First off all aku nak bagi nasihat sebagai seorang yang beragama Islam kita haram buat penukaran jantina nie. Allah tu dah fair dah. Dia dah tetapkan dah dari awal. Tapi kita je yang pandai-pandai nak ubah ciptaanNya dan seolah-olah kita melawan takdir. Rasa ingin menjadi perempuan dan lelaki tu hanya nafsu semata, walaupun fizikal, rupa, tingkah laku kita lebih ke arah jantina tersebut tetapi sejak azali lagi kita dah ditetapkan dan dilahirkan sebagai jantina yang sekarang.
Seksa didunia pun tak tertahan semasa pembedahan ini dibuat, malahan aku rasa seksa selepas pembedahan tu yang teruk sekali kau tak boleh nak buang air kecil secara normal. Ya memang sakit tapi ada jugak yang melawan takdir nie. Ngeri jugak proses nie cuba korang tengok gambar dibawah.
Apa kata korang ? Semestinya penbedahan ini memerlukan kos yang amat mahal. Amat merugikan duit dan kesan sampingan yang perlu ditanggung ahh Tuhan je yang tau.
Hari nie hari last kita berpuasa. Pejam celik pejam celik dah nak raya. How fast time flies. Hmm betapa agungnya kuasa Allah dia tarik masa dengan cepat. Dulu masa kecik-kecik time puasa je mesti rasa lama tambah lagi 5 min nak berbuka tu rasa lama gila. Sekarang tak ah, cepat je semuanya berlalu dan adakah kita sedar kematian semakin menghampiri kita ?
Memang tak sempat nak update blog selalu dah macam dulu, sibuk. Ya sibuk. Tahun akhir menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Tahun hadapan tak mungkin dapat berjumpa. Ku akan berhijrah ke Pahang. Sayang semuanya dan terima kasih kerana berkerjasama dalam menjayakan iftar yang sederhana tetapi meriah ini.
Teman penghibur.
Yang selalu menceriakan suasana.
Yang selalu menyokong dan memberi semangat.
Yang sentiasa ada disisi.
Yang memainkan peranan dengan baik sekali.
Yang tak pernah merungut.
Yang selalu ceria.
Orang kuat.
Yang sentiasa membantu dan menyokong kami.
Pencetus idea.
Yang suka buat lawak.
Yang selalu senyum.
Terima kasih atas kerjasama semua menjayakan Iftar Jamaie 503 ini. Semoga dengan majlis ini hubungan silaturahim antara kita akan lebih erat lagi.