Salam,dah lama kan aku tak hapdet blog.Bukan tak nak hapdet tapi banyak benda yang dah berlaku dalam minggu nie.Hari nie aku nak kongsi sikit dengan korang tentang petua memerahkan bibir.Bibir nie penting kita kena jaga jangan jadi macam aku bibir selalu kering.Kalau korang pun ada bibir kering korang kena banyakkan minum air.
Kenapa nak merahkan bibir?Selama nie bibir korang hitam ke?Haha bukan macam tu nie untuk orang yang mementingkan penampilan diri.Tak salah kalau nak cantik kan.
Petua Memerahkan Bibir yang Pertama
-Ambil madu dan sapukan pada bibir tetapi pastikan bibir bersih dari penggunaan lipstik
-Lakukan ini sebelum tidur
-Sapukan mentega pada bibir
Petua Memerahkan Bibir Yang Kedua
-Ambil minyak zaitun dan campurkan dengan gula atau madu
-Sapukan pada permukaan bibir berulang kali dengan perlahan-lahan.Kemudian bilas dengan air
Cara untuk mengelakkan bibir dari menjadi hitam pun ada.Sesetengah daripada kita ada mempunyai bibir yang hitam kan?Kadang-kadang ianya terjadi secara semula jadi iaitu sejak kita lahir lagi.Selain itu ada jugak disebabkan penggunaan gincu yang mempunyai bahan kimia yang tidak sesuai dengan kulit.
Petua Untuk Mengelakkan Bibir Menjadi Hitam
-Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
-Elakkan merokok(ini punca utama bibir cepat hitam)
-Hindarkan bibir daripada memakai lipstik secara berlebihan dan jangan memakai lipstik dalam tempoh yang terlalu lama
-Jangan selalu menjilat bibir kerana bibir akan cepat mengering(selalu buat)
-Gunakan pelembap bibir tanpa warna sebelum tidur untuk mengekalkan kelembapan bibir.
Itu ajelah yang dapat aku kongsikan.Sesiapa yang ingin mencuba,cubalah.Kalau menjadi korang bagitahu aku yer.Haha petua yang pertama tu memang menjadi.Sebab aku selalu buat.Tak perlu nak tempekkan lip balm atau lip ice.
p/s:maniskan gula dalam senyuman :)
Sapukan mentega pada bibir..yg nie ika baru tahu.hihi
ReplyDeleteohh , sama la , saya pun baru tahu jugak :)
Deletewahh...amat berguna ptua ni huhu :)
ReplyDeletehhe , jum amalkan :)
DeleteLepas nie bleh la try..hehe
ReplyDelete