Fuhh fuhh *hembus kuat-kuat* berdebu weh dah lama rasanya tak update blog ni dekat 3 tahun dah perghh lama kan. Alasannya sebab saya sibuk sangat semenjak masuk 2015 ha yelah sejak masuk semester dua ni lah. *padahal masa sem satu pun ko tak update ape pun* HAHAHAHA!!! Ya ampun erm the main reason is susah nak akses internet. Yelah bil wifi tak bayar. KAHKAHKAH padan muka *sila ketawakan saya* haih walaupun saya nie student tapi tak mampu nak bayar bil yang harganya Rm68 sebulan tu. Wifi Maxis menyesal pulak pakai. Saya sarankan korang semua jangan pakai Maxis!! Lembab kot bila quota dah habis. Konon 4GB sebulan eh tak sampai sebulan pun kejap je dah habis. Nak tukar unifi ah cemni hahahaha.
Alhamdulillah saya bersyukur sangat dikurniakan nikmat kesihatan yang baik untuk tempuh semester dua nie. Memang mencabar bergelar pelajar form 6 nie. Cuti sem ni pun sibuk buat assigment Muet dan Pengajian Am. Dok fikir nak kerja masa cuti sem ritu tapi tak terdaya la pulak rasa malas yang menggunung saya dok rumah je goyang kaki ahakss. Susah weh nak cari kerja time tu semua full. Bukan senang yelah kita cari kerja pun memilih la jugak opkos aaa ambil kira gaji yang ditawar sekali. Kalau main bedal je eh tak kuasa la nanti kena tipu dengan supervisor *banyak kali dah kena* kerja teruk kemain gaji ciput je huwaaaaa tak nak la.
Sekolah pun lagi beberapa hari je lagi nak buka dah. Saya punya persiapan takda la sangat. Setakat beli kasut baru je. Yang lain still pakai yang lama. Lagipun pelajar form 6 sudah dibenarkan memakai pakaian biasa means no need to wear school uniform dah. Kerajaan dah mula dah buka mata buat transformasi terhadap pengajian di tingkatan 6. Serius weh selama ni kitaorang memang diabaikan pun tak macam pelajar matriks dapat elaun bulan-bulan pastu dorang punya sistem teratur je. Ini kitaorang ni haa dah la menumpang di sekolah aliran perdana kadang rasa macam stranger pun ada tau. Banyak la kisah sedih malas nak cerita kat sini :(
Azam tahun ni memang dah tekad nak study betul-betul sebab masa sem 1 dulu main-main je banyak. Yelah masa tu tengah frust tak dapat uitm memang la. Dapat poli pulak course tak minat so tak pergi la. 4 flats insha Allah. Kalau ada usaha tu adala hasilnya. Tapi takut jugak dengan result sem 1 yang nak keluar bulan februari nanti nie. Harap-harap pointer 3 keatas la.
Ha skg tengah sibuk lipat baju nak pi hantar kat pusat pengumpulan barang untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Kita pilih baju yang elok-elok je *tak pakai lg* ni harap nt sampai baju tu dorang tak buat kain buruk sudah. Kita ikhlas ni hehehehe nak kasi kat orang ayah pesan kena kasi yang elok-elok tak boleh bagi yang buruk tak baik n.n
No comments:
Post a Comment