Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Biar Ikhlas Jangan Pilih Darjat



-Gambar Hiasan-

Salam aku nie bukanlah layak nak judge orang tapi kenapa manusia perlu membezakan-beza manusia yang lain atau memilih-milih atau simple words pilih kasih dan pilih bulu ? Aku cuma nk menyuarakan ketidakpuasan hati aku nie ja.Bila kita buat sesuatu buatlah dengan ikhlas tak perlu kot nak pilih kasih nie.

Kalau nak jemput anak-anak yatim tu jemputlah ke majlis korang tu.Tapi kenapa perlu mengasingkan mereka? Kalau makanan yang dihidangkan tu kenapa tak sama dengan tetamu lain.Kalau VIP makan dessert etc anak yatim pon korang hidangkan menu yg sama jugak.Kenapa buat lain dari yg lain.Apa motif ?

Firman Allah bermaksud: “Berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin serta berbicara dengan kata yang baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Firman Allah s.w.t

“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.” (Surah al-Maa’un, ayat 1-3) 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Aku dan orang yang menanggung (memelihara) anak yatim (dengan baik) ada di syurga bagaikan ini! Baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan Baginda rentangkan kedua jarinya itu.” (Hadis riwayat Bukhari) Bagi orang yang menganiaya, tidak berlaku adil dan tidak menyayangi anak yatim, di akhirat mendapat azab tidak terperi perihnya.

Sabda Rasulullah s.a.w
"Seburuk-buruk makanan adalah makanan pesta (jamuan) yang mengundang orang kaya saja dan ditinggalkan orang fakir.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Habistu kalau takot bajet lari kena gatal-gatal pergi jemput budak-budak tu?Kesian aku tengok T.T kenapa la aku perlu terjebak sekali dalam majlis tu ? -.- Sungguh tak adil.Aku fikir 10kali nak publish ke tidak entry nie.Asyik dok dalam draft je.





p/s:anak yatim bukan Ahmad bin Yatim :P


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

4 comments:

  1. Selalu macam tu..sedih sangat bila tengok..hmmph.

    ReplyDelete
  2. Tulaa, susah nak jumpa yang boleh terima diri kita seadanya. So bila dah jumpa tu kena hargai betul betul ^^ hee kan?

    ReplyDelete
  3. betul aaa. pilih kasih sngt, sampai makanan pun lain2. aihh.. jejak kaki di ini kali pertama sambil follow (:

    ReplyDelete