Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditendang Kerana Sakit Gigi

gambar ihsan google

Selamat malam saya ucapkan kepada yang membaca. Korang pernah alami sakit gigi yang melampau tak? Sampai rasa nak tendang orang pun ada. Sebenarnya bukan saya yang mengalami sakit gigi tetapi emak saya. Kesian saya tengok dirinya yang tak tentu arah dek sakit gigi. Punca emak saya mengalami sakit gigi adalah disebabkan oleh gigi graham berlubang. Pasti sakitnya berdenyut-denyut macam ada benda terkodek-kodek haa lebih kurang macam tula gambaran. Simen penampal tu dah tercabut tambahan pulak gigi graham tu pun dah patah separuh. 


Nak cabut memang tak boleh sebab klinik memang tak terima kerana mak saya ada penyakit darah tinggi. Dorang tak kasi, kena tunggu sehingga rasa sakit tu hilang dulu baru boleh cabut. Kata dorang boleh mengancam nyawa. Nak tunggu sakit tu hilang memang lambat lah. Lagipun gusi mak saya tengok dah ada tompok putih mungkin nak jadi nanah kot. Bengkak jugak la pipi mak saya. Letak ubat pun kejap je pastu sakit balik hmmm.


gambar ihsan google

Sampai tak boleh tidur malam langsung. Makan pun just makan bubur je nak kunyah nasi tak boleh. Sebab tu kita yang belum terlambat nie kena jaga gigi elok-elok. Pada saya sebagai perempuan bukan saja rambut je aset luaran yang perlu dijaga gigi pun sama kena jaga. Malu la kalau muda lagi gigi dah takde. Ronyok ke jarang ke tu kes lain janji elok takada masalah its oke. 



gambar ihsan google


Pastikan kita gosok gigi paling awak malas pun 2 kali sehari. Gosok weh gosok lidah pun kena gosok jugak jangan abaikan bukan gigi je k. Jangan sampai jadi macam gambar kat atas tu.


Mulut berbau kerana kita tak jaga kebersihan mulut sendiri. Sebelum terlambat cegahla sebelum kena beli gigi palsu hehe. Sakit tu datang dari Allah untuk kita ingat bahwa kepadaNya kita diciptakan dan kembali. Tapi sakit juga datang dari kelalaian kita sendiri membiarkan sehingga berlanjutan menjadi makin parah yedak ?




p/s: sakit gigi takpe jangan sakit PHD je



Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

6 comments:

  1. eeehh..teruknya ggi tu..smpai cmtu skali..tkut pla sha tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm tula hakikatnya kalau kita tak jaga memang mcm tu la

      Delete
  2. Ya Allah , keadaan gigi tu sangat errr , hehe .
    Semoga kita dapat jaga gigi dengan baik .

    ReplyDelete
  3. salam singgah dan kenal dari http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html... saya follow sini juga, jemput singgah ke www.bubblynotes.com

    ReplyDelete