Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makan Belalang Kunyit

Salam,korang tengok gambar tu.Rasa rasa apa?Mestila belalang kan.Tuu belalang goreng sedap ooo.Korang geli kan?Geli yedok.Ahaha janganlah geli yayang.Teringat dulu-dulu masa kecik-kecik sepupu aku pergi tangkap belalang nie pastuh dipanggangnya belalang nie suruh kitaorang makan.

Katanya sedap,dia suruh aku cuba.Aku ambil masa beberapa minit untuk fikir dulu.Yelah kecik2 dulu mesti fikir halal ke tidak nie!Hehe last sekali aku makan jugak.Tapi aku makan sikit je.Rasa dia ?Hmm boleh tahan macam udang lah ^_^ Kalau suruh aku makan sekarang nie jawapannya tidak lerr.

Belalang nie kaya dengan unsur protein.Tapi takkan kita nak makan belang nie pulak kan.Ikan belambak dekat laut tu boleh makan.Bukannya kita kekurangan bahan makanan pon.Lainlah kalau negara Afrika ke dorang memang susah nak dapatkan makanan.So moral value is jangan membazir bersyukurlah korang hidup 
kat negara yang kaya nie.


Baca lebih lanjut tentang belalang nie :

Belalang Kunyit (Valanga nigricornis) ialah sejenis belalang bewarna kuning kehijauan yang boleh dimakan kerana ia merupakan sumberprotein yang bagus.
Melalui peringkat kitaran hidup hemimetabola (tidak lengkap), iaitu bermula dari telur (dalam tanah), beberapa peringkat bukan dewasa (nimfa) dan seterusnya peringkat serangga dewasa.

Dalam bidang pertanian, belalang kunyit diangap sebagai perosak. Serangga dewasa dan nimfa (anak belalang) melakukkan kerosakkan dengan memakan daun tutup bumi di estet getah dan ladang kelapa sawit.

Belalang bersalin kulit (biasanya enam pada jantan dan tujuh pada betina) boleh dibezakan dengan perkembangan alat sulit luaran. Di bawah keadaan makmal (purata 27–9°C dan 80% r.h.), kitaran hayat lengkap dalam tempoh 6½–8½ bulan, dan belalang betina memiliki kesuburan ("fecundity") purata 158. Kesesakan memperlahankan kadar pertumbuhan belalang dewasa, meningkatkan tempoh pre-oviposition dari 60 hingga 65 hari pada 30–9°C dan mengurangkan kesuburan. Kesimpulannya adalah kadar kesuburan rendah dan kitaran hayatnya yang perlahan menghalang kemungkinan spesies ini menjadi serangga perosak yang meluas.

Belalang kunyit boleh digoreng dengan kuali tanpa minyak dan masukkan sedikit garam. Ada yang suka makan bila digoreng dengan minyak. Bahagian kaki belakang merupakan bahagian yang paling sedap dimakan iaitu rangup seperti sepit udang galah. Bahagian perut dan abdomen dibuang dan tidak dimakan. Belalang kunyit kaya dengan protein dan rasanya memang sedap.

Sumber : Wikipedia



p/s:kalau korang suka belalang gorang nie korang nak buat masak apa yer? Belalang Tiga Rasa ?

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

4 comments:

  1. masak lomak cili padi! sodap gamaknyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2 nanti kita kongsi resepi pasal belalang nieh :3

      Delete
  2. Belalang ada rasa macam kepci tak awak? Hihik :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde kot setakat nie.dunt wurry tak lama lg ada lettew kentucky fried grasshopper. hoho :3

      Delete