Selamat tengah hari. Tentu korang semua dah tau mengenai penyebaran video buli ketua tingkatan tu kan ? Memang dah kecoh satu negara pon. Sama hangat dengan isu di Lahad Datu. Aku sendiri pun dah tengok video tu beberapa hari lepas di blog Kak Uzu.
Apa yang aku nak sampaikan disini bahawa perkara bodoh dilakukan oleh budak-budak bodoh tak fikir dua kali sebelum mengupload video tersebut ke youtube. Rasanya memang senang lah pihak berkuasa nak mencari dorang semua. Salah seorang pembuli yang dikenali sebagai Izzat Syafiq telah pon menutup akaun twitter miliknya.
*munir berbaju merah dan izzat syafiq berkaca mata*
Yelah teruk kot dia kena bash. Diharapkan pihak yang terbabit tidak memberi belas dan kasihan serta memberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka kerana kalau diikutkan dorang nie dah besar boleh fikir baik buruk bukannya budak-budak tadika lagi .
Yelah tugas ketua kelas melaporkan kepada guru jika murid melakukan kesalahan. Bawa handphone ke sekolah tu memang satu kesalahan. Nasib baik kerajaan memansuhkan pembawakan hanphone ke sekolah sebab gini lah jadinya. Itu baru ketua kelas kalau pengawas sekolah lagi teruk luar pagar dorang tunggu ko !
Budaya buli macam nie lah yang merosakkan masa depan anak bangsa kita. Ibu bapa khususnya perlu memantau pergerakan anak-anak agar dapat mengelakkan mereka tejebak dengan gejala negatif nie. Aku tak taulah dorang mnyesal ke tidak sebab masa dorang pukul budak tu pon nampak dalam keadaan ceria je siap posing haremmm lagi -.-
p/s : sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua
ISU PANASSS, Video , maklumat identiti dan punca sebenar seorang ketua tingkatan dibelasah oleh sekumpulan pelajar...
ReplyDeletehttp://che-armad.blogspot.com/2013/04/isu-panasss-video-dan-maklumat.html
bodoh...tu ja yang mampu saia ckp.. diorang bodoh..
ReplyDelete