Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cara Yang Betul Jawab Salam Yang Ramai Tak Tahu

97% muslim yang aku jumpa bila disebut: "Wei, Mat kirim salam..."

Akan dijawab: "Iyee ke? WA'ALAIKUMUSSALAM....."

Okay... nampak macam tak ada masalah kan? Tertanya-tanyakan apa masalahnya? Ya. Memang ada masalah. Jeng jeng jeng........... =.="

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi saw, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya'waalaikumussalam' tapi.....

"Wa'alaika wa'alaihissalam."

Sebab apa? Mat suruh Abu kirim salam kat Ma'il. Ma'il jawab: "Wa'alaikumussalam."

Sedangkan:-

Wa'alaikumussalam = Selamat sejahtera ke atas KAMU. 

Jadi salam Mat kepada Ma'il tak terjawab kan? Sebab Ma'il doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU TU ORANG TENGAH.

Manakala:-

Wa'alaika wa'alaihissalam = Dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.


Tambahan
1. Jika yang mengirim Salam seorang lelaki dan pembawa Salam tersebut juga seorang lelaki, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaika wa’alaihissalam”

2. Jika yang mengirim Salam seorang perempuan dan pembawa Salam tersebut juga seorang perempuan, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaiki wa’alaihassalam”

3. Jika yang mengirim Salam seorang lelaki dan pembawa Salam tersebut adalah seorang perempuan, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaiki wa’alaihissalam”

4. Jika yang mengirim Salam seorang perempuan dan pembawa Salam tersebut adalah seorang lelaki, jawapan salamnya ialah:
“Wa’alaika wa’alaihassalam”

Ringkasnya, perhatikan kepada huruf yang dicondongkan dan dihitamkan. Hanya suku kata tersebut sahaja yang berubah mengikut siapa yang mengirim dan menyampaikan Salam tersebut.

Nota:
Ka – awak lelaki.
Ki – awak perempuan.
Hi – dia lelaki.
Ha – Dia perempuan.



p/s :Macam mana kalau orang ngorat awak dengan memberi salam ? Perlu ke jawab ? Baca SINI



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

6 comments:

  1. Thanks for the info. Selama ni tertanya-tanya jugak maksud waalaikumussalam tu sejahtera ke atas kamu jadi salam tu tak terjawab. Tapi tak tahu nak jawab apa :) Dah dapat sikit ilmu Alhamdulillah :) Terima kasih lagi sekali :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu Allah itu untuk dikongsi bukannya untuk disimpan seorang diri :)

      Delete
  2. selalu jugak terfikir betul atau x cara jawab salam tuu. hehe nii dah tauu.. terima kasih atas info nyaa.. ^^ Alhamdulillah dah terjawab persoalan.. hehe

    ReplyDelete
  3. Wahh. Thanks for da info :D Btw, jom singgah blog Ayna? ^_^
    http://aynasyafiqah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Nak tanya apa nk jawab kalau ramai2 kirim salam kat kita.... Ramai tu ramai lelaki dan puan.... Ada jamak x bg salam... Contoh salamaaat tq

    ReplyDelete