Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Servis Wifi Terbaik Seantero Dunia

Selamat malam saya ucapkan kepada yang menyinggah ke sini. Pada pendapat korang la kan internet tu penting ke korang sampai tahap mana ? Tahap memang perlu sangat-sangat ibaratkan kalau takada memang tak boleh tidur,duduk diam diam seminit ke cemana ? Mesti ada yang kata "hek eleh dia dia nie dok zaman paleolitik ke apa, mmg penting gila la kalau takda i kendai hang taw" HOHO 

Kalau dah internet tu penting tetapi kelajuannya pulak macam siput baru merangkak macam mana ? Menyakitkan hati bukan. Hmm yang tu la yang saya rasa sekarang nie. Sangat menyakitkan hati. Saya pengguna setia Maxis. Dari Maxis broadband kini menggunakan Maxis Wifi. Maxis nie kadang-kadang servisnya memang menguji kesabaran saya jugak. Disebabkan bil bulanan untuk broadband Rm68 sebulan saya dah tukar ke Maxis Wifi pulak sebab bil bulanannya sama je.

Tapi kalau broadband boleh connect ke satu PC je. Wifi yang saya guna nie memang boleh akses ke hanphone la sebab mana nak instagram lagi, wechat dan wasap lagi. Lagipun senang nak bawa then just cas pakai powerbank je. Kos yang dikeluarkan pun murah masa sesi pertama pendaftaran tu cuma perlu bayar Rm150 je dapat sekali modem wifi la. Maxis nie bila korang pakai mula-mula tu memang la laju kan. Dah cukup quota hmm paham-paham jelah nak akses laman web kerajaan kemain lama loadingnya haih.

Saya akui internet cap 4GB sebulan untuk saya memang tak cukup langsung. Selalu memang tak sampai sebulan pun dah kena tambah quota. Sekarang ni pun saya tengah survey wifi yang servisnya unlimited walaupun dah exceed quota. Disebabkan kontrak dengan Maxis selama 2 tahun baru boleh tukar hmm nampaknya terpaksa la saya pendamkan hasrat nak tukar wifi ni. Dengarnya unifi kelajuan internetnya tiada had ? Betul ke ? Boleh kongsi pendapat tak mengenai wifi mana yang bagus ? Sejujurnya saya akui saya kecewa dengan Maxis.



p/s: musim bunga di utara semakin menjadi-jadi



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

2 comments: