Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Yang Aku Buat Masa Bulan Ramadan

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Yaaa ramadhan akan tiba tak lama lagi.sekarang nie aku tengok ramai dah ganti puasa ?Begitulah juga aku sibuk ganti puasa dan sibuk dengan benda lain.Lucu pula bila teringat kerenah-kerenah aku masa kecil dulu acapkali bulan ramadhan.Macam-macam aku buat sebab tak nak puasa tetapi selalu jer tak menjadi.Dah berpuluh alasan aku bagi kat mak aku tapi nampaknya aku tetap kalah.

Bila petang,aku dengan budak-budak kampung jalan ramai-ramai pergi bazaar ramadhan.Time nie la sakan aku borong itu ini.Macam-macam aku beli yelah dapat sepuluh hingit sape tak syok weh.Kadang-kadang aku tak makan pun makanan yang aku beli tu.Nafsu la katakan.

Bila malam pulak aku main mercun dengan kengkawan.Mercun yang sebati dengan aku sehingga hari ini ialah mercun bawang.Aku suka main mercun tuh sebab tak bahaya dan mak aku pun tak marah sebab dia yang syorkan aku main mercun tu.Dia bagi aku main mercun tu sebab dia kata aku tak boleh main mercun lain macam kawan-kawan aku main.Jeles gak aku tengok dowang main mercun bola,mercun mancis,mercun papan dan etc.

Bila pergi terawih aku tak buat pun.Ekceli aku lebih suka ikut kawan-kawan aku pergi tengok abang dowang main meriam.Syok kot masa tu.Macam-macam kitaowang buat.Main hantu-hantu.Yelah hantu takde masa tu.

Hari tue aku memang dah tak tahan dah rasa macam nak buka je.Tapi tak boleh sebab mak tak kasi jugak.Aku penat masa tu sebab masa balik sekolah kitaowang lumba lari sape cepat dia sampai.Lol salah aku jugak sebab pergi lari.Balik rumah letak bag pastu nak bukak peti ais tetiba ternampak mak lekat kertas kat peti ais "AWAS!KAWASAN LARANGAN!JIKA TIADA HAL YANG PENTING JANGAN BUKA!"Gitulah bunyinya.

Arggh,lepastu aku gi duduk kat sofa sambil berdoa "Allah humma baringsana baringsini wa dah tak tahan lagi wa mau mati wa tengok jam masih lama lagi,wa nak tibai maggi nanti wa ganti"Tetiba aku kena penampar free je.Ciss kurang asam punya kawan bagi aku doa entah pape.Aku belajar dari dowang sebab aku selalu dengar pastu aku tanya dan dowang ajar aku.

Haha itu dulu sekarang aku dah besar dah boleh fikir yang mana baik yang mana buruk.Tak sabar rasanya menunggu kedatangan ramadhan dan lepastu boleh lah raya sepuas-puasnya :D
p/s:Korang dah beli baju raya ke belum ?


Terima Kasih Kerana Membaca . Saya Sayang Anda :)

2 comments: