Ihsan Google
Woot dah lama rasanya tak post.Malam nie aku nak ajar cara nak buat aiskrim paling senang dalam dunia.*Perghhhh tipu je Aiskrim nie memang senang nak buat kalau kau tu memang tak reti nak masak pon komfem aiskrim nie kau reti buat sebab senang sangat.Kat rumah aku banyak stok aiskrim nie. Resepi ini diperoleh daripada guru chinese sekolah aku. Puan Law Soo Wan.
Aku suka buat banyak-banyak sebab adik aku suka makan.Macam-macam perisa ada.*kayy tipu
Bahan-Bahan :
Gula 2 camca (ikut sudu korang la jangan sampai tak rasa)
Telur 1 biji
Susu cair 1 tin
Overlett 1camca
Esen Vanilla 1 camca
Perisa
Cara Nak Buat :
1.Masukkan gula,telur(putih telur je),overlett,susu cair dan esen vanilla ke dalam bekas.Kemudian putar sehingga kembang.
2.Seterusnya masukkan perisa dan putar sehingga sebati agar tak berketul.
3.Tuangkan kedalam bekas dan simpan ke dalam peti ais semalaman.
3.Kalau nak masukkan oreoke chipmore ke roti,buah apa-apa jela pastikan korang dah kecil-kecilkan benda2 tu dan campak je kat dalam bekas tu.
5.Aiskrim sedia dimakan :)
**AWAS JANGAN LETAK AIR SEMASA BUAT AISKRIM NIE**
p/s:Aku suka letak gula banyak bila buat aiskrim nie
Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)