk ke form 6. Ada orang lain yang memang teringin sangat nak masuk tak dapat dan terpaksa buat rayuan. Punca tak dapat form 6 mungkin Bm dan Sejarah tak credit. Susah kalau tak credit nie sebab kemahiran mengarang sangat diperlukan untuk Pengajian Am. Kalau mengarang korang lemah hancur la result korang pastu beria jugak tak pass rugi masa je. Tapi, kalau bersunguh-sungguh rajin dan bertekad nak berubah nescaya boleh je cemerlang.

Bukan saya kata matriks atau diploma tak bagus cuma bagi diri saya sendiri saya akui saya tak bersedia nak melangkah ke alam universiti sepenuhnya lagi. Biar saya persiapkan diri dahulu. Korang kena ingat belajar semuanya susah takde yang senang. If you never failed means you never learn something new. Tak perlu pandai cuma perlu jadi rajin dan bersemangat hormat ibu bapa dan guru. Cikgu kitaorang kat sini selalu bawa STPM leavers pergi USM pergi UUM untuk gi isi borang melanjutkan pelajaran. Disini cikgu semua jaga dan pantau dengan elok. Jangan risau tentang masa depan kita berusahalah dengan bersungguh-sungguh.  Saya pun tengah berusaha untuk first sem bulan Nov nanti. Tahniah kepada yang berjaya dalam UPU.


p/s: bila jatuh jangan lupa cari jalan untuk bangkit bukan mengangis kerana sakitnya jatuh


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

25 comments:

  1. yey kite sama! kite pun masuk form 6 juga. bila dapat tahu tak dapat apa2 dari UPU tu mmng down gila. tapi nasib baik dah daftar form 6.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha aah nasib baik kang terlepas pulak

      Delete
  2. good luck dik. akk pun form6. upper six sekarang ni. form6 mmg untung. lgi2 untung khas utk batch 96. untung sngt. jgn lepaskn peluang. tp kalau ada dpt pilihan lain, pilihlah yang betul2. buat keputusan yang bijak ye.

    p/s : suka entry ni =D

    ReplyDelete
  3. Kt ibrahim ada course apa kak utk form 6..hope u reply me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt ibrahim nie ada 5 kelas yg menawarkan kurusan berbeza. 3 kelas sains dan 2 kelas kemanusiaan. 3 kelas sains tersebut dipecahkan pula kepada dua kelas Fizik dan satu kelas Biologi. Sementara itu, 2 kelas kemanusiaan dipecahkan kepada satu kelas bahasa melayu dan satu kelas perakaunan. Subjek yang ditawarkan pula bg kelas

      PRA UA1= FIZIK, KIMIA, PENGAJIAN AM, MATHEMATIC

      PRA UA2=FIZIK, KIMIA, PENGAJIAN AM, MATHEMATIC

      PRA UA3= BIOLOGI, KIMIA, PENGAJIAN AM, MATHEMATIC

      PRA UA4= PERKAUNAN/BAHASA MELAYU, SEJARAH, EKONOMI & P.AM

      PRA UA5= BAHASA MELAYU, SEJARAH EKONOMI & PENGAJIAN AM

      dan subjek MUET adalah wajib diambil untuk semua pelajar Tingkatan 6.

      Delete
    2. Mathematics (T) or mathematics (M)

      Delete
    3. Mathematics (T) or mathematics (M)?

      Delete
    4. maaf, Saya tak ingat pulak yang ini.

      Delete
  4. Ada kos apa kak kt ibrahim...

    ReplyDelete
  5. Akak, form 6 untuk tahun 2015 dah boleh pakai bebas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya semua pelajar form 6 boleh memakai pakaian bebas.

      Delete
  6. akak, form 6 2015 dah boleh berpakaian bebas ke?

    ReplyDelete
  7. Asalammualaikum akak. Saya nak tnya. Form 6 ibrahim ada jurusan apa ye? Kemanusiaan ada tak? Sbb kawan2 kata ibrahim sains ja. Kalau ada kemanusiaan, subjek apa yg ditawarkan? Pakaian ibrahim mmg bebas la ye? Tak perlu pakai pakaian seragam mcm budak sekolah dah? Saya sebenarnya bercadang nak masuk situ jugak. Sbb tu nak tau. Harap2 akak boleh la reply la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak betul tu dik. dekat ibrahim ada jurusan kemanusian & sains. iya boleh pakai pakaian bebas. ok dibawah ni saya senaraikan sedikit maklumat mengenai course yg ditawarkan di smk ibrahim. Terdapat 5 kelas diamana 3 kelas sains dan dua kelas kemanusiaan.

      PRA UA1= FIZIK, KIMIA, PENGAJIAN AM, MATHEMATIC

      PRA UA2=FIZIK, KIMIA, PENGAJIAN AM, MATHEMATIC

      PRA UA3= BIOLOGI, KIMIA, PENGAJIAN AM, MATHEMATIC

      PRA UA4= PERKAUNAN/BAHASA MELAYU, SEJARAH, EKONOMI & P.AM

      PRA UA5= BAHASA MELAYU, SEJARAH EKONOMI & PENGAJIAN AM

      dan subjek MUET adalah wajib diambil untuk semua pelajar Tingkatan 6.

      Delete
  8. Asalammualaikum akak. Saya nak tnya. Form 6 ibrahim ada jurusan apa ye? Kemanusiaan ada tak? Sbb kawan2 kata ibrahim sains ja. Kalau ada kemanusiaan, subjek apa yg ditawarkan? Pakaian ibrahim mmg bebas la ye? Tak perlu pakai pakaian seragam mcm budak sekolah dah? Saya sebenarnya bercadang nak masuk situ jugak. Sbb tu nak tau. Harap2 akak boleh la reply la.

    ReplyDelete
  9. Asalammualaikum akak. Saya nak tnya. Form 6 ibrahim ada jurusan apa ye? Kemanusiaan ada tak? Sbb kawan2 kata ibrahim sains ja. Kalau ada kemanusiaan, subjek apa yg ditawarkan? Pakaian ibrahim mmg bebas la ye? Tak perlu pakai pakaian seragam mcm budak sekolah dah? Saya sebenarnya bercadang nak masuk situ jugak. Sbb tu nak tau. Harap2 akak boleh la reply la.

    ReplyDelete
  10. Akak,saya otw form 6 kat smk ibrahim jugak. Tp dpt sains. Alaaa,boelh tukar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya pelajar dibenarkan menukar kos. boleh aje tukar ke aliran kemanusiaan boleh bgtahu kepada guru penyelaras tingkatan 6.

      Delete
  11. Biasiswa berseri tu dalam ke luar negara??

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum . Akak msok form six smk ibrahim tinggal di asrama ka? Ada ka pelajar dri negeri lain msok.form six smk ibrahim .?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, sy tak tinggal di asrama sebab sekolah dekat dgn rumah. ya ada je pelajar dr negeri lain masuk. most of them dari luar duduk asrama or sewa rumah duduk dgn kawan.

      Delete