Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakan Status Permohonan Mykad Secara Online

Tengah sibuk nak siapkan assigment Pengajian Am tetiba terlintas difikiran pulak nak buat semakan status kad pengenalan saya. Ambil masa hampir sebulan baru nak siap. Alhadulillah lega bila check tadi sudah siap. Selama nie saya asyik dok usung kad pengenalan yang darjah 6 tu jer. Sampai naik malu dah hahahahaha. Cerita pasal ic ni dulu masa habis SPM saya kerja dekat sebuah pusat membeli-belah di Sungai Petani. Saya kerja di Centre Square.

Depan Centre Square nie memang port polis dok buat roadblock hmm habis kerja nak balik takda jalan lain dah memang masuk jugak la roadblock tu. Saya bangga jugak masuk roadblock pasal memang tak buat salah pun nak nak pulak abang polis tu suruh berenti nak check road tax dengan lesen & ic. Saya pun keluarkan jela semua pasal dah pukul 11 malam dah. Abang polis tu boleh gelakkan saya pulak dia kata "nie ic sapa hang rembat nie tak mcm muka hang pun" Masa tu tak pakai spec gambar dalam ic. Rasa mcm nak belasah dia je kat situ tp saya buat bodoh jela. Hahaha k melalut dah.

Berbalik kepada cerita asal ic saya ambil masa sebulan nak siap disebabkan jari saya ada masalah. I mean masa dorang amik ibu jari kanan ok je. Mai tang ibu jari kiri tak boleh masuk kat scanner tu. Nah! Dok ingat tak boleh buat dah haih. Dorang bagi losyen suruh gosok kuat-kuat kat ibu jari kiri ni pun still tak boleh buat. Uncle tu boleh buat lawak dekat saya "Dik doluu kecik-kecik you ada masalah itu masalah jari basah ka?" Saya jawab takda yalah memang saya normal je. Nie mesti kes awal tu saya sapu losyen baby johnson je pun kat tangan nie. Dok rasa sebab tu la tak boleh scan tu hmmm hampeh -__-

Korang nak check ic dah siap ke belom boleh pergi ke web nie untuk check.



Masukkan je no kad pengenalan korang tu. For security tu masukan sombol yang berwarna hitam je.
Kalau dah siap macam saya dia akan keluar macam gambar kt bawah nie. Tu tanda dah siap boleh pergo collect. Tapi harini tutup esok tak sure tutup ke buka sebab cuti umum negeri Kedah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah.









Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

6 comments:

  1. best tau kalau ada ic muka dewasa ni, rasa macam kakak-kakak sangat. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah nk mohon apa sng tak payah nk tunjuk ic kanak2 tu dah malu ja rasa muka kerek betul hahaha

      Delete
  2. dah mudah kan sekarang.
    tak perlu pergi sana nak check dah, ataupun call sampai lenguh tangan tunggu.
    heeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju mmg skg dunia hujung jari je kak dulu jenuh gak kena call memanjang :)

      Delete
  3. woot woot :D
    new neighbour ;)

    senang sekarangkan check online.done bookmark.senang nanti nak refer semula. :D

    ReplyDelete