Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan


Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik
sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan
jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini .. 

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari
jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau
adik dah keluar , ibu janji nanti kita main
sama2 ye ..

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm tau jenis jantina
adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia
apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu ,
kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh ,
adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri
dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor
cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak
kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..?
Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-
sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan
benda tajam ..? Benda tajam tu mula
memotong rambut adik , bu tlong adik , adik
takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada
kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk
ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong
tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak
akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun
adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman
ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu
skrg sdh mula memotong memutuskan leher
adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik
kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin
nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah
berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan
telah mengembalikan semua organ tubuh adik
yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah
menyuruh bidadari menjaga , memeluk ,
memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi
tahu apa itu D&E ..

Kenapa ibu tetap
melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain
dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu
bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan
ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu ♥

p/s : terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ? Allahurabbi sedihnya bila membaca situasi
ini buat renungan kita bersama :'(

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

Kisah Bilal bin Rabah selepas kewafatan Rasulullah SAW


Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam (sekarang SYRIA). Ini gara-gara kerana beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

(ada satu sumber ni menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka teruss menangis kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. :'(. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut :'( 

p/s : Adakah kita pernah menangis kerana rindukan Rasulullah SAW ? 

Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)