skip to main |
skip to sidebar
Selamat malam saya ucapkan kepada yang menyinggah ke sini. Pada pendapat korang la kan internet tu penting ke korang sampai tahap mana ? Tahap memang perlu sangat-sangat ibaratkan kalau takada memang tak boleh tidur,duduk diam diam seminit ke cemana ? Mesti ada yang kata "hek eleh dia dia nie dok zaman paleolitik ke apa, mmg penting gila la kalau takda i kendai hang taw" HOHO
Kalau dah internet tu penting tetapi kelajuannya pulak macam siput baru merangkak macam mana ? Menyakitkan hati bukan. Hmm yang tu la yang saya rasa sekarang nie. Sangat menyakitkan hati. Saya pengguna setia Maxis. Dari Maxis broadband kini menggunakan Maxis Wifi. Maxis nie kadang-kadang servisnya memang menguji kesabaran saya jugak. Disebabkan bil bulanan untuk broadband Rm68 sebulan saya dah tukar ke Maxis Wifi pulak sebab bil bulanannya sama je.
Tapi kalau broadband boleh connect ke satu PC je. Wifi yang saya guna nie memang boleh akses ke hanphone la sebab mana nak instagram lagi, wechat dan wasap lagi. Lagipun senang nak bawa then just cas pakai powerbank je. Kos yang dikeluarkan pun murah masa sesi pertama pendaftaran tu cuma perlu bayar Rm150 je dapat sekali modem wifi la. Maxis nie bila korang pakai mula-mula tu memang la laju kan. Dah cukup quota hmm paham-paham jelah nak akses laman web kerajaan kemain lama loadingnya haih.
Saya akui internet cap 4GB sebulan untuk saya memang tak cukup langsung. Selalu memang tak sampai sebulan pun dah kena tambah quota. Sekarang ni pun saya tengah survey wifi yang servisnya unlimited walaupun dah exceed quota. Disebabkan kontrak dengan Maxis selama 2 tahun baru boleh tukar hmm nampaknya terpaksa la saya pendamkan hasrat nak tukar wifi ni. Dengarnya unifi kelajuan internetnya tiada had ? Betul ke ? Boleh kongsi pendapat tak mengenai wifi mana yang bagus ? Sejujurnya saya akui saya kecewa dengan Maxis.
p/s: musim bunga di utara semakin menjadi-jadi
Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)
Selamat petang saya ucapkan kepada yang lalu lalang di blog saya ini. Nak menulis pun dah kekok sangat sebab lama tak menaip. Sungguh saya sibuk setahun lalu dan kini ada la jugak masa nak meninjau blog ni. Masa zaman sekolah dulu memang tak sempatlah nak update blog last sekali biar macam tu je. After habis Spm gi kerja 3 bulan yelah nak cari duit nak survive la katakan. HAHA *survive la sgt*
Sekarang nie dah berhenti kerja sebab dah tawar hati nak kerja. Duduk rumah tolong mak siapkan gubahan hantaran pastu asyik ulang-alik ke PBE Sg.Pasir belajar memandu. Ntah nervous pun ada first time kot nak drive rasa macam tak percaya je kereta nie berjalan. HAHA. Yang menjadi masalah sekarang nie saya ni tak ingat jalan kalau nak pi mana-mana -.- harap je ada lesen Lsetakat kawasan tempat saya lahir ni boleh la. *errr sedih ada jugak manusia pesen nie*
Sekarang saya tengah tunggu keputusan UPU keluar pada 17/5/2014. Mudah-mudahan course yang diidamkam tu dapatla. Sekarang pun dah dapat tawaran tapi universiti swasta. Universiti Kolej Shahputra, Kuantan Pahang. Saya dapat course Dip in Pharmacy tapi tak pergi daftar diri pun. Lagipun tak minat uolls. Ada sesiapa pernah belajar kat sana tak ? Cuba kongsi sikit. hehehehehe
Kepada mana-mana lepasan spm kalau awak belum isi lagi upu si ke laman web INI tapi pastikan awak ada Id unik yang dibeli di kaunter BSN kawasan awak oke. Kalau takde mmg tak boleh isi la wei. Dan jangan lupa isi SPA.
p/s : Jangan mengeluh tentang nasib buruk hari ini, bersyukurlah kerana kamu tabah menghadapinya ^_^
Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)